Categories: Uncategorized

“Perkataan Retis Tak Pernah Wujud Ya,” -Jihan Muse ‘Bahasakan’ Siapa Ni?

Share

Pengacara dan pelawak, Jihan Muse meluahkan kekesalannya terhadap segelintir pihak yang dilihat ‘merosakkan’ bahasa Melayu menerusi perkataan ‘retis’.

Katanya, perkataan ‘retis’ itu tidak pernah wujud dan seharusnya tidak perlu diiktiraf untuk wujud dalam bahasa Melayu.

“Lagi dipanggil retis. Perkataan retis tak pernah wujud ye. Retis tu dicipta netizen dan disambut oleh netizen lalu dihebahkan juga oleh netizen.

 

“Pekerja/pelaku seni adalah Artist. Nama pun ART. Ret apo? Bak kata arif bahran i cant brain this. #bahasajiwabanga #bangsaperosakbahasa,” tulisnya di Twitter.

Sementara itu, Jihan turut mendapat sokongan daripada rakan artis seperti Nabila Huda, Adibah Noor dan Ariff Bahran yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang cuba berjenaka dengan perkataan ‘retis’ itu.

Pada MH, mungkin netizen lebih senang nak sebut ‘retis’ berbanding artis kan? Lagi-lagi masa tengah membawang tu haa… apa-apapun, kita juga haruslah memartabatkan bahasa jiwa bangsa kita kan? Say no more to ‘retis’.

Foto/Instagram: Jihan Muse

IKLAN