Penyanyi Heedan Mohd yang baharu melancarkan single berjudul Amarahmu tidak menafikan ada segelintir peminat yang samakannya dengan beberapa penyanyi lelaki popular sedia ada.
Bagaimanapun, Heedan atau nama sebenarnya Nik Shahidan Nik Mohamad, 22, berkata, dia percaya rezeki selain akui masing-masing ada kekuatan mereka yang tersendiri.
“Saya rasa tak sama kot kalau ada yang kata saya iras Haqiem Rusli. Kalau Usop mungkin iya. Malah Usop sendiri ada beritahu saya mengenai persamaan kami melalui Instagram. Saya ada balas mesejnya dengan baik.
“Kalau nak dikatakan sama dengan mana-mana artis lelaki yang sebaya, rasanya mungkin kerana penampilan dan imej sahajalah. Apa pun saya percaya masing-masing ada kekuatan sendiri, identiti kami pun berbeza-beza.
“Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sudah ada nama dan pengikut sendiri. Cuma saya nak ucap terima kasih buat peminat sebab sekurang-kurangnya ada yang sedar dengan kehadiran saya dalam industri,” katanya kepada MH.
Ads
Heedan berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Single Amarahmu di Red Box Karaoke The Gardens, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas mengenai naskhah yang dihasilkannya sendiri bersama Knight Cydeen ini, Amarahmu merupakan single kedua Heedan selepas pertama kali melancarkan lagu sekitar 2019 lalu.
“Pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk melancarkan lagu ini memandangkan kali terakhir saya lancar lagu sekitar tiga tahun lalu. Saya merasakan tak akan ada yang ingatkan saya lagi.
Ads
“Namun sangkaan meleset, pemintaan itu masih lagi ada. Jadi sebab itulah saya memberanikan diri. Malah ada yang menantikan bila saya akan lancarkan lagu ini sebab saya pernah nyanyikan Amarahmu di media sosial, jadi ada yang tunggu.
“Syukur dengan penerimaan yang baik dan sehingga kini, muzik video lagu tersebut juga sudah pun ditonton hampir 80,000 kali selepas dimuat naik awal Februari lalu. Saya pencapaian yang positif saya kira bagi pendatang baharu seperti saya.
“Pada saya, Amarahmu mempunyai kekuatan dari segi melodi dan bait lirik dengan susunan melodi yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Ads
“Lagu ini disiapkan pada tahun 2020 ketika negara melalui fasa pandemik PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya lagi.
Berasal dari Kelantan, Heedan sebelum ini pernah muncul menerusi program I Can See Your Voice dan memenangi siri episod tersebut bersama Aliff Satar.
Amarahmu juga menjadi antara runut lagu yang dimainkan di dalam drama bersiri, Bawah Blok yang bersiaran di TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kisahnya yang lebih 31 tahun menyemai kasih sayang bersama suami, Daud Leroy Abdullah yang menjadi inspirasi, pelakon Azah Aziz berkongsi pula foto terkininya bersama keluarga tercinta.
Hampir tiga dekad melayari bahtera perkahwinan, bintang yang menetap di Montreal, Kanada kini bahagia harmoni bersama tiga anak lelaki iaitu Aaron, Ryan dan Justin yang menginjak dewasa.
“Married at 22, have my first born at 24, happily married for 28 years. Here my picture with my older son and last picture with all my 3 sons. I’m the queen in the house,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah menerusi hantaran terdahulu, Azah yang kini meniti usia 50an turut berkongsi foto lamanya sambil merakam memori indah.
“Picture 19 tu baru kenal, early 20’s tengah bercinta. Late 20’s dah kahwin anak seorang.
“30’s anak 3, 40’s anak-anak dah besar dan 50’s anak-anak dah boleh nak khawin, kita tunggu,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bagi generasi 80-an dan 90-an, Azah yang juga bekas finalis Dewi Remaja 1987/1988 cukup bergiat aktif sebagai model selain lakonan.
Dia bagaimanapun, mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya seni demi mengikuti komitmen suaminya yang bekerja di luar Malaysia.
Pelakon, Puteri Sarah Liyana memaklumkan dirinya kini terpaksa dirawat di hospital dan perlu dipantau oleh pihak doktor.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Puteri Sarah menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
“Assalamualaikum semua, saya merendah diri ingin memohon maaf buat peminat di Singapura, Megaxpress, para founders, saya terpaksa batal semua sesi photoshoots,” tulisnya.
Pada masa sama, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof ini juga memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri sebuah acara yang bakal berlangsung di Singapura.
Katanya lagi, dia akan kembali bekerja selepas mendapatkan nasihat daripada pihak doktor.
Lantaran itu, dia berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya kembali pulih seperti biasa.
“Akhirnya saya tumbang juga. Saya perlu berehat dan dipantau oleh doktor. InsyaAllah bila saya dah sihat, saya akan bekerja semula.
“InsyaAllah buat peminat saya di Singapura, kita akan berjumpa tidak lama lagi. Doakan saya okay. I love you guys,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah bersama dua orang anaknya baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan umah di Tanah Suci Mekah dan bercuti di Dubai.
Bagaimanapun, Puteri Sarah tidak menjelaskan secara terperinci mengenai masalah kesihatan yang sedang dialaminua itu.
Apapun, MH doakan semoga semua baik-baik sahaja Puteri Sarah. Get well soon.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mempunyai visi untuk menguasai komuniti generasi muda terutamanya Gen Z, jenama gaya hidup terkenal, Converse tampil dengan kempen Connect With The Unexpected bagi memberi ruang kepada golongan tersebut dalam memberi ekspresi muzik, sukan, seni dan fesyen dalam gaya tersendiri.
Dua kumpulan muzik indie iaitu Wobbebong dan Porcelane telah dipilih untuk bekerjasama menerusi soundtrack No One Knows bagi memeriahkan kempen musim bunga Converse 2023.
Buat pertama kalinya dimainkan di ruang acara aktivasi on-ground di Whatever Works Coffee, Kuala Lumpur baru-baru ini, kemunculan dua kumpulan itu mendapat sorakan gemuruh daripada penggemar jenama tersebut.
Wobbebong ialah duo yang menggabungkan Aisya dan Hanna yang mula berjinak dalam industri sejak dua tahun lalu.
Kedua-dua gadis petite ini suka mencipta muzik yang unik dan experimental agar dapat memberikan satu acuan muzik baharu buat landskap seni tempatan.
Manakala Porcelane ialah kumpulan rock yang terdiri daripada Adam Ariff selaku vokalis dan gitaris, Ajith Nair (gitar utama), Sandro Guerzo (bassist) dan Daud Ho (drummer).
Mengambil inspirasi daripada band seperti Basement dan Nothing, Porcelane suka memasukkan elemen midwest-emo dan pop punk bagi menghasilkan karya seni yang baharu dan chaotic.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Late Night Frequency, Pasca Sini dan DJ Choobs, pameran fotografi oleh ChumTheCCat dan projection mapping dari Grasshopper yang cukup menarik dan unik!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...