Penyanyi dan pelakon, Alif Satar memberi peringatan tegas kepada para pelajar sekolah yang masih terbabit dengan gejala buli.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Alif menceritakan pengalaman menyaksikan sendiri kehidupan sukar banduan yang dipenjarakan akibat membuli hingga menyebabkan kematian.
“Kepada adik-adik yang rasa diri tu gangster sangat sampai nak membuli orang lain, saya pernah duduk bersama orang yang membuli sehingga menyebabkan kematian di dalam penjara.
“Saya sempat melihat keadaan ketika mereka nak berbuka puasa. Saya ada nampak satu tong dan bertanya kepada pegawai yang bertugas.
“‘Lepas makan, mereka akan buang dalam tong ni ke?’. Pegawai itu jawab ‘Tak. Itulah makanan mereka.’ Dalam penjara ni, mereka tiada kipas, tingkap dan tilam.
“Nak tidur pun di situ dan buang air pun di situ juga. Bukan mereka seorang sahaja tapi ratusan orang lain juga di dalam sel itu,” katanya.
Ads
Membuli Bukan Tanda Kekuatan
Alif menambah, budaya buli sering disalah anggap sebagai simbol kekuatan atau pengaruh, sedangkan hakikatnya ia adalah perbuatan keji dan menunjukkan kelemahan akhlak.
“Kepada adik-adik yang nak tunjuk power di sekolah, ni saya nak bagitahu, tak power pun. Tiada orang yang punyai pemikiran yang betul rasa membuli dan pukul itu ‘cool’.
“Tahu tak apa yang cool? Kau cool bila ikut apa yang Nabi Muhammad perintahkan. Contohnya jaga mak ayah, bersungguh kejar ilmu dan tolong komuniti.
Ads
“Hisap rokok pun tak cool. Orang bodoh je rasa kau cool bila buli orang. Kalaulah jadi kematian ketika membuli tu, bukan kau sahaja rasa.
“Mak ayah kau dan mangsa serta orang sekeliling turut terima kesan,” tegasnya.
Jadi Muslim Kelas Pertama
Alif turut menyeru orang ramai, khususnya remaja, agar menjauhi perkara sia-sia dan berusaha menjadi Muslim kelas pertama dengan menjaga akhlak serta perbuatan.
Ads
“Bila masuk ‘dalam’, kehidupan kau akan jadi lain. Allah suruh pergi solat lima waktu di masjid. Itu baru cool.
“Di media sosial pula, nak mengata dan bercakap buruk fasal orang lain. Apa ni?
“Ini ke mentaliti yang nak lawan Zionist? Fikirkanlah balik. Kita jaga diri sendiri, orang kita dan komuniti. Kita tidak menyakiti orang lain.
“Ada hadis yang mengatakan ‘kita tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.’ Itu dia sifat orang Islam kelas pertama,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Raya dah semakin dekat, dan selain sibuk dengan persiapan kuih-muih serta dekorasi rumah, satu perkara yang tak boleh dilupakan adalah hiburan untuk seisi keluarga! Raya memang lebih bermakna bila dapat luangkan masa bersama orang tersayang sambil menikmati rancangan menarik di kaca TV.
Tahun ini, barisan rancangan Raya memang ‘padu’ dengan pelbagai pilihan dari hiburan komedi, konsert istimewa, drama penuh emosi, hingga filem yang boleh dinikmati bersama keluarga.
Antara yang menjadi bualan sekarang adalah MagiSiti, sebuah persembahan eksklusif Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang menjanjikan sentuhan magis dan penuh kejutan! Ditambah pula dengan Gegar Vaganza Specials yang bakal mengimbau nostalgia dengan suara-suara legenda.
Buat peminat komedi, Sepahtu Kecoh Beraya tentunya pilihan terbaik untuk hiburan santai selepas menjamu juadah Raya. Tak cukup dengan itu, filem Rapun pula bakal menyentuh emosi para penonton di pagi Syawal.
Bagi mereka yang gemarkan pelbagai genre hiburan dalam satu pakej, ada pilihan yang lebih memudahkan. Dengan hanya serendah RM1 sehari, pelbagai rancangan ini boleh dinikmati tanpa gangguan. Nak lebih fleksibel? Ada juga cara mudah untuk top-up dan pilih sendiri kandungan yang ingin ditonton.
Tak kira di mana sambutan Raya tahun ini, hiburan terbaik sentiasa dalam genggaman. Yang penting, pastikan dah ready untuk pengalaman tontonan yang penuh warna-warni sepanjang musim perayaan ini!
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama Saiful Apek secara tiba-tiba menjadi sorotan warganet apabila sebuah portal hiburan melaporkan ada menerima sekeping foto memperlihatkan kelibat yang didakwa mirip seorang pelawak, telah ditahan pihak berkuasa pada Selasa.
Menerusi laporan portal hiburan tersebut, individu yang mengirim foto berkenaan mendakwa pelawak yang ditahan itu ialah ahli kumpulan Senario iaitu Saiful Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56.
Malah menerusi foto berkaitan, ia memaparkan lelaki memakai baju Melayu berwarna merah jambu bersama seorang lagi individu dilihat ditahan oleh dua anggota beruniform di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Lalu, salah seorang ahli Senario iaitu Azlee bagaimanapun tidak mengetahui tentang berita tersebut.
Dia turut memaklumkan, kali terakhir dia bertemu dengan rakannya itu adalah pada Ahad lalu.
“Saya baru bangun tidur, memang tak tahu. Tak ada berhubung dengan dia dan kali terakhir jumpa masa show raya pada Ahad lalu,” katanya, lapor Gempak.
Namun Azlee mengakui dia berasa terkejut apabila dimaklumkan mengenai artikel tersebut.
“Ya (terkejut dengan berita itu),” ujarnya lagi.
Difahamkan Saiful Apek enggan mengulas lanjut mengenai foto berkenaan dan memaklumkan akan menjelaskan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui sambutan Aidilfitri kali ini begitu suram susulan pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad, yang meninggal dunia pada November tahun lalu.
Menurut Sharnaaz, dia tidak berasa bersemangat langsung untuk menyambut lebaran seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Saya memang tidak beraya pada tahun ini. Tak terfikir pun. Bulan Ramadan pun saya lalui sahaja seperti ‘auto-pilot’.
“Tiada rasa langsung nak beraya. Rasa seperti momen paling tawar dalam hidup.
“Saya bangun pagi dalam keadaan yang ‘blur’, pergi solat raya, makan dan minum. Saya nak habiskan raya itu secepat yang mungkin tapi masa pada hari tersebut sangat lambat berlalu.
“Selepas raya pertama, barulah saya rasa lega. Maklumlah, ini merupakan raya pertama tanpa arwah,” katanya kepada MH.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Perdana Blood Brothers: Bara Naga, pada Isnin.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkongsi perasaannya saat mendengar alunan takbir raya yang seringkali mengundang sebak dalam kalangan umat Islam.
Namun, pelakon itu mengakui dia masih mampu mengawal emosinya walaupun hatinya kosong.
“Hati saya seakan beku dan saya langsung tidak menitiskan air mata. Kali terakhir saya sebak kerana teringat pada arwah adalah ketika hari ke-40 dia meninggal dunia.
“Pada hari tersebut, saya ‘hilang’ terus dan tak boleh nak kawal diri. Ia seakan ada ‘suis’ yang terus buat kita sedih. Padahal kita tak nak fikir pun. Satu badan jadi sejuk,” jelasnya jujur.
Bersempena tayangan perdana filem lakonannya, Sharnaaz turut berkongsi detik istimewa apabila buat pertama kalinya dia memakai jam tangan milik arwah bapanya.
“Malam ini pun saya pakai jam arwah bapa saya. Ini pertama kali saya buka jam arwah daripada bungkusan tisu yang diberikan oleh pihak hospital.
“Bila saya pakai, saya rasa arwah ada bersama saya,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Allahyarham Bazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada 27 November lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.