Uncategorized

Pergh! Kad Kahwin Shila Amzah Ada 3 Bahasa!

Share

Wedding bells! Penyanyi, Shila Amzah bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya pada 19 April ini.

Namun apa yang menarik perhatian MH adalah kenyataan Shila, 28 tahun yang mengatakan bahawa kad jemputan kahwinnya bakal ada 3 bahasa.

“Getting my 3 language wedding invitation card tomorrow. Perks of being trilingual. Hahaha, Malaysia boleh!” tulisnya di laman Twitter miliknya.

Seperti yang semua tahu, Shila fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin memandangkan dia kini lebih aktif di negara China.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian para peminat yang tidak sabar untuk melihat kad jemputan 3 bahasa Shila itu.

Terdahulu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan, Haris Idraki pada 3 November lalu di kediaman keluarganya yang terletak di Cheras.

Baru-baru ini juga, Shila turut mengharumkan nama negara apabila tersenarai dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018 bagi kategori Hiburan.

Pada MH, tentu awal tahun 2018 ini banyak memberikan pengalaman manis buat Shila. Apa-apapun, MH ucapkan selamat maju jaya pada Shila!

Sumber: Twitter Shila Amzah

IKLAN