Categories: Uncategorized

Rakan Artis Beri Kata Semangat Buat Diana Danielle & Farid

Share

MH pasti semua orang sudah sedia maklum dengan isu pelakon popular, Datuk Farid Kamil yang didakwa mengasari anggota polis dan orang awam beberapa hari lalu.

Walaupun Farid yang ditahan untuk disoal siasat namun yang mendapat tempias atas kesalahannya adalah orang terdekatnya iaitu ahli keluarga.

Banyak kecaman dan komen-komen negatif yang MH baca di media sosial mengenai Farid dan komen tersebut bukan sahaja diberi kepada Farid malah isterinya, pelakon popular, Diana Danielle juga turut terpalit dengan kecaman netizen.

Namun begitu bukan semua yang mengecam, ada juga yang memberikan komen positif dan mendoakan yang baik-baik buat Farid dan Diana.

MH dapati, rakan-rakan artis juga turut memberikan kata-kata semangat buat keluarga Farid dan juga Farid sendiri.

Bagus betul perhubungan sesama artis zaman sekarang. Mereka semua sudah saling bantu membantu dan ada kesedaran berkerjasama. MH puji sangat sikap masing-masing yang sentiasa memberi sokongan.

Sumber: Instagram

IKLAN