Uncategorized

“Porn Star Je Pakai Macam Ni,”- Alahai, Netizen Kecam Pakaian Zahirah Macwilson Di Jepun

Share

Pelakon, Zahirah Macwilson muat naik beberapa foto dan video dia berada di Tokyo, Jepun di laman Instagramnya, semalam.

Dalam perkongsiannya itu, kelihatan Zahirah memakai pakaian ala-ala harajuku, satu stail yang popular di negara matahari terbit berkenaan.

“Do I make a cute bunny? Penelope made an appearance today,” tulisnya di kapysen.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak menyukai cara pemakaian Zahirah itu dan menggelarnya sebagai ‘porn star’.

 

Namun begitu, ramai netizen yang memberikan komen yang positif kepada Zahirah malah mengatakan bahawa pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu ada iras ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa.

Pada MH, pakaian yang dikenakan Zahirah itu tidaklah begitu seksi, masih lagi menjaga batasnya cuma mungkin lain orang lain pula pandangannya kan? Apa-apapun, tidak dinafikan bahawa Zahirah kelihatan comel sekali saat berpakaian seperti itu.

Foto/Instagram: Zahirah Macwilson

IKLAN