Uncategorized

PM Minta Orang Ramai Jangan Buat Post Spoiler Filem Avengers: Infinity War

Share

MH pasti ramai yang ternanti-nanti untuk menonton filem Avengers Infinity War yang kini sudah mula ditayangkan di pawagam.

Berpusu-pusu orang ramai ke pawagam kerana mahu menonton filem ini namun ada juga yang masih belum berkesempatan untuk menonton.

Rata-rata yang sudah menonton memberikan komen yang sangat positif sehinggakan ada yang secara tidak sengaja telah berkongsi segala jalan cerita di dalam filem ini di media sosial.

Tak dapat dinafikan perkara itu dianggap sebagai spoiler kerana ianya akan membuat orang yang belum menonton filem ini berasa sedikit kecewa kerana sudah mengetahui jalan cerita filem yang mereka nanti-nantikan ini.

Semalam MH terlihat tweet daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di akaun Twitternya meminta pihak yang sudah menonton filem ini untuk tidak berkongsi spoiler di media sosial demi memberi peluang kepada mereka yang belum menonton.

MH juga turut bersetuju dengan permintaan Datuk Seri Najib ini.

Kepada sesiapa yang sudah menonton, ingat tau jangan post spoiler ok!

Sumber: Twitter Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

IKLAN