Categories: Uncategorized

Ranking GV5 Minggu 4: Hanya Beza 0.1 Peratus Di Belakang Noryn Aziz, Maya Ungguli Tempat Kedua, Diikuti…

Share

Program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5) minggu keempat yang telah pun melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Noryn Aziz mengungguli markah persembahan dalam sisi perolehan markah tertinggi dengan mengumpul 73.9 peratus.

Rapat mengikut di belakang Noryn ialah Maya dengan 73.8 peratus.

Maya memberikan persembahan menyakinkan menerusi lagu genre rock, Bujang Senang duet bersama Tia Jinbara.

Sementara posisi ketiga disandang Dia Fadhila menerusi lagu nyanyian sendiri, Tangisan Marhainis duet bersama Rahmat mega. Dia sukses dengan memperoleh 68.1 peratus.

Berikut merupakan keduduan para peserta lain mengikut ranking.

Forteen – 60.8%

Farawahida – 58.0%

Zamani – 57.70%

Hetty Sarlene – 56.8%

Amelina – 52.9%

Billy Zulkarnain – 49.4%

Shafiq Rio – 46.7% (terkeluar daripada saingan)

GV5 dipancarkan secara langsung dari Dewan Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) setiap Ahad jam 9.00 menerusi Astro Ria dan Ria HD.

Foto: Instagram Astro Gempak

 

 

 

 

IKLAN