Penyanyi sensasi Amerika Syarikat, Taylor Swift sekali lagi membuktikan dominasinya dalam dunia muzik apabila Billboard menobatkannya sebagai Artis Muzik Terunggul Abad ke-21, mengatasi nama-nama besar lain termasuk Beyoncé, Rihanna, Eminem dan Justin Bieber.
Pengiktirafan ini diberikan selepas Billboard menganalisis pencapaian carta sejak tahun 2000 hingga penghujung 2024, melibatkan prestasi album di Billboard 200 serta kedudukan single dalam Billboard Hot 100. Hasilnya, Taylor muncul sebagai artis paling berjaya dari segi komersial dan populariti sepanjang dua dekad lalu.
Lebih membanggakan, Swift juga menduduki tangga teratas bagi kategori Top 100 Women Artists dan Greatest Pop Stars of the 21st Century, menjadikannya figura dominan dalam landskap muzik antarabangsa.
Ads
Dari sudut kewangan, penyanyi berusia 35 tahun itu kini bergelar bilionair dengan nilai bersih dianggarkan mencecah AS$1.6 bilion (RM7.3 bilion). Kejayaan ini menjadikan Swift sebagai artis wanita terkaya di dunia yang mencapai status tersebut hanya melalui muzik, tanpa bergantung kepada empayar kosmetik, fesyen mahupun produk sampingan lain.
Fenomena konsert jelajah The Eras Tour turut mengukuhkan kedudukannya, mencatat kutipan melebihi AS$2 bilion dan digelar sebagai siri persembahan paling berpengaruh dalam sejarah muzik moden. Malah, album terbaharunya The Tortured Poets Department mencipta rekod baharu di platform penstriman global.
Pengaruh budaya pop yang dibawa Swift sehingga melahirkan istilah “Swiftonomics” menggambarkan kesan ekonominya terhadap bandar-bandar yang menjadi lokasi jelajah, selain turut menjadi topik kursus akademik di beberapa universiti di Amerika Syarikat.
Ads
Dengan pencapaian ini, jelaslah Taylor Swift bukan sekadar ikon hiburan, malah simbol ketekunan dan strategi pintar dalam mengurus karier seni. Dunia muzik kini menyaksikan bagaimana seorang artis wanita bukan sahaja mampu menakluki carta, bahkan mendominasi ekonomi hiburan global abad ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada aktor Fattah Amin yang selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, penyanyi Amira Othman,32, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree Malaysia, Sepang, Selangor pada malam Ahad.
Hanya dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan sah bergelar pasangan suami isteri tepat pada jam 9.08 malam.
Pasangan selebriti itu dinikahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.
Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan Amira menerima mas kahwin seutas gelas emas.
Majlis penuh sederhana tetapi meriah itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat serta kenalan industri hiburan.
Kehadiran puteri kesayangan Fattah, Nur Fatima Aisya turut mencuri perhatian apabila dia setia menemani bapanya sepanjang majlis berlangsung.
Lebih istimewa, majlis pernikahan pasangan itu yang dinamakan Setulus Takdir: Fattah Amira turut bersiaran secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi secara percuma
Sekadar info hubungan rapat antara Fattah Amin dan Amira Othman mula menjadi perhatian sejak hujung tahun lalu.
Spekulasi semakin hangat apabila mereka dilihat bersama ke London pada Januari lalu bagi menjalani penggambaran muzik video. Namun, Amira ketika itu menjelaskan tujuan kehadiran mereka hanyalah untuk urusan kerja.
Tidak lama selepas itu, pasangan ini dilantik sebagai duta kempen raya jenama pakaian Jakel dan kerap tampil berdua di acara rasmi dengan gaya sedondon sehingga mencuri tumpuan ramai.
Pada Februari, khabar angin mendakwa mereka sudah bertunang mula tersebar, tetapi kedua-duanya tampil menafikan perkara tersebut. Amira menegaskan dia tidak pernah bertunang dengan Fattah, manakala Fattah pula menekankan hubungan mereka sekadar rakan kerja.
Desas-desus mengenai perkahwinan mereka kembali diperkatakan pada Mei apabila ada yang mendakwa Fattah bakal melamar Amira pada 25 Mei. Bagaimanapun, pelakon itu sekali lagi menolak dakwaan berkenaan dengan menjelaskan tiada tarikh perkahwinan ditetapkan pada ketika itu.
Selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya pada Selasa lalu Fattah dan Amira mengumumkan mereka bakal disatukan hari ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.
Berita gembira itu dikongsi ketika sidang media pelancaran single duet Rasa & Takdir nyanyian Amira bersama adiknya, Irfan Haris.
Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 dan berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia empat tahun, Nur Fatima Aisya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Kilauan Emas 2025 (KE2025), Erra Fazira berpuas hati dengan kualiti persembahan yang ditampilkan oleh setiap peserta pada minggu separuh akhir.
Menurut Erra, semua peserta jelas menunjukkan kesungguhan bagi merebut tempat ke konsert akhir minggu hadapan.
“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pada malam ini. Saya tahu mereka sudah all out dan berikan yang terbaik.
“Ada peserta yang sedikit ‘tergeliat’ dan ada juga yang tampilkan persembahan bertaraf final,” katanya kepada MH selepas berakhir konsert.
Berkongsi pandangan mengenai ramalan konsert akhir, Erra menyifatkan saingan kini terbuka luas, termasuk daripada peserta underdog yang mula mencabar kedudukan peserta teratas.
“Persaingannya sangat sengit dan salah seorangnya sudah tentu Mazleen. Kita juga ada peserta seperti Zanie dan Nawary.
“Nawary tunjukkan persembahan luar biasa malam ini. Dia merupakan peserta underdog. Untuk yang lelaki pula, Zekrai antara yang menyerlah. Setiap minggu dia tampilkan persembahan terbaik,” ujarnya.
Dalam masa sama, Erra turut mengingatkan agar peserta menguasai semua aspek pemarkahan, bukan sekadar vokal.
“Saya rasa setiap peserta perlu menguasai semua aspek pemarkahan. Jangan hanya utamakan vokal sahaja kerana persembahan secara keseluruhan juga diambil kira.
“Mereka juga perlu perbaiki bahagian penguasaan pentas. Itu juga masuk dalam pemarkahan. Mereka kena curi markah-markah ini.
“Saya harap kita akan jumpa seorang juara yang akan membawa nama Kilauan Emas 2025 yang akan terus kekal relevan dan tidak akan tenggelam selepas berakhir program,” katanya lagi.
Pada minggu separuh akhir ini, perjalanan Leeza dan Kinar terhenti apabila mereka diumumkan tersingkir daripada saingan.
Ketika ditemui, Leeza tidak menafikan rasa terkilan apabila gagal melangkah ke pentas akhir.
“Sudah tentu saya rasa agak sedih kerana saya memang betul-betul berjuang untuk melangkah ke konsert akhir. Namun, tak mengapalah. Ini adat pertandingan.
“Lagipun saya bangga dengan pencapaian diri sendiri sepanjang berada di KE2025. Saya bertanding dengan peserta-peserta yang lebih berpengalaman.
“Mereka sudah biasa buat persembahan di pentas-pentas besar. Untuk berada di tahap ini, saya sudah cukup gembira,” katanya.
Leeza juga mendedahkan faktor kesihatan sedikit sebanyak menjejaskan prestasinya.
“Semasa menyertai KE2025 ini, kesihatan saya tidak berapa baik pada peringkat awal. Setelah jumpa sebuah klinik yang disarankan oleh seorang kawan, saya rasa keadaan suara saya minggu ini dalam keadaan terbaik.
“Mungkin disebabkan masalah kesihatan itu, saya jadi tak berani untuk berjuang membawakan lagu yang mencabar. Mungkin rezeki saya sampai di sini sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, Kinar yang sebelum ini sering menerima undian tinggi mengakui terkejut dengan keputusan tersebut.
“Saya terkejut kerana tersingkir. Saya sudah buat yang terbaik. Jujur dari hati, saya memang tak puas hati.
“Untuk menguasai dua buah lagu dalam masa tiga hari, bukan kerja mudah. Kita kena hafal lirik, tarian dan penghayatan.
“Seperti apa yang dikatakan oleh pihak juri kepada saya, saya rasa netizen akan boleh menilai dan berfikir sendiri,” katanya.
Konsert separuh akhir turut digamatkan dengan persembahan artis undangan T-Rez Kamikaze, Datuk Nora Ariffin dan Zarith Mega.
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105) atau strim menerusi Astro One dan sooka.
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud.
Barisan juri terdiri daripada Erra Fazira, Roy Azman serta Ning Baizura, manakala Zarul Husin bertindak sebagai hos Spotlight selepas konsert.
KE2025 juga boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Transcultural Ethnic Rhythms of Malaysia & Asia (TERMA) bukan sekadar nama, tetapi nadi yang menghimpunkan rentak, irama dan gerak tari pelbagai bangsa dari Malaysia hingga ke serata Asia.
Ia menjadi jambatan merentas sempadan, menyatukan seni rakyat dalam satu bahasa sejagat.
Majlis pelancaran Projek Ikon Kebudayaan & Pelancongan Antarabangsa 2025–2027 bersama TERMA 2025 telah berlangsung penuh gilang-gemilang di Galeria SA Sentral, Shah Alam, baru-baru ini.
Acara disempurnakan oleh YB Datuk Borhan bin Aman Shah, Exco Kebudayaan & Perumahan Negeri Selangor, disaksikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Kumpulan Kesenian Mahligai Budaya selaku rakan strategik rasmi Projek Ikon, serta Jom Havoc Event & Management.
Ia turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri Selangor dan JKKN bersempena Festaria’25, bersama penaja seperti Nusa Sentral Sdn Bhd, Che Ani Premium dan Akira Touch, manakala Galeria SA Sentral menjadi venue rasmi.
Pelancaran ini menobatkan Selangor sebagai tuan rumah dengan penyertaan dari lima negara iaitu China, India, Sri Lanka, Thailand dan Indonesia.
Pertandingan persahabatan antarabangsa memperlihatkan keunikan tarian rakyat enam negara, di mana Indonesia dan Malaysia diumumkan pemenang Emas, China dan Thailand membawa pulang Perak, manakala Sri Lanka dan India memenangi Gangsa.
Dalam majlis sama, Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris mengumumkan pelancaran rasmi Projek Ikon Kebudayaan & Pelancongan Antarabangsa 2025–2027 yang menampilkan Pertubuhan Kumpulan Kesenian Mahligai Budaya sebagai rakan strategik utama dalam setiap program antarabangsa.
TERMA 2025 bakal berlangsung pada 11 & 12 Oktober 2025 di Shah Alam dengan kategori penyertaan kebangsaan dan antarabangsa merangkumi 7–12 tahun, 13–17 tahun dan 13 tahun ke atas (Terbuka).
Juara kebangsaan akan mara ke pentas antarabangsa merebut Platinum, Gold, Silver dan Bronze Award, sekaligus mengangkat Malaysia sebagai hab tarian rakyat rantau Asia.
Bagi memperkasakan kesenian zapin, Noraniza Idris turut melancarkan inisiatif Roots of Zafana dengan penubuhan Zapin Living Lab menerusi arkib digital dan fizikal yang mendokumentasikan penulisan serta kajiannya sendiri.
Inisiatif ini direalisasikan melalui kolaborasi akademik bersama ALAF Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan sokongan promosi dan pakej khas daripada TH Travel & Services.
Zapin Living Lab membuka peluang generasi pelapis, khususnya pelajar, untuk menyertai percutian pendidikan zapin.
Setiap bulan, Roots of Zafana akan menjelajah negeri-negeri seluruh Malaysia, meninjau keunikan variasi zapin yang dirakam eksklusif bersama Noraniza Idris dan co-host Ihab Ismail.
Dokumentasi ini dijangka menjadi rujukan rasmi generasi masa depan.
Perjalanan arkib bermula di Kampung Tenglu, Mersing sebelum diperluaskan hingga ke Sepanyol, simbol kesinambungan zapin merentas dunia Islam.
Kemuncaknya, Festival Empayar Akar Kita Zapin (AKZ) Musim ke-6 (AKZ6.0) bakal berlangsung pada 21–25 September 2026 dengan penyertaan antarabangsa.
“Jika dahulu pencarian budaya saya diterjemahkan dalam lagu Irama Malaysia, kini saya mahu melahirkan arkib zapin untuk generasi pelapis.
“Roots of Zafana akan menjadi sumber rujukan warisan yang bertahan lebih 100 tahun akan datang,” katanya.
Majlis sama turut diserikan dengan pra-dengar single baharu, Bintang Terang nyanyian Ihab Ismail dan Azmir Arif di bawah NIPV Management Sdn Bhd.
Sebelum itu, Noraniza Idris mempersembahkan beberapa medley lagu diiringi 39 penari dari Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI) berusia antara 4 hingga 18 tahun.
Pelancaran ini sekali gus memperlihatkan komitmen beliau sebagai Ikon Kebudayaan Pelancongan Antarabangsa, bersama dukungan Pertubuhan Kumpulan Kesenian Mahligai Budaya sebagai rakan strategik rasmi, untuk menjadikan zapin identiti budaya Malaysia yang bernilai tinggi dan berdaya saing di pentas dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...