Uncategorized

Ramai Tak Puas Hati Ending Rahsia Hati Perempuan? Ini Penjelasan Michael Ang

Share

Semalam merupakan episod terakhir drama Rahsia Hati Perempuan yang turut trending di laman media sosial.

Menerusi komen peminat, MH lihat ramai tidak puas hati dengan pengakhiran drama tersebut kerana dikatakan ‘tergantung’.

Susulan itu, pengarah drama tersebut, Michael Ang menjelaskan ‘ending’ drama tersebut di Instagramnya.

“Bangun pagi-pagi dapat ini, lepas tu baca berkepuk aku kena kutuk. Okay la I terangkan kenapa I buat ending macam tu.

“Tajuk Rahsia Hati Perempuan dan rahsia itu semua pada Uqasha Senrose jadi kemunculan akhir itu menandakan sudah tiba masanya rahsia itu semua dibongkarkan oleh Arissa.

“Tu je, bukan nak balik ‘revenge’ ke apa. Love you all terharu juga ending cerita boleh buat aku trending. Hahahaha,” tulisnya.

Haa…you all, Michael dah terangkan ending drama tu jadi jangan emosi ya.

Apa-apapun, MH sendiri pun ‘layan’ cerita tu dan ‘salute’ kesemua pelakon di dalamnya.

Foto: Instagram Michael Ang

IKLAN