Uncategorized

“Persinggahan Adalah Tempatku Dan Yang Kekal Adalah Kamu,” – Ziarah Achey Ke Pusara Yus Jambu Cetus Rasa Sayu

Share

Pelawak Achey Bocey menyentuh hati netizen apabila baru-baru ini, dia telah berkesempatan menziarahi pusara rakannya Yus Jambu di Sungai Batu Pahat, Perlis. Malah, Achey turut berkongsi sekeping foto menerusi Instagram bersama dedikasi istimewa buat sahabatnya itu.

“Sementara itu aku singgah tetapi jika dihalusi persinggahan adalah tempat ku dan yang kekal adalah kamu. Lawatan ku mungkin tidak sehebat doa2 mereka yang amat merindui dan menyayangi mu.

 

“Dan kami percaya jika di kumpul kan semua itu, ianya pasti menjadi kiriman yang terbaik buat mu,” tulis Achey.

Perkongsian berkenaan telah menyentuh hati para peminat kedua bintang berkenaan. Malah ada yang turut mendoakan arwah Yus yang meninggal dunia pada November 2015.

Sehingga kini, posting yang dimuat naik lebih 24 jam lalu itu sudah pun mendapat lebih 130,000 tanda suka bersama ribuan komen netizen.

Foto: Instagram Achey

IKLAN