Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram rasmi Era, dan Shiera, 51, akan berganding dengan Haziq Hussni dan Namie dalam segmen pagi stesen berkenaan.
Mereka bertiga akan menggantikan tempat penyampai segmen 3 Pagi Era, iaitu Nabil Ahmad, Radin, dan Azad Jazmin, yang kini direhatkan buat sementara waktu.
Pelawak Shuk Sahar mendedahkan dia sudah tidak dapat berkomunikasi dengan isterinya, Fara Salleh, sejak dua minggu lalu selepas disekat di semua platform media sosial.
Perkara itu selepas Fara didakwa telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor, dan sedang menunggu tarikh sebutan kes.
Shuk, 39, berkata dia menghormati keadaan Fara yang sedang mengandung dan memilih untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
“Tiada apa-apa komen fasal cerai, saya serahkan semua pada Fara sebab sekarang dia sedang mengandung. Saya hormat perkara itu, jadi biarlah saya mencari rezeki di Singapura.
“Saya cuba cari dia di hospital, tapi nombor saya sudah disekat di semua platform. Jadi sekarang, saya tak dapat berkomunikasi dengan dia.
“Kali terakhir kami berbual adalah dua minggu lalu sebelum masuk bulan Ramadan,” katanya.
Shuk turut menafikan dakwaan dia pernah mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan isterinya sebagai beban serta lebih banyak meraih rezeki daripada rakan-rakan.
“Saya bersumpah di bulan Ramadan ini yang saya tak pernah keluarkan kenyataan isteri beban atau rakan-rakan punca rezeki.
“Malah saya tak tahu perkara itu keluar daripada mulut siapa,” ujarnya.
Buat masa ini, Shuk yang sedang berniaga di karnival Celebfest di Suntec, Singapura, turut menjelaskan komitmen sekarang hanya pada perniagaan dan menyerahkan segala yang berlaku kepada ketentuan Allah SWT.
“Saya tetap dengan pendirian tidak mahu berkongsi perihal rumah tangga.
“Sebab saya di Singapura memang niat nak bekerja dan serahkan segalanya kepada Allah,” katanya lagi.
Sebelum ini, Fara meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Shuk, mendakwa suaminya itu sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Fara juga mendakwa Shuk lebih mengutamakan rakan-rakan berbanding dirinya yang sedang sarat mengandung.
Untuk rekod, Shuk dan Fara mendirikan rumah tangga pada November 2023.
Sebelum ini, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera, namun mereka bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenama fesyen terkenal, Bulan Bintang mencipta kelainan dengan memperkenalkan replika Baju Melayu gergasi setinggi 12 kaki di hadapan The Starhill, Bukit Bintang.
Replika unik ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’, yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mac ini, bagi meraikan ulang tahun ke-10 jenama tersebut.
Sebagai satu simbol kebanggaan, ia bukan sahaja menarik perhatian pengunjung lokal, malah pelancong asing turut sama teruja untuk bergambar bersama replika tersebut.
Kempen sama turut menampilkan ‘pop-up store’ serta pameran khas yang menonjolkan koleksi eksklusif jenama berkenaan.
Walaupun replika ini dianggap sebagai satu inovasi kreatif, ia turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen susulan ada yang mengaitkannya dengan kepercayaan karut.
Mengulas mengenai isu tersebut, pengasasnya iaitu Azzim Zahid Azmi atau Meri menegaskan, majoriti maklum balas yang diterima adalah positif, dengan ramai yang menyokong usaha pihaknya dalam memartabatkan budaya Melayu di lokasi tumpuan pelancong.
“Berkenaan replika gergasi, saya dapat dua jenis maklum balas. Ada segelintir yang mengecam, namun majoritinya berbangga dan memberi respons baik. Mereka menghargai usaha untuk mempromosikan budaya tradisi Melayu dan Malaysia
“Tapi saya tidak nafikan, ada yang dakwa kami membazir demi menyiapkan patung gergasi ini. Bagi saya ini sebagai satu strategi pemasaran yang diinspirasikan daripada jenama antarabangsa.
“Kalau kita tengok dekat luar negara, ada juga menggunakan konsep serupa untuk memperkenalkan produk mereka seperti beg tangan dan kasut. Kenapa jenama tempatan seperti kami tidak boleh buat perkara yang sama?” katanya.
Jelas Meri, proses menyiapkan replika tersebut adalah selama dua minggu dan pemasangannya di lokasi terbabit mengambil masa lapan jam.
Dalam pada itu, Azzim menegaskan matlamat utama replika tersebut bukan sekadar mempromosikan jenama yang diusahakan, tetapi lebih kepada memperkenalkan Baju Melayu sebagai pakaian kebangsaan yang wajar dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
“Dalam keterangan yang terpapar di hadapan replika itu pun, saya tidak terlalu mempromosikan jenama saya.
“Saya lebih menekankan Baju Melayu sebagai pakaian kebangsaan yang dipakai untuk menyambut perayaan,” katanya lagi.
Setakat ini, kempen yang sudah berlangsung selama tiga hari mendapat sambutan luar biasa dengan ramai pengunjung termasuk pelancong asing, tidak melepaskan peluang bergambar dengan replika tersebut.
“Saya sendiri nampak orang bergambar dengan replika ini. Dari jauh saya rakam aksi mereka, dan saya berbangga apabila ramai yang menghargai budaya kita,” katanya.
Kempen ini turut dimeriahkan dengan kehadiran duta jenama seperti Shukri Yahaya, Nadhir Nassar, Mierul Aiman,dan Syafiq Kyle, yang turun padang bertemu peminat.
Selain koleksi khas Baju Melayu Bulan Bintang, kempen ini juga memperkenalkan koleksi pakaian wanita di bawah label Bulan Bintang Sisters.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penerbit terkenal, Datuk A Aida, tidak menafikan sedang menjalin hubungan rapat dengan seorang lelaki berstatus vip (very important person) berstatus duda yang dikenalinya sejak pertengahan tahun lalu.
A Aida, atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, bagaimanapun, masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelaki tersebut kepada umum.
“Kami mula berkenalan sejak Julai tahun lalu dan menjadi semakin akrab sekitar Disember. Setiap kali kami keluar ‘dating’, dia suka mencatat. Jadi, dia tahu sudah berapa lama kami tidak berjumpa.
“Buat masa ini, kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang duda dan mempunyai dua orang anak.
“Memang prinsip saya untuk tidak mengambil suami orang kerana saya tidak mahu melukai hati wanita lain. Apabila mengetahui dia seorang duda, saya rasa tiada masalah,” katanya.
Pemilik rumah produksi A Aida Production itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui dalam program agihan bubur lambuk anjuran Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya, pada Isnin.
Ditanya mengenai kemungkinan hubungan mereka bakal ke fasa seterusnya, A Aida menyerahkan perkara itu kepada ketentuan takdir.
“Soal jodoh, semuanya di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang. Buat masa ini, kami masih dalam proses mengenali satu sama lain dan hubungan kami memang rapat.
“Dia berusia 56 tahun, manakala saya 55, hanya beza setahun. Sejak tujuh tahun lalu, saya selalu berdoa agar jodoh terakhir saya sebaya dengan saya.
“Biarlah kami meniti usia tua bersama. Memang ada yang sebaya cuba mendekati saya sebelum ini, tetapi hati tidak pernah terbuka. Dengan dia, lain rasanya, seperti ada ‘spark’. Anak-anak saya juga menyukainya,” katanya lagi.
Mengulas mengenai keistimewaan lelaki tersebut di matanya, A Aida mengakui tertarik dengan raut wajahnya yang manis.
“Kita mesti mahu lihat rupa dahulu, bukan? Wajahnya ‘sweet’, cuma dia sedikit berisi. Saya minta dia ke gimnasium untuk menurunkan berat badan.
“Saya beri dia masa untuk kurus dahulu. Selepas itu, barulah boleh berbincang soal kahwin,” katanya berseloroh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...