Usahawan yang popular namanya di corong radio, Najib Asaddok pernah digelar ‘bisnes air liur’. Bunyinya mungkin agak sinis, namun itulah realitinya apabila dia akhirnya berjaya membina empayar perniagaan dengan memberi perkhidmatan latihan secara dalam talian kepada golongan peniaga.
Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok baru-baru ini yang sedang membuat sesi ‘live’ dihujani dengan pertanyaan seorang pengguna laman sosial yang bertanyakan soalan berunsur provokasi iaitu; ‘apa bisnes Najib yang sudah berjaya sehingga dia layak mengajar orang lain mengenai ilmu pemasaran?’
Lalu, sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial lainnya yang mempertikai kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’ semata-mata.
Najib yang juga pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 tak mahu ambil pusing segala komen yang dilontarkan.
“Ketika buat sesi siaran langsung itu, saya sedang membincangkan topik agak serius berkaitan isu peniaga yang mengalami kejatuhan dalam jualan. Tapi, apabila terdapat komen dan soalan sama berulang kali, ia lebih kepada provokasi dan berniat nak menjatuhkan kredibiliti.
“Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan. Dalam masa sama, ramai lagi memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas saya.
“Bagi saya, ini lebih menggembirakan serta memberi semangat pada saya,” kata Najib yang sebenarnya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah.
Ads
Dia pada awalnya ingin mengubah nasib diri dan kehidupan keluarga.
“Pada usia 11 tahun ayah saya meninggal dunia. Ketika itu mak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.
“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.
“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka ‘booth’, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan. Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga.
Ads
“Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan dan Pengurusan (MBA) di Anglia Ruskin University kampus Kolej FTMS Cyberjaya (2018).
Malah, Najib kini sedang menuntut di peringkat Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Open University Malaysia (OUM).
Daripada seorang jurujual, Najib membuat anjakan dalam kerjayanya apabila menukar strategi dengan terbabit dalam perniagaan secara dalam talian pada 2009. Berbekalkan pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, Najib mula dihimpit rakan dan orang sekeliling bagi mendapatkan rahsia kejayaan itu.
“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes ‘coaching’ atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara ‘offline’. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.
Ads
“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.
Najib juga apabila menerusi syarikatnya dia sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan ‘offline’ yang dibuat secara percuma.
Baru-baru ini juga, syarikatnya memperoleh sijil Sirim ISO 9001:2015 yang membuktikan hasil kerja keras kakitangan Momentum yang mengikut segala prosedur.
Najib juga dinobatkan Anugerah Orang Muda Johor oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selain menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.
“Alhamdulillah, saya sudah berjaya membelikan sebuah rumah buat mak dan ibu bapa mertua. Pada 2019, saya hantar mak menunaikan haji. Baru-baru ini pula, saya membawa membawa isteri dan kedua mentua menunaikan haji. Rezeki nak tolong keluarga, Allah permudahkan semuanya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak dapat menyembunyikan perasan teruja dan gembiranya apabila single terbaru, Baby Sayang yang turut menampilkan Baby Shima kini jadi trending nombor satu di YouTube.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Aliff menyatakan rasa terima kasihnya buat penonton yang sudah menonton muzik video rasmi lagu berkenaan yang dilancarkan pada Rabu.
“Anda kena akui saya lah penyanyi yang sebenar kesayangan rakyat Malaysia.Syukur lagu ni trending nombor satu dalam masa 9 jam, ramai yg suka.
“Sekarang ni saya akui, saya memang penyanyi nombor satu Malaysia. Buktinya saya nombor satu trending.
“Thank you pasangan duet lagu saya @babyshimaofficial yang melontarkan vokal yang hebat,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Susulan itu, hantaran terbabit menerima ribuan komen pelbagai netizen.
Aliff menerusi video sama berkata, dia juga tidak sangka Baby Sayang mendapat tempat di kalangan pendengar.
“Macam-macam sangat dugaan yang saya alami. 10 jam Ya Allah… Trending number one. Saya tak sangka. Saya teringin sangat nak jadi penyanyi, teringin sangat bakat saya di kedepankan walaupun ramai kata saya buat gimik. This not gimmick.
“Saya dah lalui satu detik yang tak mudah dan saya buat lagi ni bukan untuk glamor tapi saya nak menghiburkan rakyat Malaysia dan akhirnya rakyat Malaysia menghargai bakat saya.
“Terima kasih banyak-banyak, terima kasih yang menyokong lagu Baby Sayang. 10 jam trending sumpah dengan nama Allah saya tak sangka. Terima kasih… terima kasih,” katanya.
Sehingga kini, muzik video berkenaan sudah pun menerima lebih hampir 300,000 ribu kali di YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Membesar tanpa nikmat kasih sayang ibu bapa tidak pernah mematahkan semangat ahli perniagaan Norsidayati Mustari dari Tawau, Sabah untuk terbang tinggi.
Wanita berusia 32 tahun yang mesra disapa Sis Bell ini kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Sufiah Habib Zain yang bekerja sebagai penjual sayur sejak usianya lima tahun.
Manakala bapanya, Allahyarham Mustari Subutanratu yang berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai buruh kasar pula meninggal dunia saat dia berumur 19 tahun.
Dalam tempoh tanpa ibu dan bapa, wanita yang kini sukses mengusahakan produk kecantikan jenama Beautyspells, dijaga oleh makcik dan nenek tersayang.
Mengambil inspirasi berdasarkan kisah lalu yang dilalui, Sis Bell menzahirkan naskhah itu menerusi tiga video drama pendek berjudul Kerinduan Seorang Anak. Ia dipromosikan secara tiga bahagian di akaun Facebook rasminya, Bell Mustari sejak 29 Julai lalu.
Sementara siri kedua dan ketiga telah pun dimuat naik pada beberapa hari lalu dan yang terakhir, hari ini.
“Saya tahu untuk berkongsi kejayaan dikecapi ini dengan ibu bapa sangat mustahil. Mereka lebih dulu pergi meninggalkan saya. Hanya rasa rindu yang mencengkam ketika mengenangkan mereka.
“Saya hanya mampu sedekahkan Al Fatihah untuk mereka yang telah pergi. Walaupun saya dibesarkan tanpa ibu bapa, namun saya mahu mereka yang senasib untuk terus kebalkan hati dan semangat.
“Begitu juga yang masih punyai ibu bapa untuk hargai peluang dan cipta kenangan bersama. Kita takkan pernah tahu siapa dulu yang akan menyahut seruan Ilahi,” katanya.
Menurutnya lagi, selepas kematian ibu, arwah bapa terpaksa pulang ke tanah asal di Indonesia atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Dari usia lima hingga 19 tahun saya tak sempat bersua muka dengannya. Makcik yang menjaga saya dan dipanggil sebagai mak ada bersua dengan bapa. Saya hanya mendengar khabar dan keadaannya daripada orang yang menyampaikan.
“Saya dapat tahu kekangan kewangan dan masalah dokumen perjalanan membataskan kembaranya ke Malaysia. Dalam tempoh itu, saya hanya sempat berhubungan dengannya menerusi telefon sebanyak dua kali.
“Masih segar ingatan saya terhadap pesanannya untuk menjadi anak berguna dan membanggakan orang tuanya,” katanya yang menyifatkan kejayaan membina empayar perniagaan sejak 2014 di bawah syarikat Beautyspells Sdn Bhd di Sabah atas hasil usaha dan kekuatan diri.
“Orang selalu cakap nak berjaya kena ada sokongan keluarga, ibu bapa dan orang tersayang. Tapi dalam kes saya, ibu bapa sudah tiada untuk melihat kejayaan dikecapi.
“Saya hanya mampu berkongsi dan meminjam kasih sayang nenek dan makcik. Namun kekuatan sebenar yang saya belajar sedari dulu ialah diri sendiri yang menjadi penyokong terhebat.
“Walaupun belajar setakat SPM, saya tak pernah melihat itu sebagai halangan untuk menjadi insan berguna. Beautyspells menjadi bukti kepada susah payah dan pergelutan selama ini. Setiap yang terjadi ada hikmahnya untuk kita jadi lebih kuat,” katanya.
Sis Bell pada masa sama berharap video dihasilkan bukan saja untuk kenangan dirinya tetapi boleh menjadi renungan bersama buat semua.
Berkongsi mengenai video yang dihasilkan, Sis Bell menjelaskan sejak awal berniaga, sudah 10 video dihasilkan. Malah skrip setiap video drama itu dihasilkannya bersama pasukan kerja.
“Video yang dihasilkan kebanyakannya menampilkan saya sebagai pelakon. Satu sebab jimat kos dan cuba untuk belajar serta menimba pengalaman. Pelakon lain yang terbabit pun sama dengan tak ada pengalaman.
“Saya ini bukan pelakon hebat pun. Tapi tidaklah kaku sangat. Saya menonton drama atau filem pun selalu didorong sebab penceritaan atau plot. Tapi sejujurnya, saya minatlah juga dengan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Nelydia Senrose, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.
“Dapat berlakon rasalah ‘feeling’ macam pelakon kesukaan saya itu. Cukuplah berlakon dalam video produksi sendiri,” selorohnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio Buletin FM, Muaz Mohamed melahirkan perasaan teruja menimang cahaya mata ketiga selepas isteri, Ediana Aziz selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada malam Selasa lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Muaz atau nama sebenarnya, Muazanazzuddin Mohamed menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua, kelmarin tepat jam 8.18 malam bersamaan 16 Ogos (Selasa), cinta hati saya selamat melahirkan anak perempuan pertama kami.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih atas doa dan kata-kata indah yang telah dititipkan,” tulis Muaz.
Dalam perkongsian itu juga, Muaz turut mendoakan anak perempuan tunggalnya itu akan menjadi anak yang solehah serta mempunyai baik budi pekerti.
“Selamat lahir ke dunia anakanda yang cantik nan jelita. Semoga kelak bisa menjadi anak yang baik akhlaknya, budi pekertinya dan menjadi bunga yang sentiasa mewarnai keluarga kita.
“Daddy, Mummy, Abang Emir dan Ezra love you.
“Jaga-jaga daddy akan follow ke mana-mana sahaja awak pergi ok,” tulis Muaz lagi.
Muaz bagaimanapun belum berkongsi wajah serta nama puterinya buat tatapan umum.
Penyampai radio berusia 38 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Ediana pada 16 Februari 2013.
Mereka turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Emirza Mukhriz, 8, dan Ezra Mikhail, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Muaz Mohamed
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.