Uncategorized

Polis Evo 2: Raline Shah Bakal Bergandingan Dengan Shaheizy Sam dan Zizan Razak?

Share

Terdahulu, filem Polis Evo  arahan Ghaz Abu Bakar telah mencetuskan fenomena apabila telah berjaya mencatat kutipan lebih RM17 juta dan kini sekuel kedua dikatakan dalam proses penggambaran.

Baru-baru ini, pelakon popular dari Indonesia Raline Shah telah memuat naik beberapa rakaman video di media sosialnya menunjukkan dia sedang berlatih di sebuah gimnasium.

Adakah pelakon wanita cantik dari seberang itu bakal bergandingan dengan Shaheizy Sam dan Zizan Razak dalam filem Polis Evo 2?

Jika sebelum ini Nora Danish menjadi pelakon wanita tunggal filem Polis Evo, pasti penonton teruja untuk mengetahui siapakah heroin filem sekuel ini.

Menerusi video yang dikongsi di Insta Story miliknya, pelakon itu turut meletakkan kapsyen ‘PE2 Training Day’ dan hari ini sesi latihannya sudah memasuki hari ketujuh, kelihatan juga bersama dengannya, Shaheizy Sam.

Kemaskini media sosial Raline sekali gus mengiyakan dia merupakan bintang gandingan yang bakal beraksi bersama dua pelakon utama Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Selain Raline Shah, primadona Melayu, Erra Fazira antara pelakon wanita yang bakal membintangi filem kutipan pecah panggung itu.

Polis Evo 2 bakal menyaksikan sentuhan Joel Soh selaku pengarah yang menggantikan Ghaz Abu Bakar.

Mungkinkah Polis Evo 2 menjadi filem paling trending di Malaysia sekali lagi? Sama-sama kita nantikan.

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN