Pentas Kilauan Emas 2025 membuka tirai dengan menghimpunkan barisan peserta yang bukan saja berbakat besar, malah memiliki kisah kehidupan yang menyentuh jiwa.

Ternyata pengalaman hidup serta minat mendalam terhadap seni nyanyian menjadi nadi utama perjuangan mereka…

Impian ‘Emas’ Shah, Bekas Peniaga Pasar Malam

Perjalanan Warna-Warni Empat Jiwa… Shah, Nurul, Zakrai & Mazleen, Satu Impian Bergelar Juara Kilauan Emas 2025!

Peserta dari Petaling Jaya, Selangor, Muhammad Shah Abdul Rashid atau Shah, 53, pula menyifatkan peluang menyertai KE 2025 sebagai platform untuk mengubah nasib keluarga.

Pernah berniaga di pasar malam, kehidupannya sekeluarga stabil suatu ketika dahulu. Namun, segalanya berubah selepas pandemik COVID-19 lalu perniagaan yang diusahakan terpaksa ditutup.

“Saya kini cara rezeki sebagai pemandu e-hailing dan saya akui situasi tak berapa baik ketika pandemik melanda dan kini saya mahu bangkit kembali untuk meneruskan kehidupan saya sekeluarga.

“Jadi, niat saya untuk sertai program Kilauan Emas ini adalah untuk memulihkan ekonomi keluarga.

“Saya minat bidang nyanyian ini sejak sekolah lagi namun, saya hanya bergerak aktif selepas mendirikan rumah tangga.

“Nak atau tidak, kita memang kena bersedia. Insya-Allah apa sahaja sahaja cabaran dan halangan yang mendatang, kita teruskan sahaja.

“Alhamdulillah sebelum ini, saya seorang yang berani ketika membuat persembahan. Namun, ia hanyalah secara luaran sahaja. Apa yang kita rasa dalam hati, tiada siapa pun tahu,” katanya.

Nurul… Kakak Allahyarham Achik Spin

Perjalanan Warna-Warni Empat Jiwa… Shah, Nurul, Zakrai & Mazleen, Satu Impian Bergelar Juara Kilauan Emas 2025!

Nurul Azwa Md Shari, 46, atau sinonim disapa sebagai Nurul, hadir sebagai peserta KE 2025 dengan reputasi sebagai kakak kepada Allahyarham Achik Spin, Tajul dan Beby Acha.

Ads

Mahu berdiri atas kaki sendiri, dia lebih selesa bersaing atas nama dan bakat yang ada selain menikmati pengalaman bertanding di KE 2025.

“Keberanian ini hasil daripada galakan suami. Dia yang mahu saya cuba nasib di KE 2025 ini dan anak-anak pun sentiasa memberikan sokongan.

“Saya pun tak sangka mampu melangkah sehingga ke tahap ini, Insya-Allah saya cuba untuk lakukan yang terbaik. Iyelah, setiap orang ada tekanan sendiri.

“Saya pula datang daripada keluarga artis dan mungkin penilaian atau jangkaan penonton terhadap saya agak tinggi selepas ini. Namun, sepanjang program ini, saya nak santai-santai sahaja.

“Saya anggap program ini bukan satu pertandingan tapi sekadar persembahan untuk menunjukkan bakat. Kalah atau menang, saya serahkan kepada Allah SWT.

“Namun, saya tak boleh nak menyanyikan lagu-lagu Allahyarham Achik. Kalau bercakap tentang arwah pun dah sedih, inikan pula nak menyanyi lagunya. Saya sudah pernah cuba tapi hati saya tidak kuat,” katanya kepada MH.

Pengorbanan Zekrai, Demi Anak Pejuang Epilepsi

Perjalanan Warna-Warni Empat Jiwa… Shah, Nurul, Zakrai & Mazleen, Satu Impian Bergelar Juara Kilauan Emas 2025!

Ads

Kegigihan Zaini Muhammad Sahir, 45, atau Zekrai, akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya terpilih sebagai peserta KE 2025 setelah kali kedua mencuba nasib.

Dorongan kuat keluarga menjadi pendorong utamanya untuk terus mengejar impian.

“Isteri berikan sokongan yang cukup kuat. Malah, anak-anak juga mahu melihat saya beraksi di pentas KE 2025 secara langsung.

“Ini percubaan saya yang kedua. Tahun lepas saya pernah mencuba namun, gagal. Tahun ini, rezeki memihak kepada saya, syukur alhamdulillah. Semuanya demi salah seorang anak pejuang epilepsi.

“Bagi saya, bagai ibu bapa yang mempunyai anak yang tidak sihat, kita perlu sentiasa berkorban. Anak menghidap gangguan itu sejak usia lapan bulan.

“Kami masih lagi mencari kaedah-kaedah terbaik untuk rawatannya. Proses menjaga anak epilepsi ini tidak mudah.

“Selain isteri dan anak-anak lain yang menjaga, saya kini serahkan 100 peratus kepada Allah SWT untuk berikan perlindungan kepada anak saya sepanjang saya berada di Kilauan Emas ini,” kongsinya.

Ads

Pancaragam Tentera ke Pentas TV, Mazleen Ada Misi!

Perjalanan Warna-Warni Empat Jiwa… Shah, Nurul, Zakrai & Mazleen, Satu Impian Bergelar Juara Kilauan Emas 2025!

Mazleen atau nama penuhnya Mazlin Abu Bakar, 45, pula bertugas sebagai penyanyi dari Unit Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Jelas Mazleen dia sedia cabar diri di Kilauan Emas demi memenuhi hasrat dan permintaan bapa tersayang.

“Saya bertugas sebagai penyanyi di Unit Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Saya masuk ke program ini disebabkan keinginan ayah. Dia nak saya cuba pertandingan ini.

“Alhamdulillah pada percubaan pertama, saya berjaya melangkah ke peringkat 12 terbaik. Pihak pancaragam juga memberikan pelepasan untuk saya berikan sepenuh komitmen penuh di KE 2025. Mereka juga menyokong penyertaan saya ini.

“Saya sudah didedahkan dengan persembahan rasmi sejak 1997 dan mengapa tidak untuk saya mencuba kelainan dengan membawakan genre yang pelbagai sepanjang pertandingan.

“Apa pun, saya akui banyak perbezaan bila kita menyanyi bersama unit pancaragam dan buat persembahan biasa. Bila bersama unit pancaragam, kami banyak terlibat dengan majlis-majlis rasmi dan protokol,” katanya.

Terdahulu, KE2025 bakal membuka tirai menerusi konsert minggu pertama pada 16 Ogos ini, jam 9 malam di saluran Astro Prima atau strim secara fleksibel di Astro Go dan sooka.

Sementara itu, selebriti popular, Elly Mazlein diberikan tanggungjawab selaku hos utama dan akan bergandingan bersama Joey Daud selaku pengacara belakang pentas dan hos Diari Kilauan Emas.

Malah, KE2025 turut mengekalkan primadona Malaysia, Erra Fazira sebagai juri tetap, digandingkan bersama Roy Azman dan juri terbaharu bersuara emas, Ning Baizura.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads