Meskipun nama Daniel Cheang belum begitu hangat dalam radar arus perdana, personaliti serba boleh ini sebenarnya sudah membina tapak kukuh dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa.

Berpengalaman luas sebagai hos pelbagai program TV, penyampai radio serta pengacara temu bual bersama selebriti antarabangsa, Daniel membuktikan bahawa kejayaan tidak semestinya hadir dengan sorakan gemuruh atau pengiktirafan besar-besaran.

Konsistensi dan usaha berterusan menjadi asas utama kerjayanya yang kian matang dan Daniel baru-baru ini tampil berkongsi sisi peribadinya dalam satu sesi khas bersama Dr Healing.

Dalam pertemuan itu, dia membuka kisah perjalanan kariernya yang penuh warna iaitu daripada jatuh bangun dalam dunia penyiaran sehinggalah kepada peluang yang membawanya ke pentas antarabangsa.

“Saya sentiasa berfikir ke hadapan. Mungkin market saya lebih sesuai di luar negara, tapi saya tetap bersyukur kerana masih ada rezeki dan peluang di tanah air sendiri,” jelasnya.

Selain bidang penyiaran, Daniel turut pernah mencuba dunia lakonan menerusi drama siri Astro Gempak bertajuk Imperfect, kemunculan sebagai cameo dalam filem Polis Evo 2, serta beberapa drama tempatan lain.

Bagi Daniel, tidak wujud istilah terlalu kecil dalam mana-mana peranan, kerana setiap peluang adalah ruang untuk belajar dan berkembang.

Ads

Tambah Daniel, dia baru sahaja selesai menjadi pengacara belakang tabir rancangan Raise The Star Malaysia.

Berbicara lebih lanjut, Daniel memberitahu dia akan terus komited dengan siri temu bual antarabangsa seperti tahun-tahun sebelum ini, di samping peranan tetapnya di radio.

Jelasnya lagi, beberapa lagi program televisyen baharu dijangka menyusul, namun masih belum boleh diumumkan secara rasmi.

Daniel juga menyatakan keterbukaannya untuk kembali ke set lakonan sekiranya ada peluang yang sesuai.

Ads

Pernah Viral Sebab ‘Siapakah?, Umumkan’ Daniel Cheang Terus Melangkah, Walau Tanpa Sorotan Utama – “Mungkin Market Saya Lebih Sesuai Di Luar Negara, Tapi…” Pernah Viral Sebab ‘Siapakah?, Umumkan’ Daniel Cheang Terus Melangkah, Walau Tanpa Sorotan Utama – “Mungkin Market Saya Lebih Sesuai Di Luar Negara, Tapi…” Pernah Viral Sebab ‘Siapakah?, Umumkan’ Daniel Cheang Terus Melangkah, Walau Tanpa Sorotan Utama – “Mungkin Market Saya Lebih Sesuai Di Luar Negara, Tapi…”

Keyakinan Diri & Teknik COE

Dalam sesi hampir sejam bersama Dr Healing, Daniel diperkenalkan dengan teknik Centre of Excellence (COE) untuk penyembuhan, pendekatan daripada Neuro Linguistic Programming (NLP) yang membantu seseorang mencapai semula keadaan mental, emosi dan fizikal terbaik mereka, atau lebih dikenali sebagai state of excellence.

Teknik ini sering digunakan apabila seseorang berdepan rasa kecewa, hilang keyakinan atau apabila impian yang diusahakan belum tercapai.

Melalui gabungan visualisasi, sambungan emosi dan penetapan anchor, COE membolehkan seseorang mengaktifkan semula keyakinan serta memindahkan tenaga positif itu ke dalam usaha masa kini.

Ads

Sepanjang perbualan, jelas terpancar ketenangan Daniel yang kini lebih terbuka dalam berkongsi pandangannya mengenai industri hiburan, kesihatan mental dan peranan sebagai figura awam.

Dia percaya bahawa menjadi relevan bukan bergantung kepada kemunculan berlebihan, tetapi kepada nilai yang dibawa dalam setiap langkah.

Perjalanan Daniel bukanlah satu kisah biasa. Ia adalah kisah tentang keyakinan diri, kesabaran dan semangat untuk terus mencipta ruang sendiri walaupun tanpa sorotan utama.

“Kadang-kadang, orang hanya nampak apa yang viral. Tapi saya percaya, perkara yang bertahan lama datang daripada asas yang jujur dan konsisten,” katanya.

Teknik COE yang dikongsikan dalam sesi itu menjadi simbolik kepada bagaimana seseorang boleh bangkit semula yang bukan melalui populariti segera, tetapi dengan menyambung semula kepercayaan terhadap diri sendiri.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads