
Didakwa bercuti berdua bersama si dia yang juga selebriti Indonesia di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, aktres popular, Anna Jobling bagaimanapun menyangkal khabar angin itu.
Menurut Anna, percutiannya ke negara Uncle Sam itu turut disertai individu lain termasuk keluarga dan kenalan terdekat.
“Saya bercuti dengan ramai orang dan pada masa sama ada keluarga serta kawan-kawan juga.
“Bukan saya pergi bercuti dengan seorang sahaja, tetapi ada ramai bersama saya.
“Bila sudah penat bekerja, saya fikir perlu ambil masa untuk berehat seketika dan nikmati masa itu,” katanyaz
Pelakon filem Duyung: Legenda Aurora itu berkatq demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran eksklusif Tomei Raya bersama Anna Jobling di Tomei HQ di Jalan Klang Lama, pada Jumaat.
Anna bagaimanapun turut menambah, hal berkaitan peribadi tetap menjadi privasi buat dirinya selain berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik.
“Saya juga ‘post’ (berkongsi) mengenai percutian itu dan bukan lagi rahsia. Bagaimanapun, ia tetap ada privasi. Ia privasi, tetapi bukan rahsia.
“Kalau ada sesuatu yang mahu dikongsikan, saya akan kongsi. Saya tak ada perasaan yang semua orang tak boleh tahu mengenai saya, sebab saya sendiri kongsi mengenai perkara tertentu saja.
“Apa pun, minta doakan yang terbaik buat saya. Saya juga berhak untuk merasa gembira dan begitu juga buat orang lain. Saya tahu siapa diri sendiri, selagi saya menjaga diri, ia tidak ada masalah,” katanya lagi.



Perkembangan Kerjaya
Pada masa sama, Anna tidak menolak berdepan beberapa komen kurang baik, namun, pada akhirnya hanya dia yang lebih mengenali diri sendiri.
“Semua komen yang diberikan baik-baik sahaja dan semuanya manis. Memang ada sahaja yang macam tak bersetuju, tapi saya tahu segala-galanya untuk saya.
“Saya fikir perlu untuk diri sendiri rasa gembira, asalkan saya tak kacau sesiapa. Jadi, bila orang yang rapat dengan saya memberi sokongan terhadap apa dilakukan dan buatkan saya gembira itu adalah perkara penting,” katanya.
Terdahulu, timbul dakwaan Anna menjalin hubungan istimewa bersama selebriti Indonesia dan percutiannya ke AS, baru-baru ini adalah bersama individu terbabit.
Dalam perkembangan lain, Anna sekali lagi menggalas peranan sebagai duta jenama barangan kemas terkenal, Tomei.
Bagi kempen Hari Raya 2026 Tomei bertemakan ‘Pulang, The Joy I Carry Home’, Anna tampil mempersona dalam empat gaya yang melambangkan pelbagai suasana Aidilfitri dengan koleksi terbaharu seperti Sri Puteri, Diamond Cut, Anastasia dan Tomei Diamond Collection.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




