
Pelakon Zizan Nin tidak terkesan dengan sebarang kritikan dan tomahan segelintir pihak yang dikatakan terkejut dengan penampilan terkininya selepas muncul di sebuah program audio siar, baru-baru ini.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, penampilannya itu sejajar dengan usia dan tiada apa yang perlu dipertikaikan.
Namun begitu, dia mengakui terkilan apabila orang ramai lebih memberikan tumpuan terhadap fizikalnya berbanding input yang disampaikan.
Lebih Fokus Imej Berbanding Input
“Ramai kutuk dan memperlekehkan imej berbanding info yang saya kongsikan dalam podcast.
“Respond saya begini, I age gracefully. Sejajar dengan usia,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tanda Putera itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Utamakan Kesihatan, Abaikan Negatif
Kongsi Zizan lagi, dia kini lebih mengutamakan kesihatan yang baik berbanding hal-hal lain.

“Kita semakin meningkat usia. Bukan selamanya muda.
“Semoga terus sihat dipanjangkan usia dan jadi warganegara yang berguna,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Zizan agar mengabaikan komen-komen negatif selain turut menzahirkan rasa rindu untuk melihat pelakon tersebut kembali ke kaca tv.
Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan netizen;
“Jalan terus bro. Jangan layan komen negatif haprak ni.”
“Jangan risau la abang. Setidaknya awak dah rasa prime time. Masa tu memang handsome betul. Sekarang bagilah orang baru nak up.”
“Abang tetap handsome dulu, kini dan selamanya. Sekarang nampak macam hero kollywood.”

Baru-baru ini, Zizan muncul di sebuah program audio siar bagi berkongsi pengalaman dan reaksinya terhadap isu semasa melibatkan industri seni tanah air.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Thread Zizan Nin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




