Usahawan yang juga bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa ada berkongsi foto lamanya ketika di bangku persekolahan.
Nyatanya, perkongsian beberapa keping foto lama itu nyata mengundang nostalgia apabila Joy turut mendedahkan peristiwa lucu yang berlaku pada zaman awal remajanya dulu.
“Terjumpa photo2 darjah 6 (12tahun) waktu sekolah rendah dulu. Tahun 1999.
“Saya la tu yg bertudung biru, waktu ni selalu cikgu fikir sy dtg sekolah pakai lipstick, padahal mmg bibir dh cm tu sbb dulu suka scrub bibir pakai gula pasir & madu tu yg kekal bibir jd merah.
Ads
“Last-last cikgu yg tiru petua saya tu kt rumah. Agak2 pd tahun 1999 ni, korg umur brp ek…??,” tulisnya.
Ads
Lalu menerusi ruangan komen di Instagram, rata-ratanya turut sama berkongsi kisah zaman remaja selain ada juga yang memuji wajah usahawan ini yang tetap sama ketika di awal remaja.
Foto: Instagram Joy Refva
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja memperkenalkan Lofa Brand, Neelofa mengumumkan pula mengenai projek kerjasama bersama pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.
Semurni namanya, Makna By Lofa merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suara figura asal Kelantan itu sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran.
“Sebelum ini, semasa membaca al-Quran, saya akan membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat. Namun, kebanyakan buku yang saya ada ditulis dalam bahasa Inggeris.
“Jadi, inisiatif untuk mewujudkan Makna By Lofa menerusi aplikasi Muslim Pro adalah disebabkan kekurangan maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.
Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar.
“Bacaan maksud surah-surah Juzuk Ammar merupakan fasa pertama Makna By Lofa.
“Insya-Allah, selepas ini, kita akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga iaitu bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran,” kongsi Lofa lagi.
Usahawan dan hos MeleTOP ini turut menambah, dia sangat gembira kerana perjalanan menggerakkan Makna By Lofa dari awal hingga setakat ini dipermudahkan.
“Mewujudkan laman khas ini tidak mengambil masa yang lama, sekitar sebulan selepas idea dicetuskan.
“Saya berasa bersyukur kerana segala perjalanan dipermudahkan,” katanya.
Sekali gus, Neelofa berharap agar Makna By Lofa dapat memberi manfaat khususnya kepada mereka yang ingin belajar tentang maksud pada setiap ayat al-Quran.
“Semoga apa yang Lofa kerjakan bersama Muslim Pro ini dapat dimanfaatkan semua, insya-Allah,” ujarnya.
Pengguna boleh mencari laman khas Makna By Lofa dengan mudah menerusi gambar Neelofa yang digunakan sebagai ikon.
Laman khas tersebut tidak hanya untuk pengguna di Malaysia, tetapi boleh diakses oleh semua 74 juta pengguna aplikasi Muslim Pro dari seluruh dunia.
Dalam pada itu, Pengurus Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din berkata, bintang berkenaan merupakan selebriti terawal yang meminjamkam suaranya bagi bacaan maksud dalam ayat suci al-Quran.
“Neelofa merupakan individu pertama yang meminjamkan suara bagi bacaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Melayu.
“Justeru, pengenalan Makna By Lofa juga dapat membantu pengguna Muslim Pro sedia ada atau yang baharu untuk memahami al-Quran dengan lebih mendalam.
“Sebenarnya, kami telah lama merancang untuk berkolaborasi dengan Neelofa. Jadi, apabila peluang ini muncul, kami berasa sangat teruja. Selain itu, Neelofa juga memberi komitmen yang sangat baik walaupun sibuk,” jelas Emir.
Aplikasi Muslim Pro dan Makna By Lofa boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play Store.
Dalam perkembangan lain, Neelofa kini sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan haji. Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah ibu dan dua adik lelakinya.
Foto: Terima kasih Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama rantaian, Setelah Terlafaznya Akad yang dibintangi dua pelakon utamanya, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah pun melabuhan tirainya semalam dengan pengakhiran yang ‘happy ending’, sekali gus membuatkan ramai pencinta drama tempatan berpuas hati.
Mendapat reaksi pelbagai peminat, tidak dinafikan drama bersiri arahan Michael Ang itu menjadi antara drama rantaian paling popular tahun ini.
Lalu bersempena dengan episod akhirnya itu, para pelakon tidak lekang untuk memuat naik foto bersama, seterusnya memberikan kredit serta ucapan terima kasih buat peminat yang mengikuti dan memberi sokongan.
Heronya, Kamal Adli turut tidak lepaskan peluang untuk memberikan penghargaan serta dedikasi kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan drama 28 episod ini.
“TQ so muchhhhh semua!!!! team #setelahterlafaznyaakad kami labuhkan tirai drama ini. tq semuaa!! tq astro, director @michaelang38 team produksi, crew semuaaa!!
“my heroin @uqashasenrose2 tq soo much ! semua pelakon2 hebat yg lain! tq sgt2! sy harap anda happy n puas hati dgn karya kali ini. maaf kalau ada yg kurang dr segi persembahan kami.. Allah bless u all!,” tulis Kamal.
Sementara itu menerusi ruangan komen pula, para peminat kebanyakannya memberikan respon positif terhadap drama tersebut. Malah ada yang meminta agar drama ini diteruskan untuk edisi ‘Setelah Terlafaznya Akad Raya’.
Foto: Instagram Kamal Ali, Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.