Ads

‘Pernah Sedih Dipanggil Buntat Tapi…’ Ini Luahan Adik Ariff

Masih ingat lagi dengan pelakon yang melakonkan watak ‘Buntat’ dalam drama ‘7 Hari Mencintaimu’? Lakonan mantapnya membuatkan sehingga kini nama itu melekat di minda orang ramai dan bukan nama sebenarnya, Muhammad Ariff Abdullah.

‘Pernah Sedih Dipanggil Buntat Tapi…’ Ini Luahan Adik Ariff

Namun begitu, ibu kepada pelakon tersebut, Rosdiana Mastura Abdullah, 29 tahun menjelaskan bahawa ada satu ketika, Ariff tidak menyukai dia dipanggil Buntat.

Ads

“Kalau keluar pergi mana-mana, orang kenal dia sebagai ‘Buntat’, tak panggil dia Ariff. Mula-mula dulu dia tak suka orang panggil dia nama tu.

“Tapi selepas diterangkan bahawa dia kenalah terima orang kenal dia dengan watak itu, menunjukkan yang lakonan dia berkesan.

“Lagi satu, Ariff tak suka orang panggil nama tu sebab rasa nama itu tak sedap tapi lama kelamaaan, dia pun dah okay. Dah boleh terima,” jelasnya lagi.

‘Pernah Sedih Dipanggil Buntat Tapi…’ Ini Luahan Adik Ariff

Ads

Tambahnya lagi, Rosdiana turut berkongsi pengalaman bertemu dengan peminat-peminat pelakon Jibam itu.

Ads

“Kadang-kadang bila singgah RNR mana-mana, adik-adik kecil akan panggil ‘abang Buntat’. Pada saya, ramai budak-budak kecil dan makcik-makcik yang kenal dia,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ariff turut berkongsi perkembangan terbarunya kepada MH.

“Sekarang banyak terlibat dengan program untuk Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya kepada MH.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.