Ads

Pertandingan Nyanyian Borneo 2025 Angkat Martabat Warisan Muzik Etnik

Peserta dari Sabah, Siti Rafidah Daud berjaya mengagumkan juri dengan kehebatan vokalnya menerusi lagu bahasa Dusun berjudul Aada pada Pertandingan Nyanyian Borneo 2025 anjuran Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia (PPASM), baru-baru ini.

Tempat kedua dimenangi Harvard Sandar menerusi lagu Id Pagandadan, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Vannesa Anne Brown menerusi lagu Ati Nuan Ati Aku.

Dengan kemenangan yang diraih masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, RM500 dan RM300 beserta trofi serta sijil penyertaan.

Menurut Pengerusi PPASM, Jawed Khan, penganjuran itu bukan sekadar pertandingan nyanyian sebaliknya sebuah gerakan penting bagi memperkasa bakat muda serta memelihara legasi kebudayaan.

“Platform ini dicipta untuk memberi pengiktirafan buat bakat-bakat penyanyi dari Borneo. Bukan hanya tampil sekadar tujuan hiburan, ia juga sebagai memartabatkan identiti budaya warisan.

Ads

“Sambutannya sangat memberangsangkan serta penyertaan penyanyi-penyanyi berkualiti pada pertandingan itu menjadi bukti bahawa budaya tempatan bertuntas daripada akar yang kukuh terhadap jati diri,” katanya.

Pertandingan Nyanyian Borneo 2025 Angkat Martabat Warisan Muzik Etnik Pertandingan Nyanyian Borneo 2025 Angkat Martabat Warisan Muzik Etnik Pertandingan Nyanyian Borneo 2025 Angkat Martabat Warisan Muzik Etnik

Ads

Pentas Pengenalan Lagu Etnik, 18 Peserta Berentap

Menurut Jawed lagi, selain objektif memperkenal lagu-lagu Borneo, pertandingan berkenaan bertujuan memperkasa jati diri bakat-bakat dari Sabah dan Sarawak meskipun berada jauh di perantauan.

“Selain memelihara warisan muzik dari Borneo, ia menyediakan platform untuk peserta menyerlahkan kemampuan artistik, kreativiti, dan menghargai seni budaya tempatan,” katanya.

Ads

Pertandingan berkenaan berlangsung meriah di Dataran Merpati, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 18 Disember lalu dengan penyertaan 18 peserta di peringkat akhir.

Pentas itu menjadi medan penting pengenalan lagu-lagu bahasa etnik Borneo termasuk Dusun, Kadazan, Iban, Bidayuh dan banyak lagi kepada penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pertandingan ini turut mendapat sokongan padu Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ia Sudah Hampir Siap…,” – Aeril Zafrel Belanja Hampir RM500,000 Renovasi...

Meskipun hasrat membina sebuah masjid baharu terpaksa ditangguhkan, ia tidak menghalang niat murni pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel untuk menyalurkan dana bagi proses renovasi sebuah masjid di kampung halamannya di Johor.
error: Hello. Cannot.