Selepas dikritikan hebat susulan isu menjemput individu viral, ‘Kak Long 7E’ atau atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, bagi program Trending, pihak stesen TV Alhijrah mengambil maklum dengan segala respon yang telah dilontarkan.
Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris, program Trending tidak akan dihentikan sebaliknya, hanya episod yang membabitkan individu berkenaan sahaja akan digantikan dengan kandungan yang lain.
“Program itu tidak akan diharamkan atau ditangguhkan. Cuma episod yang menampilkan individu tersebut sahaja kita put on hold. Bila kita dah labelkan sebegitu, rasanya kita semua pun boleh faham. Rancangan itu akan diteruskan dengan pengisian yang lain.
“Program ‘Trending’ untuk TV Alhijrah adalah berbeza dengan program-program viral yang lain. Program kami ini sebenarnya mengangkat isu-isu viral dan mengetengahkan bagaimana seorang muslim sepatutnya memberikan reaksi terhadap sesuatu isu.
“Bila kita angkat sesuatu isu, kita tidak pernah pilih kasih atau memilih bulu. Bila kita melihat pada ketika program itu dirakamkan, individu tersebut telah pun menzahirkan permohonan maaf secara terbuka.
“Bila kita melihat kejujuran seseorang itu memohon maaf, kita tiada ruang untuk menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan,” katanya kepada MH.
Terdahulu Namanzee ditemui pada Pelancaran Kempen Ramadan Syawal 1443H dan Aplikasi Terbaharu TV Alhijrah, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, hari ini.
Ads
Katanya lagi, pihak TV Alhijrah juga menerima segala teguran tersebut dengan berlapang dada dan berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Saya rasa ada berlaku salah faham apabila hos jemputan mempromosikan episod tersebut . Apabila dia memuat naik gambar selepas sesi rakaman berkahir, ia menggambarkan seolah-olah kita mengangkat individu tersebut.
“Sedangkan apa yang berlaku sebenarnya, Ustazah Isfadiah sedang memberikan tazkirah kepada individu tersebut untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam agama. Mesej yang ingin disampai sebenarnya sangat baik.
“Tapi pihak kami berlapang dada selepas menerima feedback daripada orang ramai. Kita juga berasa kesal dengan apa yang belaku selepas itu.
Ads
“Bila kita lihat semula kepada individu itu sendiri, kami merasakan belum masanya untuk siarkan kandungan tersebut walaupun mesejnya baik,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Namanzee turut berharap agar orang ramai dapat berlaku adil dengan turut sama menyatakan sokongan terhadap program-program TV Alhijrah
yang lain.
“Saya berharap semua pihak juga untuk berlaku adil kepada TV Alhijrah untuk melihat konten-konten kami yang lain. Kami mengambil ruang ini untuk berlapang dada dan kami anggap ini sebagai satu proses kematangan.
Ads
“Kita berterima kasih kepada semua yang perihatin. Sebab saya pasti niat, kemarahan dan kecaman mereka ini kerana sayangkan TV Alhijrah.
“Kalau perihatin dengan isu ini, perihatin jugalah dengan program-program kami yang lain seperti program Ramadan dan Raya. Kita ada banyak program dakwah kontemporari yang sangat baik untuk dikongsikan bersama orang ramai,” akhirinya.
Bersempena sambutan bulan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi, stesen TV Alijrah bakal menyajikan pelbagai program-program menarik antaranya My Quran Hour, Assalamualaikum Sahur, Majlis Ayah dan banyak lagi.
TV Alhjrah juga turut memperkenalkan aplikasi terbaru yang dikenali sebagai Alhijrah Apps (AH) yang menayangkan lebih 5000 rancangan keagamaan secara fleksibel.
Aplikasi ini sudah boleh mula dimuat naik menerusi Google Playstore dan Apple Apps Store.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagai tak dimakan usia, pelakon senior, Datin Seri Nina Juren tampak anggun menerusi penampilan terbaru.
Popular dengan drama Dia Semanis Honey, pemilik penuh nama Haznina Juren Haniff ini kini tampil dengan gaya rambut yang diwarnakan perang putih keemasan.
Sebagai tanda menghargai dan sudah dianggap seperti keluarga sendiri, penyanyi Datuk Nora Ariffin turut membawa pembantu rumahnya bersama-sama bercuti di Pulau Langkawi.
Menurut Nora, pembantu rumah terbabit sudah lebih 20 tahun berkhidmat dengan keluarga penyanyi yang sinonim lagu Di Persimpangan Dilema itu dan Hanya Satu itu.
“Ini adalah pembantu rumah saya. Tapi kami sebenarnya sudah anggap macam family. Kawan-rapat rapat pasti mengenali dia.
“Alhamdulillah dah 23 tahun bersama saya. Saya share dgn niat supaya kita semua menghargai kebaikan orang pada kita.
“Mungkin dia tidak berpelajaran macam kita tapi mungkin dia jauh lebih mulia dari kita,” tulisnya.
Jelasnya lagi, wanita terbabit juga banyak berjasa dalam membantu serta menjaga seluruh ahli keluarganya.
Dalam pada itu, Nora meluahkan rasa sebak setelah melihat senyuman kegembiraan terukir di wajah pembantu rumahnya itu.
“Sebak saya melihat betapa gembira dia bila dapat sama-sama bercuti dengan saya.Tak pernah datang Langkawi, naik cruise jauh sekali.
“Sebagai majikan, inilah cara saya menghargai jasa dia menjaga saya, suami & anak-anak selama ni. Setiap kali saya kurang sihat, dialah orang yang akan risau, kadang-kadang menangis, risau pada saya.
“Alhamdulillah ini adalah insan yang Allah hantar untuk saya. Rezeki yang sangat bernilai,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan mendedahkan dia sememangnya agak sukar untuk mengungkapkan kata-kata cinta di dunia nyata.
Menurut Jalaluddin, mungkin mudah baginya untuk ‘bermadah pujangga’ ketika di set pengambaran kerana baginya ia hanyalah sekadar tugasan hakiki dan memenuhi kehendak pengarah.
“Realitinya aku tidak pandai mencurahkan perasaan hati ini. Berbeda ketika aku di dalam set pengambaran.
“Mugkin aku hebat mencurahkan perasaan hatiku, namun ia nya hanya sekadar lakonan dalam menghayati watak atas arahan Tuan Director Ahmad Nisfu demi sesuap nasi untuk menyara keluargaku,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Kisah Cinta Kita itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-50.
Dikesempatan itu juga, Jalaluddin turut menitipkan doa semoga isterinya itu diberikan keberkatan hidup serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
“Selamat ulang tahun yang ke-50. Semoga Allah kurniakan keberkatan, kesihatan, kesabaran, ketaatan, dimurahkan rezeki, diikhlaskan hati dalam pergaulan juga ketika beribadat dan semoga dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah.
“Happy birthday sayang, isteriku dunia akhirat,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh setelah membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga perkahwinan Jalaluddin dan isterinya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Memang jatuh cinta dengan lakunan Datuk. Sangat romantic. Selamat ulang tahun untuk isteri Datuk.
“Happy birthday untuk wife Datuk. Semoga kalian berdua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
“Wow, bersemutlah. Happy birthday buat isteri Datuk.
“Happy Birthday Auntie Yong. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Jalaluddin dan iserinya, Rapidah Abd Ghani telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 12 November 2017.
Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datuk Jalaluddin Hassan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mustaqim Bahadon akui dirinya kini bahagia apabila dapat membesarkan seekor kucing yang sebelum ini pernah dibakar dan menjadi mangsa kekejaman manusia.