Meski baru tiga bulan dilancarkan, lirik video lagu Cinta Semalam nyanyian penyanyi duo baharu Zul Ariff dan Kamal Hamidi telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan di platform Youtube.
Menurut Zul, mesej yang disampaikan di dalam lagu ini sebenarnya memberikan kesan mendalam bukan sahaja buat dirinya, tetapi juga buat gandingan, Kamal kerana mereka mempunyai pengalaman tersendiri mengenai penyakit kanser.
Katanya lagi, sebagai seorang pejuang kanser, dia juga perlu mengawal emosi sewaktu menyampaikan lagu ini.
“Saya sebenarnya pengidap kanser sejak 2015. Selepas hampir tujuh tahun berjuang, pada awal tahun ini, doktor mengesahkan saya sudah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah, saya sememangnya berasa amat bersyukur.
“Bagaimanapun, saya masih perlu makan ubat-ubatan dan supplement serta menjalani rawatan setiap enam bulan. Kalau soal rawatan pula, tahap kanser saya ini masih belum memerlukan saya untuk menjalani kimoterapi atau radioterapi cuma saya perlu bergantung pada ubat.
“Saya juga pernah makan ubat yang sama kuat seperti rawatan kimoterapi. Memang bukan mudah bergelar pesakit kanser ini. Saya hanya memberitahu kepada keluarga mengenai penyakit kanser ini pada 2018.
“Saya mahu peroleh sesuatu kejayaan dahulu sebelum memaklumkan kepada mereka. Saya juga tak mahu mereka berasa simpati kepada saya. Saya tak suka orang melihat keadaan saya yang sakit,” katanya kepada MH.
Tambah memilukan apabila Zul juga baru sahaja kehilangan abangnya akibat penyakit kanser yang telah dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Sebenarnya kami punyai kisah yang hampir sama, ibu kepada Kamal juga meninggal akibat kanser. Ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, kami berkongsi kisah mengenai detik suka duka yang kami lalui.
“Seperti Kamal, dia juga harus menjaga ibunya ketika sakit. Saya sekali lagi diuji apabila abang saya pula meninggal dunia akibat kanser. Arwah juga mengambil pendekatan yang sama untuk merahsiakan penyakit kanser daripada kami sekeluarga.
“Dua minggu sebelum arwah meninggal, baru dia bagitahu kami. Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 Oktober 2021,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Kamal memaklumkan pengalaman selama dua tahun menjaga ibunya yang sakit banyak mengajarnya mengenai erti kekuatan untuk meneruskan hidup.
“Ibu saya merupakan seorang pengidap kanser hidung. Arwah meninggal pada 2011 dan saya telah menjaganya selama dua tahun sebelum itu. Pada ketika itu saya masih lagi belajar di Universiti Selangor
“Jadi, saya harus selalu berulang-alik daripada Selangor ke Kedah. Walaupun saya bukan pesakit kanser dan saya tak tahu apa yang mereka rasai, tetapi saya dikelilingi oleh pesakit kanser. Jadi, sedikit sebanyak saya dapat rasa apa yang mereka lalui,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Zul dan Kamal terus mengorak langkah selepas melancarkan single raya pertama mereka yang berjudul berjudul Sama Sama Raya.
Sama Sama Raya yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Shazee Ishak dan Audi Mok kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform digital manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Indigital Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Zul Ariff & Kamal Hamidi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Talha Harith akui pelakon-pelakon baru lelaki masa kini dilihat sememangnya mempunyai banyak perbezaan jika ingin dibandingkan dengan rakan-rakan pelakon sezamannya.
Menurut Talha, sewaktu dia dan rakan-rakan mula menceburkan diri di dalam bidang lakonan, kesemua mereka lebih gemar untuk menampakkan diri mereka sebagai sosok lelaki yang gagah dan tegas.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh Talha menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
“Rakan-rakan seangkatan aku a.k.a zaman-zaman era drama, Juvana, semua nak bikin muka jadi jantan. Nak nampak abang-abang,” tulisnya.
Katanya lagi, pelakon masa kini amat mementingkan mengenai soal penjagaan wajah seperti memakai lipbum ketika berurusan di luar.
“Kalau kita tengok sekarang, keluar berjalan pun pakai lipbum. Aku tak dapat bayangkan kawan-kawan batch aku keluar pakai lipbum.
“Ya Allah pecah perut aku. Aku scroll Instagram nampak banyak muka BBNU terus terbayang,” kongsinya lagi.
Kenyataan tersebut nyata mendapat respon pelbagai daripada ramai pihak termasuklah pengacara dan usahawan, Zoey Rahman.
Menurut Zoey, adakah menjadi kesalahan jika seseorang lelaki itu memakai lipbum lebih-lebih lagi buat mereka yang mengalami masalah bibir kering.
“Nak tanya, salah ke pakai lipbalm? Kalau bibir kering nak kena pakai apa untuk merawat? Bibir kering Kalau pergi klinik pun, doktor bagi lipbalm bukan lipmatte. Selamat berbuka bos haha,” balas Zoey.
Sekadar informasi, Talha memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon menerusi drama popular, Juvana.
Selain Talha, drama tersebut turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zahiril Adzim, Johan Asaari, Syazwan Zulkefli dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Talha Harith & Utusan (Foto)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lebih 10 tahun terlibat dalam dunia perniagaan, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pengasas Secret Desire, Cheta Potpet sebenarnya terlebih dulu turut aktif dalam nyanyian selain pernah bergelar ‘mak andam’.
Cheta Potpet, 35, atau nama sebenarnya, Rozita Baharom berkata, pengalaman yang kutip bersama kumpulan Tribute Crew menjadi penggerak buat dirinya untuk meneruskan minat menyanyi dengan menghasilkan single sulung, Aku Yang Kau Mahu.
“Saya bermula dari bawah sebenarnya, bukan secara tiba-tiba berada pada kedudukan sekarang. Sekitar 2012 pada usia 21 tahun, saya aktif buat persembahan bersama ‘live band’ yang dikenali sebagai Tribute Crew.
“Waktu itu selain berjinak-jinak dalam dunia nyanyian, saya kerap juga buat mekap atas sebab minat. Sajalah cari duit lebih kerana saya jenis yang kuat kerja, suka cari duit. Ada masa, saya juga uruskan soal jual beli kereta.
“Kalau nak cakap pasal hinaan dan caki maki, jangan cakaplah. Macam-macam saya pernah kena. Tapi bila dikenangkan, itulah yang jadi sumber kekuatan. Sebabnya saya percaya, selagi kita berusaha insyaAllah akan ada hasilnya. Orang luar mungkin boleh ‘judge’ tapi mereka tak kenal kita 100 peratus.
“Dalam fasa itu saya kemudian berkenalan dengan suami, Aaron Lee dan beliau yang banyak beri dorongan untuk fokus, beralih dalam bisnes kecantikan. Syukur jalan yang dipilih menjadi asbab rezeki saya sehingga ke hari ini, alhamdulillah” katanya.
Mengulas mengenai single sulungnya itu pula, anak keempat dari lima beradik ini menjelaskan ia dirakam hampir dua tahun lalu.
“Lagu Aku Yang Kau Mahu dihasilkan bersama Aepul Roza dan saya turut terlibat dalam penghasilan lirik. Lagunya berentak ‘fast’ dan rasanya genre itu serasi dengan tone suara saya. Sudah pun ada di YouTube Rusa Music dan hingga kini menerima lebih 52,000 tontonan.
“Tak sangka juga kerana saya bukanlah siapa-siapa dalam industri seni. Lagu pun tak keluar radio tapi tontonan boleh cecah puluhan ribu. Syukur sangat. Mungkin kerana ‘branding’ nama itu sendiri selain dapat sokongan pengguna Secret Disire juga.
“Jadi sekarang adalah masa sesuai untuk saya kembali berkongsi mengenainya. Kalau boleh, saya mahu Aku Yang Kau Mahu ini didengari lebih ramai pencinta muzik. Sebab saya tahu, saya mampu menyanyi dengan baik dan lagu itu pun ‘cathy’. Sayang kalau disia-siakan.
“Mungkin percubaan pertama saya ini ada yang terkurang. Tapi saya optimis sebab daripada situ kita boleh kenal pasti apa yang boleh kita tambah baik. Insya-Allah selepas ini saya rancang untuk terbitkan single kedua pula,” katanya lagi.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pengasas kosmetik yang hanya buat lagu tangkap muat demi publisiti, Cheta bersikap terbuka.
“Itu mungkin cara masing-masing. Terpulang dan rasanya peminat kini bijak menilai. Saya sendiri bertahun-tahun ada pengalaman menyanyi secara ‘live’. Malah lagu pertama saya itu pun dibuat kerana minat yang bukan dibuat-buat. Saya memang boleh menyanyi.
“Kalau tak percaya, saya boleh sahut cabaran, nyanyi secara langsung. Sebab mungkin akan ada yang kata, saya guna ‘auto tune’ 100 peratus bagi suara lebih sedap. Benda itu memanglah ada, cuma banyak atau tidak sahaja. Tak percaya dengarlah lagu tu dan nilaikan,” katanya.
Terbaharu, namanya turut viral gara-gara mempunyai iras wajah penyanyi Ifa Raziah hingga ada yang anggap mereka adik-beradik
“Lama dah orang bercakap, wajah kami macam lebih kurang. Tahun lalu saya dan Ifa ada bertemu tapi waktu tu belum rapat lagi. Cuma masing-masing dah perasan, raut muka nampak macam sama.
“Bila dapat bekerjasama dalam satu projek tahun ini, barulah kami mulai rapat dan saya bagi saya, Ifa wanita kuat yang komited juga tegas. Dia tahu apa yang dia buat. Persamaan kami pun banyak.
“Tapi tidaklah bermakna saya nak tumpang glamor dia. Masing-masing ada personaliti sendiri. Hanya ada satu sahaja Ifa Raziah dan Cheta Potpet. Kalau wajah iras, ia hanya kebetulan. Kata orang, pelanduk dua serupa,” katanya.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.