Takutnya MH bila membaca kisah-kisah selebriti yang sering menerima mesej-mesej lucah dan ajakan untuk ‘benda-benda pelik’ ini.

Dengan kemajuan teknologi kini, MH tak nafikan bahawa minda orang ramai pun turut ‘advance’ sampai tanpa segan-silu untuk berbuat demikian.

Pernah Terima Gambar Lucah, As’ad Motawh Masih Ingat Ibu & Tidak Layan!

IKLAN

Penyanyi, As’ad Motawh mengakui turut menerima ‘ajakan-ajakan pelik’ tersebut namun dia mempunyai sebab yang kukuh untuk tidak melayan semua perkara itu.

“Tidak dinafikan bahawa saya ada juga terima gambar lucah, orang DM ajak buat perkara tak elok, berrzina ke apa…memang banyak.

“Tapi semua itu saya reject dan block. Itu semua demi nak jaga diri sebagai umat Islam jadi saya tak mahu buat benda pelik-pelik.

“Lagipun, saya sayang mama saya dan kalau saya buat benda-benda tak elok mesti mama akan kecewa. Jadi inilah cara saya menjaga diri saya.

“Saya pun dah boleh fikir sendiri mana yang elok dan mana yang tak, jadi kalau rasa benda itu tidak elok maka saya rasa tak perlu lah layan,” katanya kepada Media Hiburan.

Oh my God! As’ad baru berumur 17 tahun kot, dah ada peminat yang berani hantar begitu pada dia ya. Apa nak jadi dengan masyarakat. Apa-apapun, MH lihat dia memang seorang yang matang untuk remaja umur sepertinya.

IKLAN

Pernah Terima Gambar Lucah, As’ad Motawh Masih Ingat Ibu & Tidak Layan!

IKLAN

Dalam pada itu, Asad juga berkongsi perkembangan terbarunya yang bakal muncul dengan ‘single’ baru selepas raya ini.

“Tajuk ‘single’ ini adalah ‘Percaya’ , ia mengenai para peminat As’ad yang sentiasa menyokong saya tak kira masa jatuh ataupun di puncak. So, lagu ini memang untuk diorang lah.

“Genre lebih kurang sama dengan lagu ‘Senyum’ cuma ia lebih matang sedikit,” jelasnya lagi.

Tak sabar rasanya MH nak dengar ‘single’ terbaru As’ad mesti best kan? Apa-apapun, MH doakan semoga As’ad terus maju ke hadapan dalam industri seni tanah air.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI