Sekali sekala kalau dapat pergi bercuti dengan orang tersayang dan tinggalkan sekejap kesibukan kerja tu seronok juga kan?

Tapi… apa yang buat kita lagi seronok kalau orang tersayang tu propose kita masa bercuti. Alahai bersemutnya!

MH mendapat berita bahawa pelakon popular Bollywood, Deepika Padukone dikatakan sudah bertunang dengan kekasihnya, Ranveer Singh semasa mereka bercuti di Kepulauan Maldives baru-baru ini.

Pulang dari percutian romantis di Maldives, Deepika Padukone dan Ranveer Singh bertunang?

IKLAN

Menerusi sumber daripada India Today, berkata bahawa percutian mereka ke pulau tersebut turut ditemani oleh kedua-dua keluarga pasangan ini dimana aktress berkenaan juga turut menerima hadiah mewah bersempena hari lahirnya yang ke 30 pada 5 Januari lalu.

“Deepika menerima hadiah seperti set berlian mewah dan juga set sari Sabyasachi daripada keluarga Ranveer,” sumber memberitahu.

Dalam pada itu, bapa Deepika, Prakash Padukone juga memberi restu terhadap hubungan pasangan tersebut.

IKLAN

“Sebagai bapa, saya memberikan kebebasan kepada dia untu membuat keputusan sendiri. seperti juga dalam kes ini, dia berhak membuat pilihan hidupnya sendiri,” katanya kepada pemberita tempatan.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai ‘pertunangan’ pasangan tersebut.

IKLAN

Pulang dari percutian romantis di Maldives, Deepika Padukone dan Ranveer Singh bertunang?

Kalau betul bertunang MH ucapkan tahniah buat Deepika dan Ranveer.

Sumber: India Today

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI