Ads

Raffi Ahmad Beli Beg Hermes Milik Ivan Gunawan Bernilai RM125,000. Hasil Jualan Disumbang Bina Masjid Di Jepun

Sikap dermawan dua selebriti terkenal Indonesia, Ivan Gunawan dan Raffi Ahmad, menjadi perhatian apabila hasil jual beli sebuah tas mewah antara mereka digunakan bagi tujuan kebajikan membina masjid di luar negara.

Ivan Gunawan dilaporkan menjual salah satu koleksi tas mewahnya jenis Hermès Crocodile bernilai Rp500 juta (kira-kira RM125,000) kepada sahabat baiknya, Raffi Ahmad.

“Masyaallah, alhamdulillah, hari ini beg aku, beg Hermes Croco aku, laku 500 juta dibeli oleh Raffi Ahmad,” ungkap Ivan Gunawan seperti dilaporkan oleh portal detikhot.

Menariknya, wang hasil jualan itu tidak digunakan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya disalurkan sepenuhnya kepada Yayasan Cinta Qur’an Foundation bagi membiayai pembinaan sebuah masjid di Yokohama, Jepun.

Ads

Menurut selebriti yang juga pereka fesyen terkenal itu, pembinaan masjid berkenaan kini telah mencapai 50 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Beliau merancang untuk berkunjung ke negara itu awal tahun depan bagi menunaikan solat pertama kali di masjid tersebut.

Ads

Keputusan menjual koleksi tas berharga itu dibuat sebagai sebahagian daripada usahanya membantu memperluaskan syiar Islam di luar negara, selain menggalakkan lebih ramai umat Islam untuk berinfaq mengikut kemampuan masing-masing.

Ads

Raffi Ahmad yang dikenali sebagai antara selebriti paling berjaya di Indonesia, turut menyokong hasrat murni rakannya itu dengan membeli tas berkenaan tanpa berfikir panjang.

Imbas kembali, selain membina masjid di Jepun, Ivan Gunawan sebelum ini telah pun berjaya membina sebuah masjid di Uganda untuk kegunaan masyarakat Muslim di sana.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.