Uncategorized

“Ramai Perempuan Meroyan Dalam Ni,” – Ada Netizen ‘Tak Restu’ Kalau Ismail Izzani,Ara Johari Benar-Benar Bercinta?

Share

Kehadiran secara mengejut penyanyi, Ismail Izzani ke majlis sambutan hari jadi ke-21 Ara Johari di Bangi baru-baru nyata mengejutkan ramai. Difahamkan, awalnya penyanyi lagu Luar Biasa itu tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain. Bagaimanapun, akhirnya Ismail yang turut ditemani ibunya, hadir lalu menghadiahi Ara sejambak bunga.

Lalu, pelbagai spekulasi timbul apabila ada peminat mulai membayangkan mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta. Tidak kurang, ada yang anggap hubungan akrab selebriti ini tidak lebih daripada sekadar berkawan rapat, memandangkan keduanya sering kali memuat naik foto atau video bersama sejak berbulan lalu.

Menariknya, ada yang seakan ‘tak boleh terima’ jika pasangan ini benar-benar bercinta!

Selain Ismail, beberapa rakan selebriti turut hadir bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi Bunga itu. Antaranya Indah Ruhaila, Shaffiq Erwin dan ramai lagi.

Foto: Instagram Ara Johari

 

IKLAN