Ahli perniagaan yang juga pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa sedih mengenangkan sebuah bangunan yang dibeli kini sudah dikosongkan.
Sambil bertanya sampai bila fasa pandemik ini akan berakhir, bintang filem Badang itu turut memohon doa agar terus dikurniakan kekuatan dalam meneruskan perniagaan.
“Saya sedih dan pilu melihat bangunan yang dibeli ini kosong. Dahulunya ceria penuh dengan gelak tawa dan happy tetapi benda ini hanya tinggal kenangan.
“Bila rasanya nak berakhir Covid-19 ni? Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kuatkan lah semangat aku untuk teruskan perniagaan ini. Bila saya melihat banyak syarikat-syarikat gergasi International yang lingkup dan tutup gara-gara Covid-19,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut berdoa moga rezeki yang diraihnya itu mampu dikongsi bersama orang lain.
Ads
“Semoga company saya dipelihara dan masih kuat bertahan. Semoga dengan rezeki ini boleh saya membantu bangsa rakyat, agama dan juga memberi bantuan kepada yang memerlukan.
“Amin Amin Ya Rabalamin…nasib baik sy femes boleh niaga online,” katanya yang turut mahu berkongsi mengenai dunia perniagaan kepada mereka yang berminat.
Sebagai tanda menghargai jasa penghantar makanan (food rider), penyampai radio Feeya Iskandar bermurah hati memberikan ‘tip’ kepada rider yang menghantar makanan yang ditempah olehnya.
Sama-sama kongsi rezeki, Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan turut berharap niat murni yang dilakukan dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat kepada mereka yang berkerja sebagai penghantar makanan.
“Bila kita dahulukan yg lebih penting pasti ada rezeki buat kita, paham keadaan rider yg terlalu ramai tapi order kurang kadang2 nk tunggu job masuk lagi kan.
“Jangan risau korang amek order cikpiah in sha allah ada lah EXTRA korang dpt. Yang penting teruskan bekerja dgn ikhlas dan sabar okey kita jaga kita. Rakyat tlg rakyat,” tulisnya.
Menerusi posting di Instagram, Feeya turut memuat naik tangkap layar perbualan bersama seorang rider selain tip yang diberikan, iaitu sebanyak RM50.
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang kini sarat hamil anak pertama sudah pun mendapatkan dos pertama suntikan vaksin pada Khamis.
Sambil memberikan semangat buat ibu hamil untuk sama-sama mendapatkan vaksin, Ayda turut memberi ruang buat peminatnya untuk bertanya mengenai hal berkaitan melalui Ask Me Question di Insta Story.
Menerusi beberapa perkongsian, bintang drama Cindai itu memberitahu sehingga semalam, dia tidak mengalami apa-apa kesan sampingan selepas beberapa jam mendapat suntikan.
“Lepas sejam? Takde rasa ap-apa until now. Takde rasa nak demam, tak lenguh.
“Mengantuk sebab kena bangun awal la kot Ibu mengandung kan memang mengantuk je mostly haha! Takde sakit-sakit for now alhamdulillah. Fikir positive, insyaallah ok! You’re strong!,” balas Ayda.
Dia pada masa sama turut berkongsi jenis vaksin yang diterima selain menjawab pertanyaan sama ada ia selamat untuk diterima ibu hamil atau sebaliknya.
“Saya dapat Pfizer. Sebelum awak kena cucuk, ada doctor akan explain, inform vaksin apa dapat and ada soalan kalau nak tanya, tanyalah doctor tu.
“Kalau saya for now Alhamdulillah no side effect, After 8 hours. Esok lusa tak pasti, saya update nanti ok! But, jangan fikir sangat pasal sakit, lagi fikir lagi senang dapat. Be strong ok! Tengok movie best best and relax,” jelasnya.
Sementara itu, isteri kepada hos, Nabil Mahir ini juga meminta para ibu hamil untuk mengemaskini akaun mySejahtera.
Malah, Ayda memberitahu doktor di pusat vaksin akan terlebih dulu memberikan perincian sebelum suntikan dibuat.
“Awak register lah dulu ya. Haha! For now saya rasa mostly dapat Pfizer. Cubalah google. Saya belum jadi menteri lagi nak tetapkan awak akan dapat vaccine apa. Saya pun baru amik tadi, baru tau dapat Pfizer kat sana.
“Rasanya memang Pfizer sahaja untuk pregnant lady. Sebelum awak nak kena cucuk nanti, ada doctor akan explain and bagitau awak dapat vaccine apa. Goodluck!,” tulisnya lagi.
Penyanyi Muna Shahirah tidak menafikan penguat kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi impak besar kerana ramai pihak.
Ada yang terjejas pendapatan dan tak kurang ada yang teroka bidang baru bagi mencari peluang.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Muna,27, berpendapat dalam situasi yang sebegini kita harus bijak mencari peluang lain dan jangan hanya bergantung dalam satu bidang sahaja.
“Sejak PKP tawaran untuk membuat persembahan mulai tiada, malah program di televisyen dan lain lain juga terbatas. Jadi tentunnya perkara tersebut menjejaskan pendapatan anakseni seperti saya.
“Namun saya bersyukur kerana sejak PKP pertama lagi, saya berjinak-jinak menceburkan diri dengan permainan dalam talian, PUBG. Pada mulanya sekadar suka suka main sahaja.
“Lama kelamaan saya mula belajar sendiri melalui YouTube tanpa bimbingan sesiapa. Kemudian saya mula stream PUBG melalui Facebook menggunakan komputer. Tak sangka jalan saya dipermudahkan, kini pengikut saya mencecah hampir 500 ribu di facebook.
Jelasnya lagi, PUBG bukan sahaja menghasilkan pendapatan, tetapi telah membuka jaringan pengikut dan peminat baru.
“Mula-mula tu ada yang tak tahu saya penyanyi, tetapi sewaktu live streaming kami bersembang sambil layan game (PUBG). Jadi, sajalah nyanyi-nyanyi, kemudian ada yang tegur ‘eh suara awak sedap, awak ni penyayi ke?’
“Lalu saya guna peluang tersebut untuk promosikan lagu saya di YouTube. Dari situlah kenalan dan peminat saya di Facebook kian bertambah,” katanya.
“Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan berbeza. Saya mulai nampak ‘game’ ini bukan sahaja boleh menjana pendapatan, tetapi juga boleh membantu saya untuk mempromosikan lagu saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, bintang ini kini muncul dengan single baharu berjudul Bukan Milikku.
Meski pada awal dia risau kerana melancarkan lagu di dalam fasa PKP 3.0, namun atas komitmen kerjaya, dia menyifatkan apa yang dilakukan adalah sebagai hadiah buat peminat.
“Alhamdulillah lagu diterima peminat dan saya sendiri suka dengan lagu ini. Sebenarnya saya gementar juga untuk lancarkan single baru dalam waktu PKP ini.
“Bimbang dikatakan tidak prihatin dengan keadaan semasa. Tetapi memandangkan ia adalah tuntukan kerja, jadi saya melunaskan tanggungjawab pada syarikat rakaman dan untuk peminat.
Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Ikhwan sendiri itu merupakan lagu genre balada cinta kelima daripada penyanyi berkenaan.
“Bukan tidak mahu tukar genre lagu, tetapi saya sudah selesa dengan lagu yang berkonsepkan balada di samping ia cadangan dari syarikat rakaman FMC Music.
“Selepas ini kalau diberi peluang, saya teringin juga untuk bawakan lagu berkonsepkan pop seperti lagu Nabila Razali permata hati,” akhiri Muna yang turut berdoa semoga fasa pandemik di negara ini segera berakhir.
Bukan Milikku akan dilancarkan serentak di semua saluran dalam talian termasuk YouTube FMC Music hari ini, jam 8 malam.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.