Lindsay Lohan antara selebriti Hollywood yang berbakat besar dalam bidang lakonan dan juga nyanyian. Sejak kecil lagi dia sudah berkecimpung di dalam dunia hiburan menjadikan dia antara penghibur yang dinanti-nantikan kemunculannya.
Khabar terbaharu tentang wanita berusia 35 tahun ini, dia baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Bader Shammas. Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, dia berkata, “Cintaku, hidupku, keluargaku dan masa depanku.”
Bersama hantaran itu disertakan rangkaian gambar yang menunjukkan dia sudahpun memakai sebentuk cincin berlian di jari. Riak wajahnya yang gembira jelas memancarkan kebahagiaan yang dirasai. Menjadikan berita ini lebih sahih, tunangnya dilihat mengulang kicau hantaran berita tentang pertunangan mereka
Ads
Lindsay yang kini telah menetap di Dubai lebih tujuh tahun, sebelum ini pernah bertunang dengan jutawan Rusia Egor Tarabasov namun hubungan itu kandas pada tahun 2016.
Ads
Cinta hati baharunya, Bader merupakan seorang penolong naib presiden Credit Suisse yang berpangkalan di Dubai.
Ads
Walaupun Lindsay kini dilihat memperlahankan kerjaya lakonannya, terbaharu dia dikhabarkan akan muncul dalam filem sempena krismas yang akan disiarkan di saluran Netflix. Di dalam filem tersebut dia akan bergandingan dengan bintang Glee, Chord Overstreet.
Pelakon Intan Ladyana menyifatkan momen disatukan sebagai suri hati kepada suami yang juga pelakon, Harris Alif dalam tempoh pandemik sebagai satu pengalaman yang cukup berharga.
Malah dalam tempoh 10 bulan bergelar sebagai suami isteri, perkongsian hidup mereka juga turut disusuli dengan kehadiran Anugerah.
Menzahirkan rasa syukur, aktres itu terharu apabila dia dan suami diberi peluang oleh Nori Malaysia Sdn Bhd. untuk memperkenalkan produk wangian mereka dibawah jenama Anugerah.
“Anugerah sudah mempunyai dua produk, iaitu Anugerah Body Mist dan Anugerah Fantasy. Malah saya dan suami juga dalam rancangan untuk memperkenalkan Anugerah Man. Ketika ini produk kami sudah berada di lapan pusat beli-belah, Aeon di seluruh negara.
“Insya-Allah pada tahun ini juga produk kami akan berada di lima lokasi lain antaranya di Pantai Timur,” katanya yang mengakui perkataan ‘anugerah’ itu sendiri mempunyai signifikan istimewa.
“Mengapa kami memilih Anugerah, sebagai jenama produk wangian kami? Sebab ia juga merupakan tajuk lagu Harris berjudul Anugerah dan lagu ini sempena hari perkahwinan kami.
“Jadi perkataan tersebut cukup istimewa buat kami berdua,” katanya lagi.
Memilih untuk mengeluarkan Body Mist berbanding minyak wangi, Intan berkata, sebagai ahli perniagaan, dia dan suami sangat berhati-hati dalam memperkenalkan produk di bawah jenamanya.
“Apabila pihak Nori Malaysia memilih kami untuk mengeluarkan produk wangian, saya dan Harris memang melihat semburab badan ini sebagai satu pilihan yang baik.
“Sebabnya fokus kami sendiri adalah untuk menghasilkan produk yang dapat menambat hati pengguna dari pelbagai peringkat umur. Kita tahu Body Mist lebih mesra pembeli, selain boleh dipakai pada bila-bila masa.
“Berbeza dengan minyak wangi yang mungkin hanya boleh dipakai pada waktu tertentu. Paling penting kami mahu Body Mist Anugerah ini mudah dibawa ke mana-mana,” kongsinya.
Sementara itu bagi Harris, dia melihat peluang yang diberikan Nori Malaysia sebagai satu cabang perniagaan yang ingin diceburinya.
“Bila Nori Malaysia tawarkan untuk jalin kerjasama, kami tidak mengambil masa yang panjang untuk setuju. Antara sebab mengapa kami yakin dengan Nori Malaysia juga kerana ramai lagi rakan artis lain turut menjalinkan kerjasama.
“Malah selepas hampir setahun berada di pasaran kami juga sudah mempunyai dua produk dan ini adalah progres yang baik,” tambahnya yang percaya rezeki.
Intan turut berkongsi, kehidupan sebagai isteri juga menuntut dia untuk lebih teliti sebelum menerima apa-apa tawaran dalam memastikan tidak mengganggu tanggungjawab utamanya.
“Memang ada yang berubah selepas berkahwin pastinya keutamaan saya kepada keluarga kini. Pada tempoh sekarang juga saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
“Fokus saya kini bukan kepada kerjaya sahaja tetapi juga keluarga, jadi saya perlukan kehidupan yang seimbang. Sebab itu saya agak memilih tawaran selepas berkahwin. Tetapi Alhamdulillah rezeki selepas berkahwin itu lebih murah,” jelasnya.
Ditanya mengenai desas-desus Intan yang kini sedang berbadan dua, Harris berjanji akan berkongsi berita gembira tersebut bila tiba masa sesuai.
“Tiada apa yang boleh saya kongsi lagi, tetapi saya berjanji kalau ada waktu yang sesuai untuk kami kongsikan berita yang gembira kami akan berbuat demikian.
“Cuma buat masa ini, apa yang kami minta daripada peminat di luar sana adalah doa-doa ikhlas kalian. Terus doakan kebahagian saya dan Intan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana mengharapkan doa moga jadi individu yang lebih beriman serta beramal soleh kepadaNya.
Pada masa sama, penyanyi yang sudah genap mencecah usia 37 tahun itu meminta doa semoga dirinya menjadi insan kuat dan tabah mengharungi ujian hidup.
Menerusi Instagram, penyanyi Angkara Cinta itu turut berkongsi beberapa keping foto ketika majlis keraian.
“Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk menyambut birthday ke 37. Doakan nana bertambah iman, seterusnya menjadi hambaNya yg beriman & beramal soleh dan kuat menghadapi segala ujian.
“Tq atas semua ucapan dan doa kalian buat nana .And tq sahabat2 nana yg buat suprise bday untuk nana semalam,” tulisnya sebagai kapsyen disusuli kredit.
Pengacara dan bekas penyampai radio, Hani Fadzil mengakui berasa agak terkilan dengan layanan yang diberikan oleh segelintir pihak sepanjang lebih satu dekad berkecimpung di dalam dunia penyiaran.
Menurut Hani, soal paras rupa dan populariti di media sosial sering kali dijadikan ukuran lebih-lebih lagi bila melibatkan soal pembayaran.
Malah, dia juga disarankan untuk berkelakuan ‘gedik’ sekiranya mahu namanya lebih dikenali.
In the industry for 12 yrs & I’ve gotten these : – u sorang je hafal script & bagus audition tp u takde rupa – followers you tak byk mcm (X) Sbb tu dia dapat payment lebih (walaupun (X) buat kerja lg sikit & baca je script) – nk naik u kena gedik sikit https://t.co/H3ugbd6CsY
“In the industry for 12 years and I’ve gotten these, ‘you sorang je hafal script dan bagus audition tapi you takde rupa’, ‘followers you tak banyak macam (X) sebab tu dia dapat payment lebih (walaupun (X) buat kerja lagi sikit dan baca je script)’ dan ‘nak naik you kena gedik sikit’,” tulisnya.
Luahan tersebut disuarakan oleh bekas penyampai radio, Era itu menerusi beberapa ciapan di yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini mendedahkan dia tidak meletakkan kesalahan tersebut di bahu para personaliti media sosial sebaliknya dia berharap agar para pemain industri dapat memperhalusi semula syarat-syarat yang diletakkan itu
“So what’s the point of being good at what we do? How do you expect our followers to naik if you don’t give us a chance to shine?
“I have nothing against influencers who has millions of followers. I’m just against how the industry works sometimes. Let actors act and let TV host host!,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar budaya seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Pelik eh. Penonton dahagakan karya berkualiti. Nak tengok lakonan pelakon-pelakon mantap. Tapi stesen tv yang tak nak. Yang decide 1m follower dekat stesen tv tu datang dari pluto ke?
“Punya cantik macam ni depa kata takdak rupa?
“Miss, you are so pretty and lawa kot! And you are so professional and talented.
“Ni la dunia sekarang sis. Mana-mana pun macam tu. Tapi jangan risau. Rezeki masing-masing dah tertulis,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Hani telah mula mencipta nama ketika menyertai program pencarian bakat, Personaliti Top ERA pada 2014.
Daripada 25 orang yang disenarai pendek, hanya hanya Hani, Radin Era dan Jaa Suzuran sahaja yang terpilih bagi menjadi sebahagian daripada keluarga besar, Era.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Twitter Hani Fadzil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...