Uncategorized

‘Pernah Jugak Kena Sound Tepet Dengan Dia, Sejak Tu Elakkan Diri Takut Terkurang Ajar’ – Pengakuan Jihan Muse Tentang Zaihani

Share

Isu status seorang pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain tempoh hari berkenaan berat badan melebihi 60kg diminta untuk tidak pergi ke majlis pertunjukan fesyen nampaknya mendapat perhatian ramai.

Bukan sahaja netizen malah rakan-rakan artis juga turut memberikan komen mereka terhadap kata-kata yang dikeluarkan oleh Zaihani.

Pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse menerusi akaun Twitternya telah mendedahkan bahawa dia pernah ditegur oleh pengulas fesyen ini.

Di ruangan komen pada tweet Jihan ini pula, MH terlihat penyanyi yang bakal menamatkan zaman bujangnya hari ini, Shila Amzah juga turut memberikan komennya.

MH setuju dengan Jihan dan Shila, mungkin ini pengajaran buat Zaihani dan kita sebagai orang luar hanya mampu mendoakan yang terbaik buat dirinya dan berharap ALLAH SWT menjaga aib kita.

Apapun, Zaihani sendiri telah membuat permohonan maafnya secara terbuka menerusi akaun media sosial miliknya.

Katanya, dia menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tersinggung dan terasa hati dengan status yang dimuat naik olehnya sebelum ini. Tambahnya lagi status itu hanyalah luahan hatinya sahaja dan tidak ada niat untuk menujukan kata-kata itu kepada sesiapa.

Sumber: Twitter Jihan Muse

IKLAN