Lagu Temberang berkumandang di padang UiTM Dungun, Terengganu dengan gelagat seorang pelajar lelaki menari mengikut lenggok Lagu Temberang.
Malah, lagu terkini dari Ayda Jebat itu cukup menarik hati pengguna media sosial, apabila Ayda sendiri dilihat berkongsi pautan berkenaan di Instagram.
Menerusi kapsyen penyanyi ini pula, dia turut terhibur dengan aksi spontan pelajar terbabit, lebih-lebih lagi dengan ‘tarian pinggul’ yang dilakukan.
“Dapat banyak dm & video viral ni! Thank you UiTM Dungun! Yang ni kalau saya pergi ganu confirm jadi dancer saya. Nak babygirl datang tak?
“Get ready adik! Perform solo ek you berani bethooool! Pinggang ok tak tu? Macam pok lekor tranung hok aloh mung ni.
Ads
Tag siapa yang ada dalam video ni,” pinta bintang Cindai ini.
Berlatarkan foto bersama isteri dengan luahan hati, Datuk Boy Iman membayangkan kehidupannya selama ini telah musnah dan tidak mahu lagi dalam kepura-puraan.
Jelasnya lagi, dia tidak mahu hidup dalam dosa kerana hukum tetap hukum.
“Akhirnya aku berani untuk menerima kenyataan yang ianya telah musnah.
Dari terus hidup dalam kepura-puraan,
Dari hidup dalam fantasi walaupun realitinya tidak begitu.
“Dan yang amat berat untuk ku telan ialah hidup dalam keadaan berdosa kerana hukum tetap hukum.
“Hukum bukan mainan..ianya akan dihisab dan sedang diperhatikan oleh Allah Taala untuk diberi balasan bukan sahaja disana tetapi di dunia ini,” tulisnya.
Bahkan, pelakon dan penerbit ini turut menyatakan kasih sayang terhadap isteri dan anak-anak walau keadaan tidak lagi sama seperti dahulu.
“Doakan aku utk terus berani menghadapi semua ini serta kuat menerimanya sebagai satu aturan yang sempurna dan terbaik untuk aku dan terbaik untuk engkau dari Allah.
“Aku tetap menyayangi dirimu dan anak2 walaupun kita sudah tidak menjadi kita lagi,” kongsinya yang seakan-akan menjurus kepada kehidupannya sekeluarga.
Tiada apa yang lebih bermakna bagi seorang isteri apabila mendapat kasih sayang dari ahli keluarga lainnya, meski suatu ketika dahulu diri pernah terpalit kisah hitam yang mencetuskan sensasi.
Barangkali itulah situasi yang dihadapi Memey Suhaiza yang kini harmoni melayari bahtera perkahwinan bersama Norman Hakim, hampir sepuluh tahun lalu.
Menerusi sesi pertemuan keluarga besarnya termasuk Abby Abadi dan anak-anak tirinya bersama Ebit Lew tidak lama dulu, bintang ini ada berkongsi luahan rasa.
Kongsi Memey dia sangat bersyukur atas rahmatNya kini dalam menjadi individu yang lebih baik dari sebelumnya.
“Syukur, saya dari kecil dibesarkan dengan limpahan kasih sayang dari kedua ibu bapa. Alhamdulillah antara nikmat terbesar yang diberikan dalam keluarga ini adalah banyak sangat kasih sayang.
“Saya tahu, ramai yang tahu kisah kami meski tak secara ditil, tapi ramai yang tahu. Sampai sekarang ada yang tanya macam mana boleh baik, bahagia macam ni. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Bagi saya inilah nikmat dari Allah.
“Saya masih ingat lagi satu momen ketika kami sebelum sebaik ini, ketika pertama kali jumpa Abby, dia kata kalau sayangkan suami pakai tudung. Dia peluk saya dan ketika itu kami belum pun bertegur lagi kerana masih dalam situasi buat hal masing-masing,” turut Memey dalam sebak.
Merakam memori, Memey sendiri tidak menafikan pesan yang disampaikan pelakon Gerak Khas itu memberi kesan besar buat dirinya sehingga ke hari ini.
“Sebenarnya pesanan itu berika kesan pada saya kerana suami ketika itu memberi kelonggaran meski dia sendiri memang mahu saya kenakan tudung. Sebab saya fikir lagi mengenai kerjaya seni. Tapi ya, ia beri kesan dan saya selalu berfikir.
“Alhamdulillah suami sangat beri tunjuk ajar dan jadi role model, termasuk dalam solat. Saya berada dalam keluarga ini ibarat suatu rahmat yang sangat besar. Anak-anak pun semua baik belaka.
Setiap orang ada ujian yang berbeza-beza untuk dekatkan diri dengan Allah. Di balik apa yang berlaku dalam kehidupan saya, Abby antaranya baik sangat dengan saya, syukur dengan adanya suami dan anak-anak juga,” katanya seperti yang dipetik.
Sekadar imbasan, Norman dan Abby bercerai pada 2006. Menerusi perkahwinan tersebut, mereka memiliki tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.
Kemudian, Norman mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada 24 September 2011 dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4, dan Mikayla Delisha Hakim, 11 bulan.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun pelakon Emma Maembong sudah pun menjelaskan mengenai status hubungannya dengan salah seorang anggota kumpulan K-Clique, Noki gara-gara keduanya ada memuat naik foto bersama bulan lalu, namun masih ada yang beranggapan bahawa keduanya ada jalin hubungan mesra.
Bagaimanapun menerusi video temu bual bersama Noki menerusi YouTube Mstar Online baru-baru ini, bintang asal Sabah ini menafikan dirinya menjalin hubungan cinta dengan bintang cantik berkenaan.
“Saya dengan dia sudah pun lama berkawan, seperti yang pernah dikata Emma sebelum ini kami sudah lebih tujuh tahun berkawan. Malah kebetulan kakak saya juga berkawan rapat dengannya.
“Awalnya saya mengenali Emma daripada Cacha (adik Emma) terlebih dahulu. Memang hanya kawan, ia jadi isu apabila kami memuat naik foto di Instagram. Memang kalau dikata lebih dari kawan, itu tiada.
Pada masa sama, lelaki ini turut berkongsi perihal ciri-ciri gadis idaman.
“Saya lebih kepada yang bertudung, tinggi, hidung mancung muka Arab sikit. Mulut orang meman tidak boleh tutup. Kalau ada yang mereka mahu cakap, cakaplah. Yang tahu hanya saya dan Emma.
“Kami hanya kawan begitu juga dengan kawan rapat lain yang tahu. Dari awal memang berkawan, janggal sikitlah kalau nak bercinta,” katanya seperti yang dipetik.
Foto/Sumber: Instagram Noki/mStar Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.