
Penyanyi Datin Alyah menitipkan layangan buat arwah abang sulungnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan sudah kembali ke rahmatullah pada 29 April lalu.
Melalui satu hantatan video proses pengebumian yang dikongsikan di Instagram, penyanyi lagu Meluruh itu menyifatkan perasaan terhadap pemergian abangnya sama seperti saat dirinya kehilangan bapa tercinta kira-kira 21 tahun lalu.
Sambil mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman, isteri kepada Datuk Ramli MS ini turut menzahirkan ucapan terima kasih atas ucapan serta doa semua.
“Mungkin wajahku mampu memberi senyuman Tapi hati ini hanya Allah swt saja yg tahu.
“Perasaan yg menimpa aku beberapa hari lepas sama seperti perasaan ku 21 thn yg lalu saat aku hilang bapa ku tersyg.
“Dan hari ini aku kehilangan abgku.Hilang buat selama lamanya.Sehingga aku akan mencarinya disana kelak InsyaAllah.
“Selamat jalan kedunia abadi abg long semoga Allah swt berikan tempat terbaik disana dan permudahkan segala urusan abg long.
“Ija (Alyah) akan jaga apa yg sedang ija jaga sekarang selagi ada nyawa ija didunia ini. Ramadhan telah membawamu pergi dan aku harus ikhlas kerna kau berjalan menuju bahagia abadi.
“Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapannya.Hanya Allah swt yg mampu membalasnya. Al fatehah,” tulisnya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Moga Sarah Teruskan Kehidupan Dengan Baik,” – Syamsul Yusof Harap Kisah Rumah Tangganya Jadi Pengajaran

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menzahirkan rasa syukur selepas proses penceraiannya bersama bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan dengan cara baik.
Jelas Syamsul, meskipun keputusan tersebut agak berat, namun, ia dibuat demi kebaikkan anak-anak.
“Alhamdulillah syukur segalanya hal tentang penceraian telah pun selesai hari ini. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang telah kami bincangkan sebelum ini. Semuanya adalah demi masa depan dan kebaikkan anak-anak kami.
“Kalau kami memikirkan tentang diri kami sahaja, perkara ini akan memberi kesan pada anak-anak. Saya sebagai ayah dan Puteri Sarah sebagai ibu tak rela nak memperjudikan perasaan anak-anak. Ini pengakhiran yang baik.
“Tentang perbelanjaan dan keperluan anak-anak pula, segalanya akan ditanggung oleh saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Syamsul turut mendedahkan dia harus mengambil masa untuk membuat keputusan ini bagi memikirkan dahulu tentang implikasi yang bakal menimpa keluarganya.
“Sudah tentu kami kena mengambil sama untuk membuat sebarang keputusan. Setiap keputusan punyai implikasinya. Jadi, kami memilih jalan yang terbaik.
“Sarah sebagai ibu pun tidak mahu anak-anak berjauhan dengan bapa mereka. Saya pun tak mahu penceraian ini memberi kesan besar buat anak-anak,” ujarnya lagi.
Anak kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu berkata sedemikian selepas selesai prosiding lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Syamsul turut berharap agar kisahnya ini dapat menjadi pengajaran buat pasangan suami isteri di luar sana.
“Daripada awal lagi, saya menganggap ini adalah ujian hidup saya. Kami pun bukan muda lagi. Kami perlu kuat dan Alhamdulillah pengakhirannya baik.
“Diharapkan Sarah dapat meneruskan kehidupannya dengan baik. Begitu juga dengan saya. Walaupun berpisah, kami tidak berdendam lagi. Saya reda kerana ini lumrah kehidupan.
“Saya harap apa yang berlaku kepada kami ini dapat menjadi pengajaran bukan sahaja kepada para selebriti tetapi kepada orang-orang lain di luar sana,” akhirinya.
Terdahulu, Syamsul telah sah melafazkan cerai talak satu terhadap Puteri Sarah pada Rabu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas.
Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.
Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilih Calon Top 5 Pilihan Secara Online, Nantikan Malam Kemuncak Anugerah Telenovela ke-8!

Undian Atas Talian bagi Top 5 Anugerah Telenovela Ke-8 (ATN8) telah dibuka sejak Selasa, 20 September 2022 lalu selepas proses penutupan undian dari fasa sebelum ini iaitu pada 18 Sept 2022 melalui laman web rasminya.
ATN8 anjuran bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan D’Ayu Pictures Sdn Bhd bakal menobatkan pemenang dari Kategoi buku dan penerbitan drama serta telefilem.
Dato’ Rosmarayu Mokhtar yang juga Ahli Lembaga Pengarah ATN8 berkata, ia dibuat bagi menghargai pengkarya yang sudi mengadaptasikan sebuah penerbitan drama, telefilem mahupun filem daripada mana-mana buku yang telah diterbitkan oleh penerbit buku tanahair.
“Anugerah yang terbahagi kepada dua konsep penilaian iaitu pemilihan calon oleh juri profesional dan pemilihan calon oleh peminat melalui undian atas talian.
“Undian online sangat mendapat sambutan sehingga mencecah 4.8 juta penyertaan peminat. Sambutan luar biasa kali ini disebabkan kesetiaan peminat terhadap artis pujaan masing-masing.
“Pernah juga sistem pengundian ini cuba diceroboh namun kami memiliki sistem kawalan keselamatan yang sangat kebal,” katanya.
Jelas Dato’ Rosmarayu juga, sistem pengundian kali ini sangat mencabar kerana ia menggabungkan 3 tahun pencalonan iaitu karya terbitan 2019, 2020 dan 2021.
Begitu juga dengan penjurian oleh juri profesional yang mana ke semua juri melihat dari pelbagai sudut sehingga berlaku perdebatan bagi menilai pandangan para juri demi memilih calon terbaik sebagai pemenang.
Untuk makluman, Pengundian Atas Talian (Online) bagi Fasa 1 telah mula dilancarkan pada bulan Mac 2022 bagi memberi peluang kepada para peminat tegar untuk mengundi karya-karya adaptasi “Book2Screen”, iaitu novel ke drama, telefilem dan filem yang mereka rasakan layak untuk bergelar pemenang.
Pada tahun ini, terdapat 106 calon telenovela telah berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah dalam 2 Kategori, iaitu Kategori Popular (100% Undian Online) dan Kategori Terbaik (100% Penjurian oleh Juri Profesional).
Kesemua adaptasi yang tercalon mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free To Air. FTA) atau pawagam.
Buat masa ini, pencalonan bagi tayangan melalui laman sosial tidak akan diterima dan senarai penuh pencalonan ATN8 boleh dilawati di laman web rasmi Anugerah Telenovela.
Sementara itu, undian atas talian bagi Fasa Ketiga (Top-5) plua adalah pencarian yang paling popular mengikut kategori yang akan dilancarkan bermula pada pukul 1.00 tengah hari, 20 September 2022.
Lima calon terbaik setiap kategori untuk setiap tahun pencalonan bakal dipilih sepenuhnya melalui undian para peminat.
Pemenang kategori popular bagi tahun 2019, 2020 akan diumum dengan memaparkan rakaman penyampaian trofi dan calon kategori popular2021 akan diumumkan pada malam kemuncak.
Pada masa sama, pihak penganjur masih lagi mencari penajaan dari mana-mana pihak yang sudi bersama-sama meraikan naskhah hasilan para penggiat kreatif tempatan ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kematian Tangmo Nida; Polis Selesai Siasat Kes, 6 Individu Ini Dituduh Cuai

Selepas mengambil masa hampir tiga bulan siasatan, akhirnya pihak berkuasa Thailand telah menyabitkan kesalahan terhadap lima rakan mendiang pelakon, Tangmo Nida serta seorang individu yang turut dipercayai bersuhabat dengan lima sekawan tersebut.
Keenam-enam tertuduh tersebut ialah pengurus Tangmo, Gatick, pemilik bot, Tanuphat Por, rakan Por, Paiboon Robert, pengurus kedua Tangmo, Wisapat Sand, rakan tertuduh, Nitat Job serta individu yang telah ‘memberi’ tunjuk ajar kepada kelima-lima tertuduh untuk memberi keterangan palsu iaitu Phim M Thamtheerarsi.
Antara kesalahan yang bakal didakwa ialah kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian, memberi keterangan palsu kepada pihak polis serta kesalahan cuba menghapuskan bukti.
Menerusi sidang media yang berlangsung di Balai Polis Bangkok pada pagi Rabu, dengan pendakwaan terhadap enam suspek tersebut telah membawa kepada penutupan kepada siasatan kes ini.
Ketua Polis, Leftenan Jeneral Jiraphat Phumphichit bagaimanapun menolak punca kematian Tangmo atau nama sebenarnya, Pataratida Pacharawirapong, 38, disebabkan dibunuh.
ARTIKEL BERKAITAN: Tangmo Meninggal Dunia Disebabkan Lemas, Namun Wujud Pelbagai Teori Konspirasi Pelik
Sebaliknya, kematian Tangmo adalah disebabkan kecuaian seseorang di atas bot tersebut namun pihak polis tidak mendedahkan suspek yang mana satu di antara keenam-enam tertuduh.
Dalam erti kata lain, kematian Tangmo disahkan sebagai satu kemalangan akibat kecuaian seseorang.
“Tangmo bukan terjatuh dalam sungai disebabkan kecuaiannya sendiri namun sebaliknya disebabkan oleh kecuaian orang lain yang telah menyebabkan dia terbunuh.
Pada malam 24 Februari lalu, Tangmo dilaporkan terjatuh daripada bot laju dan mayatnya kemudian ditemukan tiga hari selepas itu di Sungai Chao Phraya, Bangkok. Ketika kejadian terdapat lima rakannya dalam bot sama.
Menerusi siasatan yang dilakukan, polis percaya Tangmo terjatuh pada jam 10.34 malam dan tubuhnya terkena kipas bot sehingga menyebabkan dia kelemasan.
Selepas disabitkan kesalahan, keenam-enam suspek telah dibawa ke Jabatan Pendakwaan Daerah Nonthaburi pada tengah hari Rabu dan kes tersebut akan disebut pada 27 Mei ini.
Keenam-enam suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis sehingga perbicaraan kes mereka berlangsung.
Kematian tragis Tangmo bukan sahaja mendapat liputan meluas di Thailand sebaliknya turut meraih simpati daripada rakyat pelbagai negara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: thethaiger.com
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI