Semalam, menyaksikan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Mahathir turut memuat naik beberapa foto pertemuan tersebut di laman Instagram miliknya.

“Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah sebentar tadi di Putrajaya pada hari pertama beliau bertugas hari ini.

“Hadir sama ialah anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

“Kunjungan hormat ini adalah yang julung selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

“Sebelum itu, YAB Perdana Menteri memulakan tugas pagi tadi di pejabatnya sendiri di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya,” tulis kapsyen foto tersebut.

Pertemuan dua lagasi hebat dunia ini membuatkan ramai cukup teruja dan memberi feedback yang sangat positif!

IKLAN

Pertemuan Antara Sultan Brunei Dan Tun M Dapat Perhatian Netizen Tapi…

Pertemuan Antara Sultan Brunei Dan Tun M Dapat Perhatian Netizen Tapi…

Pertemuan Antara Sultan Brunei Dan Tun M Dapat Perhatian Netizen Tapi…

IKLAN

Tetapi apa yang melucukan, dalam ramai-ramai yang fokus kepada kedua-dua individu yang berpengaruh itu, ada juga netizen yang tidak lari memandang Prince Mateen yang turut hadir menemani ayahndannya.

Pertemuan Antara Sultan Brunei Dan Tun M Dapat Perhatian Netizen Tapi…

IKLAN

Pertemuan Antara Sultan Brunei Dan Tun M Dapat Perhatian Netizen Tapi…

Pertemuan Antara Sultan Brunei Dan Tun M Dapat Perhatian Netizen Tapi…

Untuk pengetahuan, semalam juga merupakan hari pertama Mahathir memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI