Categories: Uncategorized

Perkara Yang Buat Kita Tak Ada Mood Raya

Share

Kalau raya je mestilah kita nak nampak cantik, baju cantik, berdandan cantik tapi bila dah siap semua persiapan raya, ada je benda yang tak kena kan?

Kadang-kadang buat kita rasa nak ‘give up’ je. Jadi Mh nak kongsikan perkara-perkara yang jadi masa raya terus buat kita tak nak raya atau hilang mood.

Antaranya adalah:

1. Jerawat

Kebiasaannya perkara ni sering berlaku pada orang perempuan. Mereka ni paling takut kalau jerawat keluar di hari yang penting. Masa puasa taknak pulak keluar jerawat, masa raya pertama la jerawat tu datang tanpa diundang, kalau 1 tak jadi masalah lagi, tapi ni 2,3,4 dan tumbuh kat bahagian paling penting iaitu muka.

2. Line Telefon

Perkara paling penting sebenarnya line telefon, maklumlah dunia sekarang semuanya serba canggih dan dihujung jari. Bukan takat nak masukkan gambar kat dalam sosial media, tapi penting nak guna bila tetamu sesat nak datang beraya. Siapa yang balik kampung yang kawasan pendalam tu memang perlu bersabar lebih dan cari alternatif lain. Hehe

3. Tudung

Ini merupakan perkara yang sangat penting buat kaum wanita apabila tudung mereka tidak sempurna seperti apa yang dibayangkan, ada yang pin hilang, ada yang tudungnya tak sempat “iron”, tudung terbakar, tudung tercarik, anak rambut asyik terkeluar, tudung tak ‘matching’ dengan baju dan ‘bad tudung day’ walaupun situasi ni korang terpaksa hadapi setiap hari, ia merupakan suatu pengalaman yang indah bukan?

Foto : Carian Google

IKLAN