Uncategorized

Puji Nurul Izzah, Wak Doyok Dihentam Lalang, Penjilat & Kipas Sekali Lagi!

Share

Aduh kasihan pula MH tengok Wak Doyok. Sejak memuji perlantikan Pedana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada sahaja yang dilakukan Wak mendapat kecaman netizen.

Bukan itu sahaja, malah ada juga beberapa page siap kumpul semua gambar-gambar Wak Doyok selama ini kononnya menjadi orang kuat parti pembangkang.

Kali ini Wak Doyok menerima kecaman sekali lagi apabila dia mengucapkan syukur Alhamdulillah atas pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi di akaun milik YB Nurul Izzah.

Walaupun ramai juga artis lain yang berkongsi rasa gembira mereka sama seperti Wak Doyok, namun netizen lebih tertarik meninggalkan sedikit kata dua kepada ikon fesyen tempatan ini.

Malah, ada yang mempertikaikan mengapa setelah sekian lama kini Wak Doyok baru ingin meninggalkan komen di akaun Nurul Izzah.

Hmmm macam-macam lah, tapi MH rasa tak salah sekirannya Wak Doyok nak kongsi rasa gembira, teruja dan syukur atas apa yang terjadi. Bayangkan siapa tak gembira setelah 20 tahun keluar masuk penjara akhirnya keluarga ini disatukan semula seperti sedia kala.

 

IKLAN