Ads

Raffi Ahmad Derma RM12,000 Bantu Pelakon Dan Pelawak Veteran Perbaiki Rumah

Keprihatinan personaliti popular Indonesia, Raffi Ahmad, terhadap nasib rakan seperjuangan dalam industri seni mendapat perhatian ramai apabila beliau menghulurkan bantuan kewangan berjumlah Rp50 juta (RM12,000) kepada pelakon dan pelawak veteran, Diding Boneng.

Bantuan tersebut diterima Diding Boneng atau nama sebenarnya Zainal Abidin Zetta selepas rumah warisannya yang didiami mengalami kerosakan teruk susulan hujan lebat, sekali gus menjejaskan keselamatan dan keselesaan keluarganya.

Difahamkan rumah tersebut telah berusia lebih 100 tahun memandangkan dia dilahirkan disitu dan usianya kini sudahpun mencecah 75 tahun.

Menurut Diding, sumbangan berkenaan diberikan tanpa banyak publisiti apabila wakil Raffi Ahmad hadir meninjau keadaan rumahnya sebelum bantuan kewangan itu disalurkan bagi membina semula rumahnya.

Ads

Lebih menyentuh hati, wang berkenaan terus digunakan untuk membeli bahan binaan bagi membaik pulih rumah yang rosak.

Raffi Ahmad Derma RM12,000 Bantu Pelakon Dan Pelawak Veteran Perbaiki Rumah

Ads

“Alhamdulillah, bantuan itu sangat bermakna. Saya terus gunakan wang tersebut untuk membeli simen, pasir dan keperluan asas lain bagi membaiki rumah,” katanya seperti dilaporkan portal Kapan Lagi.

Difahamkan, proses pembaikan rumah tersebut telah pun dimulakan dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan, bergantung kepada keadaan cuaca serta kelancaran kerja pembinaan yang sedang dijalankan.

Ads

Tindakan pantas Raffi Ahmad itu menerima pujian ramai, khususnya dalam kalangan peminat yang melihat keprihatinan pengacara dan usahawan berkenaan terhadap kebajikan artis veteran yang pernah mencorakkan dunia hiburan Indonesia.

Ini bukanlah kali pertama Raffi Ahmad menghulur tangan membantu rakan artis yang berada dalam kesusahan, sebelum ini beliau penah membantu pelawak dan pelakon wanita, Nunung, yang turut ditimpa musibah penyakit kanser.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ia Sudah Hampir Siap…,” – Aeril Zafrel Belanja Hampir RM500,000 Renovasi...

Meskipun hasrat membina sebuah masjid baharu terpaksa ditangguhkan, ia tidak menghalang niat murni pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel untuk menyalurkan dana bagi proses renovasi sebuah masjid di kampung halamannya di Johor.
error: Hello. Cannot.