Pendakwah Pu Azman yang sering berkongsikan nasihat dan pandangannya melalui media sosial berkaitan isu-isu terkini sedang menjalani penggambaran drama bersiri.

Katanya kepada MH, dia ada terlibat di dalam drama berjudul Lelaki Kiriman Tuhan yang turut menampilkan pelakon Remy Ishak, Mira Filzah, Hisham Hamid dan ramai lagi.

PU Azman Ceburi Bidang Lakonan, Mahu Keluar Dari Kepompong Watak ‘Ustaz’

IKLAN

“Saya sedang shooting drama Lelaki Kiriman Tuhan dan saya ada dalam setiap episod drama tersebut,” katanya selepas majlis Malaysia Quran Hour di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pagi tadi.

Tambah Azman, dia juga mahu keluar dari ‘kepompong’ sebagai watak ustaz kerana ingin menampakan kelainan.

“Saya memegang watak sebagai Encik Muiz dan mahu keluar dari watak ustaz, selagi tidak langgar batas,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, Azman juga turut berjinak-jinak mencipta lagu, seperti mana menerusi video yang sering dikongsikan di akaun Instagram.

IKLAN

“Saya nak cipta lagu juga tapi tak tahu lah suara sedap ke tak, cuma pendekatan saya tukar lagu artis popular kepada lirik-lirik berunsur islamik secara tak langsung saya bagi nasihat kepada orang ramai,” kongsi Azman optimis.

IKLAN

Hadir memberikan sokongan menerusi program kerohanian tahunan ini, Malaysia Quran Hour 2018 turut dihadiri Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik.

PU Azman Ceburi Bidang Lakonan, Mahu Keluar Dari Kepompong Watak ‘Ustaz’

PU Azman Ceburi Bidang Lakonan, Mahu Keluar Dari Kepompong Watak ‘Ustaz’

PU Azman Ceburi Bidang Lakonan, Mahu Keluar Dari Kepompong Watak ‘Ustaz’

PU Azman Ceburi Bidang Lakonan, Mahu Keluar Dari Kepompong Watak ‘Ustaz’

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI