Ads

Percintaan Luar Biasa Hafiz Suip

Setelah hampir dua tahun dilihat menyepi dari aktiviti seni, Hafiz Suip, pelantun lagu popular ‘Bahagiamu Deritaku’ ini, membuat kemunculan semula di persada muzik tanah air dengan sebuah lagu berjudul ‘Kejar’ demi mengubati kerinduan para peminatnya.

Lagu yang membawakan genre muzik pop ini merupakan hasil nukilan komposer terkenal tanah air, Audi Mok dengan kerjasama Shazee Ishak yang juga merupakan penulis lirik lagu.

Tampil dengan sisi berbeza dan menjadikan lagu genre rancak sebagai taruhan.

Membuat perhitungan yang cukup berani untuk lari daripada imej penyanyi balada yang dibawa, Hafiz mempertaruhkan ‘Kejar’, sebuah lagu yang yang berentak rancak dengan iringan melodi yang santai.

Ads

Kandungan bait-bait liriknya pula cukup ringkas di mana ia mengisahkan tentang sebuah percintaan luar biasa.

Buah tangan terbaru daripada Hafiz ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan.

Ads

Selain ini, lagu ini turut boleh didengari di landasan penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Muzik video lagu ‘Kejar’ ini pula boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran Youtube Rocketfuel Network mulai minggu hadapan.

Hafiz dengan kehebatan alunan vokalnya dalam menyampaikan lagu-lagu berentak balada seperti ‘Awan Nano’, ‘Bahagiamu Deritaku’, ‘Matahari’ dan lagu-lagu duet seperti ‘Ombak Rindu’,sememangya tidak boleh disangkal lagi.

Ads

Disebabkan itu, Hafiz merupakan salah seorang penyanyi lelaki yang begitu dikagumi di persada muzik tanah air mahupun di peringkat serantau.

Anda mungkin berminat dengan

Percintaan Luar Biasa Hafiz Suip

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Shila Amzah

“Saya Akan Kehilangan Banyak Darah, Pernah Ditidurkan 2 Kali,” – Shila...

Penyanyi Shila Amzah reda menerima nasihat doktor yang menyarankannya agar tidak hamil lagi demi mengelakkan risiko kesihatan yang tidak diingini.
error: Hello. Cannot.