Penyanyi Faizal Tahir telah membuat persembahan menyanyikan lagu berjudul Malaysia hasil ciptaanya sendiri bersempena meraikan Hari Kebangsaaan ke-61 di Putrajaya, baru-baru ini.

Penyanyi dan komposer itu telah berkongsi video kegembiraanya tersebut di akaun Instagram.

“Saya berasa rendah hati dan bangga kerana telah diberi keistimewaan untuk tampil membuat persembahan di hadapan pemimpin negara kita.

Alhamdulillah, terima kasih Malaysia untuk peluang sekali seumur hidup yang amat bermakna ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, Faizal  telah membuat perembahan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah.

IKLAN

Turut sama meraikan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menteri-menteri kabinet baru yang kini menerajui pemerintahan kerajaan Persekutuan.

Rata-rata netizen turut berasa bangga dengan juri tetap Big Stage itu kerana telah membuat persembahan yang bersemangat dan menghiburkan.

IKLAN

Pertama Kali Buat Persembahan Di Depan Pemimpin Baru, Faizal Tahir Rasa… Pertama Kali Buat Persembahan Di Depan Pemimpin Baru, Faizal Tahir Rasa…

IKLAN

Pertama Kali Buat Persembahan Di Depan Pemimpin Baru, Faizal Tahir Rasa… Pertama Kali Buat Persembahan Di Depan Pemimpin Baru, Faizal Tahir Rasa…

Faizal juga turut menyanyikan beberapa lagu seperti Keranamu Malaysia, Kita Punya Malaysia dan Negaraku, yang dipersembahkan pancaragam gabungan pasukan beruniform.

Video : IG Faizal Tahir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI