Selebriti dan usahawan berjaya, Noor Neelofa optimis terhadap produk terbaharu Nilofa Plus, Drintox Pineapple Juice iaitu minuman yang membantu proses penyingkiran bahan toksin dari dalam badan.
Neelofa, 33, berkata keyakinan terhadap produk berkenaan timbul selepas berpuas hati dengan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan beberapa pakar sebelum ini.
Ditemui pada Majlis Pelancaran Drintox Pineapple Juice di Colony @ KL Eco City pada Selasa, hos program Next To Neelofa ini turut berkongsi secara terperinci mengenai produk berkenaan.
“Bagi saya kita berada di dalam sebuah negara majmuk yang secara langsung ia turut diterjemahkan menerusi kepelbagaian makanannya. Namun saya percaya kita sedia maklum ada di antara menu yang kita ambil itu ada yang bergoreng, berlemak, berminyak dan sebagainya.
“Jadi secara tak langsung akan timbul masalah pencernaan bagi kebanyakan orang. Sebelum ini saya ada keluarkan minuman botani dan daripada situ ia dilihat membantu ramai daripada segi melawaskan, kemudian timbul idea untuk fokuskan kepada detoks.
“Sudah semestinya saya merasakan akan ada permintaan yang tinggi untuk minuman seumpama ini dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk melancarkannya,” kata Neelofa kepada MH.
Ads
Mengambil berat mengenai bahan utama yang terkandung di dalam Drintox Pineapple Juice, Neelofa berkerjasama dengan beberapa pakar khusus memastikan produk yang dihasilkan mencapai standard kualiti tinggi.
“Sebelum ini memang sudah ada yang bertanya mengenai produk ini dan memang kami promosikan ia sebulan awal bagi memperkenal dan mendedahkan terlebih dahulu kepada pembeli.
“Saya terima ‘sample’ awal detoks ini ketika saya baru sahaja mengandung. Cuma pada peringkat tersebut saya memang mahu melakukan pebagai kajian dan rujukan demi memastikan produk yang dihasilkan itu adalah yang terbaik dan tidak boleh diragui.
Ads
“Lalu saya beritahu ‘team’, nak hasilkan sesuatu yang betul-betul selamat, tiada risiko untuk orang ‘cari pasal’ dengan kandungannya. Jadi daripada situlah kami giat melakukan ‘R&D’ secara teliti.
“Bila betul-betul puas hati barulah saya yakin untuk lancarkan. Sebab itulah daripada proses penghasilannya, ia ambil masa hampir setahun,” katanya yang kali ini memberi fokus kerjasama jualan bersama pemborong terpilih sahaja.
Ads
Mengulas mengenai kritikan atau kecaman yang bakal diterima meski produk yang dihasilkan sudah terbukti baik, Neelofa memilih untuk terus bersikap rasional.
“Saya sedia maklum pasti akan ada yang pesimis dan sebab itulah pada majlis pelancaran ini, kita jemput juga wakil daripada pakar dalam bidang masing-masing untuk memberikan penerangan mengenai produk ini.
“Saya sudah sediakan semua ‘senjata’, sebelum ada pihak yang ‘serang’. Persediaan 360 darjah kata orang. Malah pihak saya turut melantik pakar untuk sama-sama kongsi informasi atau beri penjelasan kepada mana-mana pihak yang masih belum jelas dengan produk ini di kemudian hari,” katanya.
Drintox Pinceapple Juice berharga RM29.90 sekotar dan hadir dengan tujuh sachet, berasaskan kepada ‘weekly goals’.
“Alhamdulillah, untuk saya sendiri bila minumnya pada waktu malam, keesokan hari perut tidak rasa terlalu memulas. Proses detoks itu berjalan lancar saja. Itu yang saya paling suka, tanpa perlu rasa ‘tak tahan’ sangat untuk ke tandas. Kedua ia rasa seperti jus nanas yang sedap. Suami pun turut amalkan.
“Jadi inilah yang paling baru daripada Nilofa Plus. Memang berdebar juga untuk lancarkan produk ini sebab sejujurnya kita tidak boleh jangka penerimaan pembeli semasa.Apa pun saya yakin atas segala kebaikan bahan-bahannya, detoks akan jadi pilihan semua orang,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih lagi ‘bergelut’ dengan kemelut yang melanda rumah tangganya, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan ibu dan bapa mentua yang baik.
Menurut Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 37, antara sumber kekuatannya dalam berhadapan cabaran dalam berumah tangga ialah apabila bapa mentuanya, produser terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
Berkongsikan antara perbualan yang diberikan Yusof terhadap dirinya menerusi Insta Story, Sarah berkata sokongan seperti itu membuatkan dia menjadi lebih kuat.
“Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya.
“Ini merupakan antara salah satu daripada pembakar semangat Sarah untuk tidak berputus asa dalam kehidupan,” tulis Sarah.
Menerusi tangkap layar (screen shot) perbualan itu, Sarah turut memberitahu Yusof tentang perkembangan terbaharunya di mana dia mendapat tawaran berlakon selama sebulan di New Zealand pada November ini.
Menerusi laporan media sebelum ini, Yusof pernah menyatakan dia memberikan sepenuh sokongan terhadap menantu serta cucu-cucunya.
Rumah tangga Sarah didakwa dilanda badai disebabkan kehadiran pihak ketiga yang dikenali sebagai Ira Kaza yang juga merupakan anak kepada pelakon senior, Kaza.
Sekadar info, Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar tampil memberikan penjelasan mengikut pandangannya selepas ditanya peminat mengenai sebutan penyanyi, Ning Baizura menerusi lagu Awan Yang Terpilu yang mencetuskan tular, sebelum ini.
Cuba memberikan perincian secara logik supaya mudah difahami ramai, juara program Suara Viral 2.0 itu memberikan penerangan susulan lirik perkataan ‘menciptakan’ yang disebut berbeza daripada sebutan sepatutnya oleh Ning.
Menurut Adzrin melalui video yang dikongsikan di TikTok, penyanyi popular itu melakukan beberapa transisi vokal pada bahagian yang dimaksudkan.
“Saya akan keluarkan pendapat paling logik melalui soalan ini. Alasan pertama ialah ‘vocal styling’ dan ini adalah alasan kedua. Kalau korang perasan, untuk bahagian chorus itu sahaja Ning Baizura ada melakukan ‘vocal transition’. Dia menggunakan beberapa vocal register,” katanya sambil memberikan contoh nyanyian.
Tambahnya lagi, perkara tersebut mungkin dilakukan Ning bagi mencapai ‘note’ berkenaan berbanding menyebut perkataan itu dengan lebih jelas.
“Kenapa dia sebut begitu… Kebarangkalian, Ning Baizura selesa ‘menghantar’ suara dia dengan menyentuh notasi, instead of menyebut perkataan tersebut dengan jelas. Boleh faham tak,” ujarnya lagi sambil memberikan contoh gaya nyanyian menerusi lagu Negaraku.
Dia pada masa sama turut memberikan contoh gaya nyanyian kebanyakan penyanyi dari Seberang yang disifatkan mempunyai ciri nyanyian lontaran suara yang lebih ‘besar’.
Hantaran yang kini sudah pun ditonton hampir 50,000 kali turut disambut baik peminat yang meninggalkan reaksi masing-masing menerusi ruangan komen. Antaranya;
“Saya rasa pendapat cikgu Mayin ini sangat tepat, sebab saya pun selalu buat macam tu hahaha…”
“TQ sis share, ilmu sangat mahal free pula tu.”
“Saya setuju…kalau kita nak sebut 1 perkataan tu jelas kita akan tekan voice cord kita untuk sempit supaya nafas/bunyi tu jelas.”
“Yaasssss!!!! that’s what I always thought about. Terbaik cikgu.”
Selain penerangan tersebut, Adzrin juga aktif memberikan penerangan dan didikan mengenai gaya nyanyian dan vokal menerusi kebanyakan posting di platform sosial tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Feeya Iskandar mendedahkan dia sebenarnya sudah lali dengan kecaman yang dilemparkan kepada oleh sesetengah pihak terhadap dirinya di platform media sosial.
Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, meskipun ada yang menggelarkan dirinya sebaga ‘Dj syok sendiri’, namun dia tak mahu perkara tersebut mematahkan semangatnya untuk terus berkembang sebagai seorang penyampai radio yang baik.
“Ada orang dm Cik Piah, dia kata dekat Facebook Harian Metro ada orang kutuk Cik Piah.
“Kutuk lah nak kutuk, nak cakap Dj syok sendiri ke terpulang. Hidup kalau asyik nak pikir pasal orang kata pasal kita memang sampai ke mati pun tak ke mana,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Suria FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.
Katanya lagi, sekiranya dia memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang lain, tidak mungkin kerjayanya akan bertahan sehingga ke hari ini.
Pada masa sama, Cik Piah memberitahu, dia tidak akan mengubah personalitinya itu dan lebih selesa menjadi diri sendiri.
“Yang penting teruskan sahaja jalankan tugas dengan jujur amanah, ikhlas dan TAK FAKE,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Cik Piah untuk mengendahkan sahaja komen-komen bersifat negatif itu.
“Siapa yang syok sendiri? Saya dengar Suria FM sebab akak je tau. Kelakar apa.
“Alaa, ada yang jealous la tu. Abaikan sahaja. Kami suka Cik Piah.
“Abaikan je manusia toksik ni Cik Piah. Kami happy dan terhibur je dengar celoteh Cik Piah. Semoga terus sukses.
“Biar satu yang mengata, beribu lagi yang menyokong Cik Piah.
“Telinga dia yang tak okay tu Cik Piah. Kita dengar okay je,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini merupakan salah seorang penyampai radio Suria FM yang mengendalikan segmen Gaya Suria bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...