Genap berusia dua tahun pada 17 Ogos lalu, pengacara Dayah Bakar berkongsikan satu video menunjukkan gelagat anaknya, Achbar Muhammad Fahri yang memanggil dirinya bukan dengan gelaran ibu, sebaliknya memanggil ‘Dayah’.
Aksi keletah Fahri itu mencuit hati netizen yang terhibur dengan video yang dikongsikan Dayah atau nama sebenarnya, Nurhidayah Abu Bakar,33, menerusi laman TikTok miliknya.
“Dayah is Fahri first bestfriend forever tu yang tak nak panggil ibu.
“Tak tahu nak react apa. Nak gelak tapi macam kurang ajar pula. Aduh Fahri comellah!
“Heha, anak bertuah ni, panggil ibu dia Dayah je. Kemain ya awak Fahri, comel sangat ni.
“Tuu panggil macam panggil kawan dia ja,” komen beberapa netizen.
Sempena meraikan ulang tahun kedua kelahiran anaknya, Dayah juga ada menitipkan doa agar Fahri menjadi anak yang soleh dunia akhirat.
“A joy to us all, a shining light , thats what you are Fahri.
Ads
“Semoga Fahri membesar menjadi anak yang soleh, yang sihat dan ceria selalu, yang berjiwa besar dan merendah diri, yang menghormati org tua, yang menyenangkan dan disenangi, yang berjaya dunia akhirat dan menjadi seseorang yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
“Ramai yang sayang Fahri, masyaAllah Alhamdulillah.
Ads
“Terima kasih sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk Fahri ya, dari Fahri dalam perut ibu, hinggalah kini. May Allah bless you,” tulis Dayah.
Sekadar info, Dayah mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada Jun 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Dayah Bakar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah menyifatkan adiknya, Sharifah Sakinah sebagai individu yang suka mencuri perhatian.
Sebagai kakak, Shahirah yang mersa disapa Shiera, 47, tidak mengambil ia sebagai suatu hal yang serius kerana dia lebih mengenali adik sendiri.
“Saya rasa dalam yang kritik, ada juga yang suka dengan personalitinya. Dia pula suka ‘buat onar’ kemudian dia akan mediamkan diri dan tidur.
“Orang-orang begini kadang, ada juga akan rasa marah kalau tidak dipeduli (netizen). Jadi kalau dia rasa senyap, dia mesti akan buat sesuatu untuk diambil peduli orang.
“Rasa rasa macam ‘attention seeker’. Ada orang yang begitu. Macam… tak kisah ada orang suka atau tidak, tapi dia memang suka diberikan perhatian juga,” katanya kepada MH.
Shiera yang sinonim menerusi rama Mat Despatch suatu ketika dahulu ini berkata demikian ketika ditemui di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu.
Shiera bagaimanapun tidak menafikan adiknya sebagai anak yang baik terutamanya dalam hal melibatkan keluarga.
“Saya tidak menafikan Sakinah ialah anak yang cukup baik. Rezekinya pun murah kerana dia turut jaga mak, keluarga. Dia dulu yang akan berikan mak duit, bukan adik-beradik lain.
“Saya tidaklah terasa kerana saya kenal dia. Saya pun tak kisah orang nak kata apa, saya tidak mahu balas pun (kritikan). Kalau di ruangan komen di media sosual misalnya, saya boleh berborak dengan Sakinah.
“Katalah kalau dia botak sekali pun, saya sendiri pernah warnakan rambut warna merah, pernah juga hampir botak.
“Jadi kita fahamlah… pengakhirannya juga bukan kita yang akan adili, tetapi Allah SWT. Dia pun bukan mencuri, sakitkan hati orang dan sebaginya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang popular namanya di corong radio, Najib Asaddok pernah digelar ‘bisnes air liur’. Bunyinya mungkin agak sinis, namun itulah realitinya apabila dia akhirnya berjaya membina empayar perniagaan dengan memberi perkhidmatan latihan secara dalam talian kepada golongan peniaga.
Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok baru-baru ini yang sedang membuat sesi ‘live’ dihujani dengan pertanyaan seorang pengguna laman sosial yang bertanyakan soalan berunsur provokasi iaitu; ‘apa bisnes Najib yang sudah berjaya sehingga dia layak mengajar orang lain mengenai ilmu pemasaran?’
Lalu, sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial lainnya yang mempertikai kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’ semata-mata.
Najib yang juga pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 tak mahu ambil pusing segala komen yang dilontarkan.
“Ketika buat sesi siaran langsung itu, saya sedang membincangkan topik agak serius berkaitan isu peniaga yang mengalami kejatuhan dalam jualan. Tapi, apabila terdapat komen dan soalan sama berulang kali, ia lebih kepada provokasi dan berniat nak menjatuhkan kredibiliti.
“Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan. Dalam masa sama, ramai lagi memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas saya.
“Bagi saya, ini lebih menggembirakan serta memberi semangat pada saya,” kata Najib yang sebenarnya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah.
Dia pada awalnya ingin mengubah nasib diri dan kehidupan keluarga.
“Pada usia 11 tahun ayah saya meninggal dunia. Ketika itu mak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.
“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.
“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka ‘booth’, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan. Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga.
“Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan dan Pengurusan (MBA) di Anglia Ruskin University kampus Kolej FTMS Cyberjaya (2018).
Malah, Najib kini sedang menuntut di peringkat Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Open University Malaysia (OUM).
Daripada seorang jurujual, Najib membuat anjakan dalam kerjayanya apabila menukar strategi dengan terbabit dalam perniagaan secara dalam talian pada 2009. Berbekalkan pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, Najib mula dihimpit rakan dan orang sekeliling bagi mendapatkan rahsia kejayaan itu.
“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes ‘coaching’ atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara ‘offline’. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.
“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.
Najib juga apabila menerusi syarikatnya dia sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan ‘offline’ yang dibuat secara percuma.
Baru-baru ini juga, syarikatnya memperoleh sijil Sirim ISO 9001:2015 yang membuktikan hasil kerja keras kakitangan Momentum yang mengikut segala prosedur.
Najib juga dinobatkan Anugerah Orang Muda Johor oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selain menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.
“Alhamdulillah, saya sudah berjaya membelikan sebuah rumah buat mak dan ibu bapa mertua. Pada 2019, saya hantar mak menunaikan haji. Baru-baru ini pula, saya membawa membawa isteri dan kedua mentua menunaikan haji. Rezeki nak tolong keluarga, Allah permudahkan semuanya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Taiwan, Eison Chai dilapor meninggal dunia akibat terjatuh di bangunan stesen MRT Uzhou pada kira-kira jam 10 pagi pada Rabu.
Pihak polis setakat ini masih lagi menyiasat bagi mencari punca sebenar kematian penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak itu. Eison disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beberapa hari sebelum insiden itu, Chai, 40, ada memuat naik perkongsian sedih di media sosial miliknya dipercayai berkaitan soal cinta.
“Cinta merupakan perkara paling sukar untuk difahami dalam dunia ini namun ia juga sangat mudah. Cintai dia dan kamu akan beroleh kebahagiaan selamanya,” tulis Chai.
Chai memulakan kerjaya di Taiwan pada usia 19 tahun dengan memenangi pertandingan nyanyian Super Idol musim kedua yang diadakan di negara tersebut.
Pada tahun 2019, Chai kemudiannya menubuhkan kumpulan rock, 87 dan melancarkan album pertama mereka, Dream Together pada tahun sama.
Selain itu, dia juga dikatakan telah mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM742,500 selepas perniagaan restoran laksa di Ximending yang diusahakannya mengalami kegagalan.
Chai yang juga merupakan seorang pelakon di sana, mendirikan rumah tangga dengan pelakon Taiwan iaitu Hitomi Wu pada tahun 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...