Situasi semasa pandemik COVID- 19 yang melanda lebih setahun lalu nyata memberi kesan kepada semua lapisan masyarakar, termasuk para pelajar yang kini sedang menduduki peperiksaan utama negara.
Bagi calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) misalnya, mereka tidak dapat meneruskan situasi pendidikan seperti sebelum ini, selain terpaksa berdepan pengajian dalam norma baharu dalam sesi pembelajaran.
Pelakon senior, Jasmin Hamid, berpendapat para ibu bapa perlu memberi perhatian lebih kepada anak-anak mereka khasnya yang sedang menduduki SPM buat masa ini.
“Kita semua maklum, pandemik COVID-19 sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran anak yang sedang menduduki SPM.
“Iyalah, mereka belajar pun luar daripada kebiasaan seperti dalam talian. Agak sukar buat mereka kerana itu adalah norma baharu.
“Jadi, buat masa ini ibu bapa perlu lah meluangkan lebih Masa untuk fahami tekanan yang sedang dihadapi oleh anak-anak. Tinggalkanlah sekejap kesibukan bekerja untuk selami perasaan mereka.
“Mungkin ada antara mereka tidak menunjukkan kebimbangan kerana sikap yang tidak berubah malah kelihatan biasa sahaja. Ibu bapa perlu dalami apa yang sedang mereka lalui,” jelas Jasmin Hamid.
Ads
Bintang berusia 46 tahun ini turut berharap agar ibu bapa di luar sana mengambil tahu atau cakna dengan perubahan anak.
Bagi Jasmin, SPM adalah sesuatu yang boleh menjadi beban buat mereka yang tertekan.
“Jadi sebagai ibu bapa, kenalah peka terhadap perubahan anak dan berusahalah untuk mengurangkan tekanan yang mereka hadapi. Saya tahu ini saat-saat sukar buat mereka.
Ads
“Ibu bapa perlu memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada anak-anak agar mereka rasa seronok untuk duduki SPM.
“Namun jangan sesekali memaksa mereka untuk menjawab dengan cemerlang kerana mereka akan rasa terbeban. Sekarang adalah masa untuk mereka bertenang dalam menjawab SPM, bukan masa untuk mengulangkaji.
“Jangan tekan mereka supaya mendapat markah tinggi sehingga mereka stres,” katanya.
Ads
Malah Jasmin turut berpendapat, masih banyak ruang lain yang memberi peluang buat mereka untuk berjaya.
“Katakan kepada mereka, jawablah sekadar mengikut kemampuan.
“Kalau mereka meluahkan rasa bimbang, katakan SPM bukanlah pengakhiran kerana masih banyak peluang lain untuk berjaya,” luah Jasmin lagi.
Dalam perkembangan lain, Jasmin baru sahaja selepas menjalani penggambaran drama, Derita Untuk Bahagia.
Selain itu, dia turut terlibat menerusi drama rantaian, Cukup Derita itu yang turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Didie Alias, Chacha Maembong, Ruhainies dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Saharul Ridzwan dilihat ada mengenang kembali detik hitam saat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 2014.
Dalam insiden tersebut, kereta Honda City yang dipandu oleh Saharul difahamkan telah terbalik dan remuk dengan teruk sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai penggambaran drama di Linggi, Port Dickson.
Bagaimanapun, Saharul dikhabarkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut.
Jelas Saharul, detik tersebut telah menyebabkan dia tersedar betapa besarnya nikmat kurniaan Allah S.W.T lebih-lebih bila melibatkan soal nyawa.
“11.12.2014. Saja saya upload balik article dan gambar ni dari @beritaharian , sebagai peringatan buat diri sendiri betapa Allah sudah kurniakan rezeki paling besar dalam hidup, sekali lagi untuk saya. NYAWA,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Cinta Sekali Lagi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Isnin.
Tambahnya lagi, sebagai manusia, kita sepatutnya harus sentiasa bersyukur kerana nikmat yang Allah berikan datang dalam pelbagai cara.
“Selalu kita fikir apa yang dikejar tidak pernah cukup. Rupa rupanya, dah banyak perkara yang kita dapat tanpa kita sedar, tanpa kita bersyukur. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut mengenai perkhabaran tersebut selain turut berterima kepada Saharul diatas perkongsian tersebut.
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemenang kategori persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), Zizi Kirana mengakui ada yang bertanya mengenai tema persembahannya yang dilihat ada menyuntik elemen Jawa, Ahad lalu.
Lalu, penyanyi berusia 36 tahun ini ada memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut di Insta Story.
Penyanyi kelahiran Sabah ini mendedahkan, elemen tersebut diterapkan dalam persembahan lagu Eh kerana asal usul keluarganya.
“Ramai juga yang tanya, kenapa saya bawak elemen jawa, kenapa tak melayu je? kan org Malaysia? Sebenarnya saya cuba untuk gabungkan asal usul keluarga saya.
“Atuk saya, Ayah kepada Mak saya, memang asli dari Sumatera, Indonesia, kemudian bertemu dengan nenek saya di Sabah Malaysia, mereka pun Bercinta, Kawin.
“Ada Anak dan skg ada cucu iaitu saya dan ramai lagi! Begituhh! Pastu? Kenapa saya pilih Nyai Roro Kidul, sebab dia sosok yang sgt powerful, pintar, lemah lembut, cantik dan misteri,” tulisnya.
Dia juga memaklumkan, hasratnya juga tercapai namun diterapkan imej hip hop yang sinonim dengan dirinya.
“Plus, saya memang berangan nak jadi macam dia..so malam kemuncak AJL 35 tu, tercapailah hasrat saya nak jadi macam Nyai Roro Kidul, tapi versi hiphop. Sekian,” tulisnya lagi.
Lagu Eh adalah lagu hasil ciptaan Zizi dan Altimet (Mambang) manakala komposernya pula ialah Navigator.
Foto: Instagram Zizi Kirana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Ain Edruce memuat naik beberapa foto terkininya yang dirakam bersama suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 28, di Instagram.
Menerusi perkongsian foto bermakna hasil bidikan lensa Fillea Studio itu, bintang berusia 29 tahun itu turut menyatakan usia kehamilannya kini susah pun memasuki bulan ketujuh.
“Betul lah orang kata best moments happen when they are unplanned. Alhamdulillah. 7 months dah.
“Thank you semua yang mendoakan. Having a loving husband is a blessed. Yang korang nmpk yang happy je.. yang emo2 mirul je tahan. Hahaha. Love you daddy.
“Thank you @fillea_studio sbb sudi amik gamba kiteorg. Tunang pun dia, sampai mengandung pun dia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Dia dan suami kelihatan romantis sambil mengenakan persalinan putih sedondon.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat turut menitipkan ucapan istimewa buat pasangan terbabit.
Untuk rekod, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2019.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.