Ads

“Pujian Juga Boleh Jadi Racun,” – Lakonan Sharifah Sakinah Bukan Sambil Lewa, Tak Mahu Terbuai Dengan Sanjungan

Pelakon Sharifah Sakinah terus mencuri perhatian menerusi lakonan mantapnya dalam drama terbaharu, Sujud Terakhir Encik Norman.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, Sakinah memilih untuk kekal fokus dan tidak terleka dengan pujian yang diterimanya.

Menurut Sakinah, pujian yang berlebihan boleh menjadi ‘racun’ sekiranya tidak ditangani dengan baik kerana ia mampu memakan diri sendiri.

“Pujian Juga Boleh Jadi Racun,” – Lakonan Sharifah Sakinah Bukan Sambil Lewa, Tak Mahu Terbuai Dengan Sanjungan

Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur apabila lakonannya menerima reaksi positif daripada peminat.

“Kita kena berhati-hati dengan pujian. Jika kita terlalu diawang-awangan, takut tak ke mana kita nanti. Sebab itu kita kena sentiasa merendah diri tapi punyai impian setinggi langit.

“Saya ada impian yang sangat besar. Saya tetap bersyukur dan berterima kasih dengan segala pujian yang diberikan. Namun, pujian juga boleh menjadi racun.

“Saya tidak akan terleka dengan pujian. Saya masih ada banyak lagi sasaran yang ingin dikejar. Bila sesuatu sudah dicapai, saya beralih ke sasaran lain pula,” katanya kepada MH.

Adik kepada pengacara Sharifah Shahirah itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Tiket Sehala pada Isnin.

Ads

“Pujian Juga Boleh Jadi Racun,” – Lakonan Sharifah Sakinah Bukan Sambil Lewa, Tak Mahu Terbuai Dengan Sanjungan

Mengulas lanjut, Sakinah menjelaskan kejayaan yang disaksikan penonton hari ini adalah hasil komitmen seluruh pasukan produksi yang bekerja tanpa kompromi terhadap kualiti.

“Pujian Juga Boleh Jadi Racun,” – Lakonan Sharifah Sakinah Bukan Sambil Lewa, Tak Mahu Terbuai Dengan Sanjungan

Malah dia turut menghargai peluang bekerjasama dengan produksi yang diterajui Shahrulezad Mohameddin.

“Apa yang ditunjukkan di dalam drama tersebut adalah hasil daripada skil dan latihan berterusan bersama pihak produksi Shahrulezad Mohameddin.

“Mereka adalah antara pihak produksi terbaik yang pernah saya bekerja. Kami bekerja dengan ikhlas dan hubungan itu seperti magnet.

Ads

“Setiap projek yang saya jayakan, fokus saya adalah untuk memberikan hasil terbaik. Saya tak mahu datang ke set sebab hanya mahu bekerja dan bayar bil sahaja. Saya tak suka sebegitu,” ujarnya lagi.

Disiplin, Keikhlasan & Anugerah

Dalam pada itu, Sakinah turut menegaskan dirinya akan mempertimbangkan beberapa aspek penting sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.

Baginya, disiplin, keserasian serta keikhlasan menjadi tunjang utama dalam menghasilkan karya berkualiti.

“Pujian Juga Boleh Jadi Racun,” – Lakonan Sharifah Sakinah Bukan Sambil Lewa, Tak Mahu Terbuai Dengan Sanjungan

“Bila terima tawaran berlakon, saya kena lihat dahulu siapa pasangan lakonan saya. Kena selalu datang awal di set penggambaran dan menjaga disiplin.

Ads

“Kita juga perlu bekerja dengan ikhlas dan tak jadi orang lain. Semua ini susah untuk dicapai. Pada saya, bila kita nak berkarya, jika hati kita busuk, karya kita juga busuk,” kongsinya lagi.

Mengulas mengenai pujian peminat yang merasakan dirinya kini layak menggenggam trofi, Sakinah memilih untuk melihat soal anugerah dari perspektif yang lebih luas.

“Pujian Juga Boleh Jadi Racun,” – Lakonan Sharifah Sakinah Bukan Sambil Lewa, Tak Mahu Terbuai Dengan Sanjungan

“Anugerah apa yang dipertandingkan untuk drama ketika ini? Saya rasa tiada lagi. Pada saya, anugerah ini adalah hasil daripada penilaian manusia dan peminat.

“Pujian peminat juga satu anugerah buat saya. Bakat yang saya miliki juga anugerah daripada tuhan.

“Malah, saya juga mendapat keberkatan apabila suami mengizinkan saya untuk berjauhan dan bekerja selama dua bulan.

“Pada saya, itu juga merupakan satu anugerah. Sebagai isteri, kita tak boleh tinggalkan suami lama-lama tapi dia benarkan saya bekerja,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Cuma Mahu Meluahkan Betapa…,” – Agnez Mo Masih Di Dubai,...

Penyanyi sensasi Indonesia, Agnez Mo, yang kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), meluahkan dedikasi terhadap kepimpinan negara itu.
error: Hello. Cannot.