Uncategorized

Pertama Kali Beraya Sebagai Juara Hero Remaja, Ramai Pula Minta Alif Muhaimin Buat Rumah Terbuka!

Share

Berkesempatan bertemu dengannya baru-baru ini, Alif turut berkongsi, sempena hari raya kini, ada peminat yang mintanya untuk anjurkan rumah terbuka.

Maklumlah, nama sudah mula naik, pasti ada yang mahu isi masa dan selfie bersamakan?

“Adalah dapat permintaan dari peminat supaya buat rumah terbuka. Tapi itulah, Alif ada ‘final exam’ seminggu selepas raya.

 

“Jadi, kalau ada keizinanm, InsyaAllah Alif akan usahakan buat rumah terbuka khas,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Alif turut menyatakan keterujaan setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Alif sangat ‘looking forward’ untuk kesemua ahli keluarga berkumpul sama-sama, makan sama-sama semua. Masa raya lah, ‘cousin’ yang jauh-jauh dapat berjumpa jadi memang bestlah. Dari kecil sampailah sekarang memang macam ini. 

 

Kalau dari segi persiapan pula, untuk diri Alif, Alif banyakkan ‘work out’ supaya nampak macam ‘fit’ sikit,” kata pelakon drama rantaian, Tak Ada Cinta Sepertimu ini.

Foto: Instagram Alif Muhaimin

 

IKLAN