Categories: Uncategorized

Rakan Terdekat Dedahkan ‘Mr. Grey’ Sakit Buah Pinggang, Betul Ke?

Share

Fuh terkejut MH baca laporan Sinar Harian baru-baru ini yang menjelaskan mereka telah bertemu dengan salah seorang teman terdekat hero kepada drama Mr. Grey, Fendy Bakry yang telah jatuh sakit secara tiba-tiba.

Individu tersebut yang telah ditemui di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) dengan ringkas memberitahu Fendy telah memaklumkannya dia menghidapi sakit buah pinggang dan bukannya alami sakit misteri.

Tambahnya, dia tidak berkesempatan melawat Fendy namun pelakon tersebut telah dihubungi melalui message di Instagram.

Bagaimanapun, Fendy hanya meminta mereka doakan yang baik-baik buatnya.

“Fendy sakit buah pinggang. Dia sendiri yang beritahu kepada saya dan dia bukan alami sakit misteri.

 

“Saya tak ada melawat tapi ada hubungi menerusi direct message di Instagram, katanya mengharapkan doa yang baik-baik,” katanya.

MH difahamkan, kini kesihatan Fendy semakin pulih dan Fendy sendiri sudah mula aktif kembali di media sosial.

Malah, jika tidak salah MH, tidak lama lagi pihak Fendy akan mengadakan majlis doa selamat buat pelakon tinggi lampai ini.

Okaylah, walau apa sahaja penyakit yang dialami Fendy, MH doakan agar semua akan dapat diubati dan kembali pulih seperti sedia kala.

SUMBER: Sinar Harian

IKLAN