Selepas 10 minggu bersiaran, Mentor Milenia 2019 telah melabuhkan tirai dengan menobatkan Apex Tajudin sebagai juara pada pentas akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam ini.
Kemenangan tersebut melayakkan protege kepada Hazama itu membawa pulang wang tunai RM100,000, dua buah motor Benelli RFS 150i dan sebuah trofi.
Berbekalkan dua persembahan menerusi lagu Merisik Khabar dan duet bersama mentornya menerusi lagu Fantasia Bulan Madu & Langit Dan Bumi, Apex telah menewaskan tiga protege lain untuk menjulang gelaran itu.
Ayda Jebat mengakui dia tidak bertanya lebih kepada Sheila Rusly berhubung bayangan pengarah dan penerbit itu yang dikatakan mahu berehat buat sementara waktu dari seni, sebagaimana yang diumumkan menerusi Instagram, bulan lalu.
Malah, Ayda yang kini turut sama terlibat di lokasi penggambaran drama terbaru, Bukan Gadis Biasa di samping Sheila mendedahkan, dia bimbang andai apa yang diperkatannya nanti akan mempengaruhi bintang senior terbabit.
“Kami di set, ada rasa macam sedikit sedih sebab saya sendiri tidak berapa pasti sama ada Sheila Rulsy mahu berhenti terus atau bagaimana.
“Saya tidak bercakap mengenai hal tersebut bersamanya sebab tak mahu serabutkan dirinya lagi atau bimbang andai ada kata-kata yang boleh mempengaruhi dirinya lagi.
“Keputusan tersebut datang daripadanya dan saya bukan jenis yang suka tanya banyak soalan. Pada masa sama, dia juga secara perlahan-lahan meminta saya untuk berada di monitor untuk melihat hasil lakonan,” katanya.
Pelakon dan penyanyi yang kini muncul dengan single terbaru, Better Than You turut mendedahkan, Sheila kini lebih banyak menghabiskan masa untuk menjiwai wataknya dalam drama yang bakal ditayangkan tahun hadapan itu.
“Kebelakangan ini ketika di lokasi, dia sudah jarang untuk melihat monitor. Sebaliknya berada di dalam bilik bersiap sedia untuk menjiwai wataknya.
“Sebelum ini, meski dia turut berlakon dalam mana-mana naskhah pun, dia tetap akan pantau di monitor,” jelas Ayda.
Bukan Gadis Biasa merupakan nakshah terkini dari JS Picutres dan turut mempilkan Remy Ishak, Nazim Othman dan ramai lagi.
Sebelum ini, Sheila ada memberikan bayangan untuk berehat sejurus Anugerah Skrin 2019 lalu yang turut menyaksikan drama terbitannya, Pia memenagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Zara Zya) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama bagi drama Dia Tidak Berdosa (Nabila Huda).
Meluahkan kesyukuran apabila ayahanda tercinta telah selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara, PU Rahmat mengucapkan penghargaan buat semua yang tidak putus mengirimkan doa.
Malah, dia turut berpesan agar sayangi jantung dengan berhenti merokok dan menjaga pemakanan.
“Alhamdulillah ayahanda saya Mohd Sofyan bin Mansur telah keluar daripada Institut Jantung Negara. Terima kasih atas semua doa kalian. Semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik balasan.
Sedikit nasihat kepada semua yang sihat.
Total bil pembedahan RM65 ribu ringgit. Sayangi jantung anda. Sayangi simpanan wang anda. Berhenti merokok dan jaga pemakanan,” kongsinya.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.