Ads

“Ramai Kecam Saya…,” – Terbabit Dalam Filem Inspirasi Kisah Benar Tragedi Buli Di Indonesia, Annisa Kaila Pertaruhkan Emosi Demi Keadilan

Pelakon Indonesia, Annisa Kaila, mengakui perlu berfikir panjang sebelum menerima tawaran membintangi filem yang diinspirasikan daripada kisah benar iaitu Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel.

Menurut Annisa, pada awalnya dia berasa bimbang untuk menerima watak Astrid memandangkan kes buli dahsyat melibatkan David Ozara pernah tular dan menjadi isu besar di negara asalnya.

“Ramai Kecam Saya…,” – Terbabit Dalam Filem Inspirasi Kisah Benar Tragedi Buli Di Indonesia, Annisa Kaila Pertaruhkan Emosi Demi Keadilan

“Ramai Kecam Saya…,” – Terbabit Dalam Filem Inspirasi Kisah Benar Tragedi Buli Di Indonesia, Annisa Kaila Pertaruhkan Emosi Demi Keadilan

“Bila pertama kali ditawarkan watak ini, saya agak terkejut. Saya sangat mengikuti rapat perkembangan kes David Ozora daripada tahun 2023.

“Saya sendiri tidak menyangka akan bawakan watak sebagai dalang dan punca kepada insiden kejam ini berlaku. Ini satu cabaran baharu buat saya.

“Saya sempat berfikir dahulu sebelum menerima watak ini. Saya agak bimbang kerana kes ini memang viral di Indonesia.

“Setelah difikirkan semula, kenapa pula saya perlu takut? Apabila terlibat di dalam filem ini, secara tidak langsung kita akan membela kebenaran dan keadilan,” katanya kepada MH.

Annisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Selasa.

“Ramai Kecam Saya…,” – Terbabit Dalam Filem Inspirasi Kisah Benar Tragedi Buli Di Indonesia, Annisa Kaila Pertaruhkan Emosi Demi Keadilan

Ads

Dikecam Netizen, Anggap Tanda Watak Berjaya

Dalam masa sama, pelakon berusia 17 tahun itu mendedahkan dirinya menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang terkesan dengan watak antagonis yang dibawakannya.

“Ramai Kecam Saya…,” – Terbabit Dalam Filem Inspirasi Kisah Benar Tragedi Buli Di Indonesia, Annisa Kaila Pertaruhkan Emosi Demi Keadilan

Namun, Annisa tidak berkecil hati dan menganggap reaksi tersebut sebagai bukti kejayaan wataknya memberi impak kepada penonton.

“Kecaman itu sudah tentu ada. Ketika tayangan perdana di Indonesia, ada ibu-ibu yang bergurau mencubit saya. Mereka sangat marah dengan watak saya itu.

“Saya juga menerima banyak DM yang meluahkan rasa marah. Di ruangan komen juga ramai yang mengecam. Semua orang seolah-oleh benci betul dengan saya.

“Namun, saya tidak berasa hati kerana itu bermakna saya berjaya membawakan watak itu dengan baik. Saya gembira sebenarnya. Perasaan itu bercampur baur,” kongsinya lagi.

Watak Berat, Rujukan Terhad

Sementara itu, Annisa mengakui watak Astrid setakat ini menjadi antara watak paling berat pernah dibawakan, lebih-lebih lagi apabila dia hanya memperoleh gambaran watak menerusi perbualan bersama mangsa dan bapanya.

Ads

“Ramai Kecam Saya…,” – Terbabit Dalam Filem Inspirasi Kisah Benar Tragedi Buli Di Indonesia, Annisa Kaila Pertaruhkan Emosi Demi Keadilan

“Saya akui watak ini sangat susah untuk dibawakan. Antara sebabnya kerana saya memang tidak berjumpa langsung dengan individu yang sebenar.

“Saya juga tidak punyai sebarang rujukan atau video berkaitan individu tersebut kerana ketika itu, dia masih dibawah umur. Kesemua akaun media sosialnya sudah ditutup.

“Satu-satunya cara untuk saya masuk ke dalam watak tersebut ada bertanyakan kepada bapa mangsa dan mangsa sendiri.

“Saya bertanya bagaimana cara dia bercakap dan pembawakan diri malah sehingga caranya mengusap rambut dan membakar rokok ketika insiden itu berlaku.

“Astrid ini seorang yang sukakan princess treatment dan sentiasa mencari validasi orang lain,” katanya.

Ads

Ditanya sama ada watak tersebut memberi kesan secara peribadi, Annisa mengakui ada kalanya dia berasa bersalah, khususnya terhadap mangsa.

“Ramai Kecam Saya…,” – Terbabit Dalam Filem Inspirasi Kisah Benar Tragedi Buli Di Indonesia, Annisa Kaila Pertaruhkan Emosi Demi Keadilan

“Saya tidak trauma dan saya juga tidak mahu watak ini melekat dengan diri saya. Saya hanya menjadi Astrid sewaktu bermula penggambaran sehinggakan pengarah kata cut.

“Selepas penggambaran tamat, saya akan terus bercakap dengan mangsa dan bapa mangsa. Saya juga terus minta maaf. Saya rasa tak sedap hati sendiri,” akhirinya.

Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel, mengangkat inspirasi kisah tragedi pilu melibatkan seorang remaja, David Ozara, yang didakwa telah teruk dibelasah sehingga mengalami koma untuk tempoh yang agak lama.

“Ramai Kecam Saya…,” – Terbabit Dalam Filem Inspirasi Kisah Benar Tragedi Buli Di Indonesia, Annisa Kaila Pertaruhkan Emosi Demi Keadilan “Ramai Kecam Saya…,” – Terbabit Dalam Filem Inspirasi Kisah Benar Tragedi Buli Di Indonesia, Annisa Kaila Pertaruhkan Emosi Demi Keadilan

Insiden yang berlaku pada tahun 2023 itu bukan sekadar tragedi, sebaliknya menjadi simbol luka mendalam, kemarahan awam, serta persoalan besar mengenai keadilan, penyalahgunaan kuasa dan budaya berdiam diri terhadap keganasan.

Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Januari ini.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Fahimi Rahmat Pilih Lindungi Privasi Isteri, Elak Penyakit Ain Jadi Antara...

Penyanyi dan komposer, Fahimi Rahmat, yang selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Disember lalu, mengakui sehingga kini, dia masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah...
error: Hello. Cannot.