Oh My! Semalam, pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan bahawa rakannya, aktres, Ardell Aryana kini sedang berdepan dengan kanser tahap 3.

Tulisnya di Instagram, Nadzmi meminta agar Ardel kuat dalam meneruskan ‘perjuangan’.

“Weh @ardellaryana jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan. Kau kena kuat teruskan perjuangan.

“ALLAH SWT menguji seseorang itu kerana ALLAh SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

“Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

“Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.

“Jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi . kau boleh punya aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan yang baik baik #MakCikBawang,” tulisnya.

Weh @ardellaryana jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan. Kau kena kuat teruskan perjuangan. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay. jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi . kau boleh punya ?? aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan yang baik baik #MakCikBawang

A post shared by Nadzmi Adhwa Nor Adzmi (@nadzmiadhwa) on

IKLAN

Namun begitu, Nadzmi kemudiannya memuat naik di laman IG storynya meminta netizen tidak membuat spekulasi.

“Perkara Paling Perih Adalah Menerima Sebuah Kenyataan” – Betul Ke Ardell Aryana Sakit Kanser Tahap 3?

IKLAN

Menjengah ke laman Instagram Ardell, entri terakhir miliknya melihatkan seperti dia sedang mencari kekuatan dan harapan.

“Perkara yang perih adalah menerima sebuah ‘kenyataan’.

“Bertahun menerima sebuah kenyataan… tidak mungkin kau mula menyerah sekarang!

“Tetap bersemangat walau beribu kali engkau rebah lutut & tapak tangan jatuh ke tanah kerana tanah dan kita akhir nya bersama.

“Dan apabila bersoal tentang harapan. Harapan itu boleh dibina tapi tidak dengan berharap kerana jika engkau terlebih berharap lebih dari membina sebuah harapan ‘engkau akan kecewa’ dengan 1 kemungkinan yang takdir nya berbeza dengan apa yang engkau berharapan.

“Tidak mengapa untuk berserah, asalkan tidak menyerah #Dontlosehope,” tulisnya.

IKLAN

Setakat ini, kedua-dua pihak tidak memberikan penjelasan lanjut mengenainya namun MH mendoakan agar Ardell kekal tabah dan kuat menghadapi semua dugaan ALLAH SWT.

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI