Pelakon Saharul Ridzwan baru-baru ini telah merakam video secara diam-diam apabila mendapati anaknya, Muhammad Luth Ali sedang membaca Iqra’ di balik tirai rumahnya.
Malah, Saharul tidak menyangka bahawa anaknya yang berusia tiga tahun itu memahami sesuatu tindakan atau ajaran yang disampaikan dalam apa juga perkara.
“Mengaji belakang langsir!
“Ingat kan hari tu sy ajar Ali baca Iqra’? Nampak macam dia tak dengar, main-main, tapi sebenarnya anak kita ni saja je.
Ads
“Dia dengar and cepat ingat apa yang kita ajar atau buat. Jadi, bersabarlah kita sebagai ibu dan ayah dalam mendidik anak. InShaaAllah,” tulisnya.
Biarpun tidak pernah memiliki cinta agung atau kisah romantis, namun ulas Joy Revfa, dia sangat bertuah memiliki cinta terhebat daripada seorang wanita yang bergelar ibu.
Menitipkan kata-kata indah buat ibu sempena hari lahir, bekas isteri Hafiz Hamidun ini turut mendoakan agar perjalanan ibunya ke Tanah Suci dipermudahkan.
“Aku tidak pernah miliki kisah cinta teragung seperti Zulaikha & Nabi Yusof as .. tidak pula seindah cerita cinta Shah Jehan & Mumtaz Mahal .. apatahlagi seromantis Putera Harry & Megan Markle.
“Tetapi aku terasa sgt bertuah kerana memiliki cinta terhebat dari seorang wanita yg mencintai aku tanpa syarat apa pun dan disitu Syurga bersemayam di kaki nya… iaitu cinta sejati dari seorang ibu.
“Happy Birthday ibu.. ( 19.1.2020 ) kakcik & arryan sayang sgt ibu. Semoga perjalanan ke tanah suci dipermudahkan Allah swt. Jgn lupa shopping kan jubah2 cantik utk anak mu ini. (menyempat) .
Instafamous, Nurhayati Tahir berkongsi paparan mesej yang diterima daripada seorang individu yang mengecamnya.
Ia berpunca gara-gara kerap memuat naik posting mengenai ‘game’. Individu terbabit menyelar dirinya mendakwa dia sebagai wanita pemalas dan tidak mempunyai masa depan.
Wanita yang pernah tular dengan gaya percakapan lenggok ‘slang’ ala Thailand ini kemudian turut berkongsi sekeping artikel yang memaparkan bagaimana gamer menjana sehingga RM18,000 sebulan hasil bermain game.
“Orang main game tak ada masa depan? Cuba tanya streamer diluar sana , berapa income dorang dapat hasil daripada ” buang masa ” main game ni . Rezeki Allah datang dalam banyak cara.
“Parody sampah” & main game tu antara kerjaya saya juga walaupun tak seberapa hmm. Pemalas & habiskan beras mak bapak?
“Alamak, salah orang kot nak judge ni. Tak apa lah mungkin dia tak tahu , maafkan jelah. Tapi kalau bertanya sebelum menghina tu kan lebih baik?
“Takpela saya akan pastikan jodoh saya tu tak malang, jangan risau. Sebab saya boleh panjat pokok , menuai padi , naik basikal , berdikari , setia , boleh memasak serta pandai main game . Done promote diri sendiri.
“Nak juga tengok rupa sebenar , tapi sayang .. berselindung disebalik fake account. #btw saya selit sekali artikel tentang salah sorang streamer yg dah ” buang masa ” main game & berjaya,” kongsinya.
Netizen turut meninggalkan reaksi dan rata-rata menyokong kenyataan Nurhayati yang menyifatkan gamer mempunyai nilai kerjaya yang tinggi pada masa ini.
Foto : Instagram Nurhayati Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biarpun lebih banyak beri tumpuan kepada keluarga terutama anak kecilnya, pelakon Shakilla Khoriri sedar dia perlu kembali kepada realiti, kembali dalam seni.
Setahun hilang daripada radar dunia lakonan tempatan, dia kini sudah bersedia untuk kembali ke set penggambaran.
“Lately banyak aku post pasal family. Sampai ada yang tanya kenapa TAK BERLAKON lagi ? Kenapa dah jarang nampak kat TV.
“Jawapan dia, aku kan mengandung dan beranak so aku tahu dalam tempoh setahun aku akan HILANG kerja aku untuk aku pastikan beberapa perkara.
“Kena kurus balik, kena nampak OK balik dan paling penting aku nak anak aku at least bijak sikit supaya aku kerja dengan aman sentosa.
“Ada juga production yang assumed sesama sendiri yang aku tak nak shooting dah. EH ? Sibuk jaga anak. Well sad to say, Tempoh REHAt dah nak habis,” jelasnya.
Tidak mahu terburu-buru kembali bekerja kerana dia mahu lalui fasa yang indah bersama anak.
“Insyallah February aku akan start kerja balik macam dulu. Rindu shooting tak boleh bawa bincang punya. Tapi aku follow dengan aturan Allah.
“Aku tak nak tergopoh sebab aku melalaui fasa kehidupan yang indah sekarang. FAMILY.
“Tapi realitynya aku kena kerja untuk bantu suami aku demi kelangsungan hidup aku anak beranak. Macam orang lain.
“My darling @ameenasofia_ shes getting much more better now. Doakan kesihatan untuk dia,” tulisnya.
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...