‘Bagai pinang di belah dua’. Itu ungkapan sesuai buat pasangan Farah Nabilah dan bakal suaminya, Mohamed Amirul Yunus.
Pasangan sama cantik sama padan ini akan mendirikan rumah tangga pada 20 Disember depan.
Meski sudah tujuh tahun menjalin hubungan cinta, namun pasangan ini memegang pada satu prinsip iaitu kesetiaan dan kejujuran dalm setiap perhubungan.
“Sepanjang tujuh tahun bercinta ini, dugaan yang menimpa kami hanya sedikit, tidaklah terlalu berat. Ia tertumpu dari segi kesetian masing-masing.
“Kami bercinta dari jarak jauh kerana saya tidak selalu ada di Malaysia. Ada masanya saya ke luar negara seperti Jeddah, Jakarta, Jerman dan beberapa tempat lagi atas tugasan berkerja.
“Jadi kami sentiasa berhubung melalui video call antara satu sama lain,” kongsi Amirul yang berkerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Ads
Jelasnya, dia sudah bersedia untuk ‘terjun’ dalam industri hiburan bersama Farah yang pastinya tidak akan lari dari gosip sebagai seorang selebriti.
“Saya faham kerjaya dia sebagai seorang artis yang tidak lari dari gosip, jadi saya sudah bersedia untuk menerima semua itu.
“Jika gosip itu melibatkan Farah, saya akan bertanya terus kepada dia. Kemudian tiada apa, kami okay sahaja.
“Terkadang, cemburu juga, tapi tiada yang serius kerana itu hanyalah gosip yang sentiasa ada bergelar selebriti,” jelas Amirul.
Ads
Sementara itu, Farah akui bahawa dia tertarik dengan sikap Amirul yang bersifat gentleman.
“Seorang lelaki dapat curi hati ibu bapa adalah perkara yang terbaik. Jadi, bagi saya Amirul sudah lakukan dengan baik kerana dia berjaya berjumpa dengan ibu bapa saya.
“Dia tidak pernah putus asa selama tujuh tahun untuk ambil hati mereka.
Ads
“Meski ramai lelaki yang cuba untuk mendekati saya, tetapi saya tidak layan kerana di mata saya hanya nampak Amirul seorang sahaja,” kongsi pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu jujur.
Terdahulu, keduanya ditemui media di Hotel Majestic, Kuala Lumpur menerusi Sidang Media Mahligai Cinta Sidang Media Bersama Farah Nabilah, pagi Rabu.
Sementara itu, Farah,27, bersama bakal suami yang berusia 28 tahun itu difahamkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi iaitu pada 28 Disember untuk sebelah pihak lelaki.
Manakala seminggu sebelum itu, majlis pihak perempuan akan dilangsungkan iaitu pada 21 Disember.
Tarikh 5 Januari 2020 pula turut dipilih bagi meraikan pasangan yang bakal dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Amirul merisik bintang cantik itu awal tahun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Pengiklanan Media Komunikasi, pelakon Fikry Ibrahim bakal menyambung pengajian ke peringkat sarjana.
Ikutkan perancangan, bintang itu bakal menyambung pengajian pada tahun 2020.
Jelasnya kepada MH, proses menuntut ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Walaupun sibuk dengan dunia lakonan dan sedang mengembangkan perniagaan, namun dia nekad demi segulung ijazah.
“Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Pengiklanan Media Komunikasi.
“Saya tidak menyangka berjaya menamatkan pengajian kerana saya terpaksa menangguhkan pelajaran apabila terbabit dalam dunia lakonan. Saya menyambung semula pengajian dan sangat sibuk dengan latihan industri, lakonan dan perniagaan.
“Agak sukar namun berkat doa ibu, teman-teman dan usaha sendiri, akhirnya saya berjaya juga.
“InsyaAllah 2020 saya akan menyambung pengajian peringkat sarjana. Selepas ini saya akan meneruskan perniagaan,” katanya.
Biarpun sudah bertapak kukuh dalam industri hiburan, namun jelasnya, ilmu tetap harus digali hingga hujung nyawa.
Setiap hari bagi pelakon berusia 25 tahun ini adalah proses pembelajaran dalam hidup.
“Bagi saya ilmu sangat penting kerana untuk mendewasakan kita. Ijazah hanya sekadar secara rasmi saya telah menuntut ilmu.
“Setiap pelajaran yang diperoleh daripada sekeliling juga penting, setiap pembacaan dan pertanyaan ialah proses belajar.
“Jika kita tiada proses pembelajaran dalam hidup, seseorang individu itu akan mati sebelum usia,” tambahnya lagi.
Mahu meminta pendapat ramai, ibu kepada dua orang cahaya mata ini dihujani pelbagai cadangan dari pengguna media sosial khususnya dari para ibu.
Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman masing-masing di ruangan komen.
Wawa dan Aeril Zafrel berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata,Ahmad Fakharuddin Attar Suhairil dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil.
Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rita Rudaini mengakui dirinya ada perasan kewujudan akaun palsu yang dicipta sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang secara tiba-tiba akan muncul meninggalkan komen negatif apabila dia berkongsi foto anak-anak di laman Instagram.
Tambah Rita, ada ketikanya dia akan turut mengambil pendirian untuk membalas sesetengah komen yang ditulis dari akaun palsu terbabit pada entri foto melibatkan dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.
“Saya ada juga berikan reaksi terutamanya yang beri komen menggunakan akaun palsu. Kebanyakannya yang tidak bergambar. Saya akan balas.
“Saja kadang-kadang kalau ada masa saya ‘melayan’,” katanya.
“Saya perasan, kadang-kadang kalau kongsikan foto anak-anak menerusi Instagram, akan ada akaun palsu yang akan tinggalkan komen.
“Pelbagai komen yang muncul, malah ada yang macam tak puas hati. Nak buat macam mana? Sebabnya, bila saya kongsi foto anak, ramai yang akan berkait, contohnya ada yang beri komen ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, macam bapa mereka pandai main bola dan macam-macam lagi, akan masuk balik kenangan dulu.
“Saya okay sajalah. Tapi ada pula akaun palsu komen yang tak baik, jadi dari situlah saya mula balas komen,” jelasnya kepada MH.
Ditanya sejauh mana dirinya sebagai seorang selebriti perlu menjawab respon tidak berasas dari sesetengah akaun palsu di media sosial, bintang Mami Jarum ini menyifatkan selebriti juga sama seperti penggguna media sosial lainnya.
“Selalunya saya ikutkan mood. Bagaimanapun, selebriti pun manusia biasa. Jika ia dikira melampau dan rasa perlu komen, komenlah.
“Cuma cara komen tu biarlah berasas atau pun nasihat. Kadang kita pun nak hiburkan ‘hatinya’ yang sunyi, ‘dia’ pun perlukan respon dari kita,” seloroh Rita.
Rita terdahulu ditemui media sejurus selesai saingan program All Stars Buka Panggung (ASBP) minggu keempat, Ahad lalu.
Bintang berusia 41 tahun itu mengungguli minggu keempat program berkenaan, sekali gus menjadi juara mingguan wanita pertama dengan menafikan kemaraan Datuk Fizz Fairuz, Johan Asari dan Ruhainies ke peringkat separuh akhir.
Atas kemenangan yang diraih, Rita memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ramli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra.
Merupakan ahli Persatuan karyawan Malaysia, Pak Limra kini difahamkan berada di Pusat Jagaan Mahmudah Warga-Warga Tua di Semenyih, Selangor.
Rita bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir pada minggu keenam nanti.
Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara sementara Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.
ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand bersiaran setiap Jumaat, pukul 9.00 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...